Wednesday, December 30, 2009

Menetapkan Bajet

Apa itu Bajet?
Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda. Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yg dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara utk mengimbangi duit yg anda miliki dgn duit yg anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dgn membuat pilihan. Anda putuskakn pd apa yg akan anda belanjakan, berapa banyak yg akan dibelanjakan & berapa banyak yg anda akan simpan.

Pelan anda berdasarkan pd pendapatan & perbelanjaan. pendapatan ialah duit yg masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yg mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dgn situasi anda (atau poket anda). Bajet anda diasaskan kpd Matlamat, Keperluan dan kehendak.

Mari kita lihat beberapa contoh. :-

MATLAMAT

- Memiliki sebuah Kereta
- Memiliki sebuah Rumah
- Berkahwin
- Perniagaan Sendiri
- Memberikan perndidikan yg baik untuk anak
- Pencen dgn selesa
- Bersedekah

KEPERLUAN
- Makan Minum
- Tempat Tinggal
- Pakaian
- Masa berkualiti dg keluarga
- Kereta/Motosikal
- Telefon mudah alih
- Komputer

KEHENDAK
- Makan malam yg mewah
- Banglo seperti rumah peranginan
- Pakaian mahal berjenama
- Percutian mahal
- Kereta mewah
- Telefon canggih yg terkini
- Komputer yg tercanggih
dan lain-lain lagi....

Seperti yg anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar utk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih drpd makan & minum, tempat tinggal & pakaian. Seorang jurujual mungkin akan melakukan kerjanya dgn lebih efektif dgn sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal & penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu), begitu juga dgn komputer. Namun, terdapat kereta yg berharga RM30,000++, sementara ada juga yg RM300,000++, telefon mudah alih yg berharga RM100+ dan yg lain berharga RM1,000++ dan komputer yg berharga RM1,000++, sementara yg lain sehingga RM10,000++.

Kita cuma perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah utk membezakannya sekarang??

Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?

Sesiapa yg ada pendapatan & perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit utk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari & melatih kemahiran yg diperlukan utk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dpt mengelak drpd masalah kewangan & capai matlamat anda dgn lebih mudah.

Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?

Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan & Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yg tidak berubah dari bulan ke bulan seperti sewa rumah, ansuran rumah & kereta atau premium insurans. Perbelanjaan yg lain adalah Pemboleh ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air & elektrik, pakaian atau hiburan.

bersambung.........

Sumber : Utusan Malaysia 28 Dis. 2009 / AKPK
--------------

Kurus dengan Cara Murah

-------------
Perubahan gaya hidup penting dalam mencapai impian untuk kurus secara berkesan dengan cara yang paling murah.

Baik dari segi pemakanan dan amalan senaman harus diberi keutamaan kerana inilah yang menyumbang kepada pengurangan berat badan yang diinginkan.

Jangan sesekali kembali kepada gaya hidup yang lama apabila telah mencapai berat impian kerana ia bakal mengecewakan kita semula.

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu terlebih berat badan atau berat yang ideal untuknya, pertama, timbang berat badan dalam kilogram, kemudian ukur tinggi dalam meter. Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan membahagikan berat (kilogram) dengan tinggi (m2).

BMI bagi individu normal harus kurang daripada 25. Sebaliknya, jika BMI 25 hingga 30 bermakna individu tersebut terlebih berat dan memerlukan diet dan senaman. Manakala BMI lebih daripada 30 ialah obesiti.

Perunding masalah berat badan, Dr. Mahathir Mohamed berkata, ukuran BMI penting dalam mendapatkan sasaran jumlah berat badan ideal bagi seseorang yang mengalami masalah berat berlebihan dan ingin memulakan sebarang program diet atau menguruskan badan.

Katanya, setelah tahu apakah berat badan ideal yang ingin dicapai, maka ujian darah harus dilakukan.

Ini bagi mendapatkan profil mengenai kandungan darah, fungsi buah pinggang atau ginjal, fungsi hati, kolestrol, kandungan gula dalam darah semasa berpuasa dan analisis air kencing.

''Ujian hormon turut akan dilakukan kerana ketidakseimbangan hormon juga berkemungkinan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan.

"Selalunya pakar menentukan ujian hormon yang perlu diambil oleh seseorang bergantung kepada sejarah dan ujian fizikal.

''Ujian profail hormon tiroid sebagai contoh, penting bagi mengetahui ketidakcukupan fungsi tiroid yang menyebabkan kenaikan berat badan.

"Hormon lain yang memain peranan dalam pengurangan berat badan dan pengekalan termasuklah hormon tumbesaran, DHEA, estrogen, progesteron, testosteron, kortisol, insulin, leptin dan ghrelin,'' katanya ditemui di Klinik Mempermuda Kulit dan Anti Penuaan, Timeless, di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Menurut Dr. Mahathir, kekurangan hormon perlu diganti bagi mendapatkan tahap yang optimum bagi memastikan kejayaan.

''Satu lagi yang menentukan kejayaan pengurusan berat badan ialah diet. Diet mudah yang perlu diikuti ialah menghapuskan pengambilan gula, makanan manis termasuk coklat.

"Setiap kali membeli makanan baca dulu label tentang kandungan bahannya. Jika ada kandungan gula di dalamnya, dinasihatkan tidak membelinya dan setiap makanan harus mempunyai ketiga-tiga kumpulan makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak.

''Dapatkan glycemic yang rendah daripada buah-buahan seperti epal, pir, jambu batu, aprikot dan kiwi, sayur-sayuran dan kekacang.

''Sebaliknya, ambil protein daripada ikan, ayam, daging, telur dan taufu. Lemak yang baik pula daripada minyak zaitun manakala omega-3 pula boleh diperoleh daripada minyak ikan dan minyak kelapa dara yang mengandungi medium chain triglycerides,'' jelasnya yang turut mengalami penurunan berat badan dari 104 kilogram ke 80 kilogram manakala isterinya turun dari 68 kilogram ke 55 kilogram setelah mengubah cara hidup dan mengikuti program yang dicipta olehnya.

Menurut Dr. Mahathir, diet yang sesuai ialah diet yang berkalori rendah. Sebagai contoh, program 500 hingga 800 kalori yang lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh badan untuk bertenaga dan sihat.

Dua minggu fasa intensif

Minum pagi: Mihun sup dicampur dengan ayam, bebola ikan dan sayur. Kurangkan mi sebanyak satu mangkuk sahaja. Minum air kosong.

Makan tengah hari: Sup ayam yang mengandungi protein, lemak dan vitamin) dicampur dengan air (kira-kira 250 kalori)

Makan malam: Tom yam, banyakkan sayur.

''Ingat, minum banyak air kerana banyak orang menyangkakan mereka lapar tetapi sebenarnya mereka hanya dahaga. Selepas minum, anda tidak lagi lapar. Selain itu, ia membuatkan anda hidrasi dan mengeluarkan toksin di dalam usus.

''Dicadangkan mengambil multivitamin yang kaya dengan chromium, selenium, zink dan vitamin E bagi memperoleh nutrisi yang lengkap.

''Selepas dua minggu, anda akan mendapat tenaga baru dan berat badan anda berkurangan,'' katanya yang mula sedar untuk menguruskan badan setelah kehilangan ahli keluarga pada usia akibat sakit jantung.

Tambahnya, langkah kedua, anda kini boleh makan dua kali iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari tetapi tanpa gula, tinggi protein yang diperoleh daripada sayuran dan glycemic rendah daripada buah-buahan.

Selalunya, orang Malaysia pasti akan merindui nasi. Namun, anda boleh menggunakan beras glycemic rendah seperti basmathi.

''Nasihat saya untuk mengambil suku pinggan sahaja nasi manakala yang lain dipenuhi dengan sayur-sayuran, ikan atau ayam. Anda boleh mengambil satu buah-buahan glycemic rendah setiap kali makan seperti epal. Juga, makan ayam tanpa kulit.

''Ambil penggantian makanan berat untuk makan malam seperti sup supaya perut anda tidak bekerja keras semasa anda tidur,'' katanya.

Pada masa ini mulalah melakukan senaman untuk membina otot. Senaman Tabata adalah sesuai pada tahap ini. Berenang juga adalah senaman yang boleh mengurangkan berat badan, menguatkan kardio dan ketahanan badan.

''Ingat, anda seharusnya mengurangkan lemak dan otot-otot semasa fasa pertama dan inilah masanya untuk menggantikan otot tersebut. Anda tidak akan mahu kulit yang melendut di tubuh.

''Lakukan perkara yang sama pada tahap kedua sehingga anda gembira dengan berat anda. Ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan tetapi diingatkan jangan cepat sangat turun kerana anda perlu membina otot dan mengelakkannya daripada melendut. Jika hanya turun 5 kilogram, anda telah menambah lima hingga lapan tahun usia hidup yang sihat,'' ujarnya.

Selepas tiga hingga empat minggu di tahap kedua, fizikal aktiviti anda meningkat, bolehlah makan snek yang merupakan buah-buahan glycemic rendah antara pukul 11 pagi dan 4 petang untuk menstabilkan gula dalam darah dan hormon.

Apabila berat badan yang diidamkan telah diperoleh, kekalkan dengan pelan makanan sihat yang sedia ada dan teruskan senaman.

Sumber : Utusan Malaysia 29 Dis. 2009
------

Friday, December 25, 2009

Senaman & Urutan Muka Bantu Awet Muda

----
Ramai di antara kita bimbang apabila melihat kedut mula kelihatan di muka terutama apabila melihat wajah di cermin. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedut yg menandakan usia kita semakin meningkat samada melalui pengambilan suplemen, vitamin, melakukan rawatan khusus di spa-spa serta tidak kurang juga yg menggunakan pendekatan mudah & cepat dgn suntikan antipenuaan seperti suntikan botoks.

Antara faktor2 yg boleh menyebabkan kedutan muka boleh berlaku dgn cepat adalah terdedah secara langsung & lama kpd cahaya matahari terutama dari 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya ultraungu matahari boleh menyebabkan kerosakan lapisan luar kulit muka & mengakibatkan kedutan, pecah, kasar & kering pd kulit muka.

Tabiat merokok juga boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien & beroksigen ke muka serta merosakkan fiber kolagen & elastin yg memberikan kekuatan pd kulit muka.

Di samping itu, bg memastikan kulit cantik, rawat atau jaga muka anda dgn lembut dgn mengurangkan masa mandi dengan air panas kerana ia boleh menghilangkan sifat berminyak pd kulit muka.

Juga elakkan menggunakan sabun yg menghakis & tidak sesuai pd muka, guna bahan pelincir muka semasa mencukur & elak mengesat muka dengan kuat selepas mandi kerana ia menghilangkan kelembapan kulit muka serta sentiasa mengamalkan penggunaan pelembap muka yg sesuai.

Stress turut menyebabkan kulit muka menjadi sensitif & penyebab kepada berlakunya jangkitan kulit muka atau jerawat.

Oleh itu, amalkan makanan seimbang & sihat dgn banyakkan minum air, buah-buahan, sayuran bijiran, protein ringjas di samping pengambilan diet mengandungi vitamin C serta mengurangkan pengambilan makanan berlemak & berkanji.

Selain itu juga, bg atasi kedutan & kecepatan proses penuaan berlaku antara cara yg boleh dilakukan ialah dengan kaedah fisioterapi iaitu senaman muka & urutan muka.

Senaman muka boleh diamalkan pada otot-otot utama di bahagian muka selama 5 - 10 minit setiap hari terutama selepas mandi atau semasa bersolek pada waktu pagi sebelum ke pejabat. Teknik-tekniknya adalah seperti berikut:-

Senaman Muka

  • Mulakan dgn senyuman manis di depan cermin
  • Kening ke atas dgn menunjukkan muka seperti terkejut & mengedutkan dahi
  • Rapatkan kening dgn menutup mata & menaikkan kedua-dua tepi hidung
  • Senyum sambil menunjukkan gigi anda
  • Lakukan 10-15 ulangan setiap senaman setiap hari tanpa jemu
  • Teknik urutan muka juga membantu mengekalkan perjalanan darah & mengekalkan otot di bahagian muka. Urutan boleh dilakukan sebelum atau selepas melakukan senaman muka selama 5 - 10 minit dgn cara berikut:-
Urutan Muka

  • Mulakan dgn meletakkan 2 @ 3 jari di atas kening & gerakkan dgn lembut ke arah sisi dahi.
  • Buka jari2 anda & letakkan di kawasan mata. Gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga.
  • Buka jari2 anda & letakkan di celah antara hidung & mulut. Gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga.
  • Teknik urutan boleh dilakukan dengan pergerakan terus (linear) atau usapan(circular) dgn kekerapan 10-15 kali pergerakan setiap bahagian atau 5-10 minit sesi urutan setiap hari.
Dengan mengamalkan teknik senaman & urutan muka ini, ia akan dpt meningkatkan perjalanan darah bernutrien & beroksigen ke bahagian muka anda di samping mengekalkan otot2 muka bg mengelakkan kejadian kedutan muka berlaku dgn cepat pd diri terutama di peringkat pertengahan umur anda.

Sumber : Utusan Malaysia 22 Dis. 2009
-----

Perkahwinan Baik untuk Kesihatan Mental

--------
Akhirnya institusi perkahwinan yg sering menjadi bahan jenaka & dipersenda ramai pihak di Barat terbukti sebagai sesuatu yg baik utk kesihatan diri.

Kajian di Universiti Otaga, New Zealand menunjukkan pasangan yang berkahwin kurang berisiko mengidap kebimbangan, kemurungan mahupun penyalahgunaan bahan terlarang seperti ubat, alkohol dan dadah.

Penyelidikan berkenaan menunjukkan hubungan perkahwinan menawarkan banyak manfaat kepada kesihatan mental lelaki & wanita.

Tambahan pula, tekanan serta kepedihan akibat perceraian lebih mendedahkan mereka kepada masalah mental.

Penyelidik turut menyatakan situasi menjadi duda, balu, janda atau terpisah (tanpa perceraian) meningkatkan risiko lelaki mahuoun wanita mula menghadapi masalah mental.

Pasangan yg terpisah atau berpisah lebih mudah mengalami kemurungan yg membawa kepada penyalahgunaan dadah di kalangan lelaki & penyalahgunaan alkohol di kalangan wanita.

Berbanding mereka yang tidak berkahwin, perkahwinan juga dilihat mengurangkan risiko penyalahgunaan bahan terlarang.

Bagaimanapun, tahap kemurungan di kalangan wanita dilihat semakin menurun berikutan peningkatan tahap pendidikan & tumpuan kpd kerjaya.

Di samping itu, wanita yg mengandung atau mempunyai anak kecil juga dilihat lebih mudah mengelakkan diri dari penyalahgunaan bahan berbahaya.

Sumber : Mingguan Malaysia 20 Dis. 2009
------

Monday, December 14, 2009

Penjagaan & Penggunaan Cloth Diapers

Untuk yang pertama kali menggunakan Cloth Diapers.....

1. Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash (b
asuh-keringkan, basuh-keringkan, basuh-keringkan (3x)) sebelum pertama kali hendak digunakan. Gunakan sedikit saja sabun, kira-kira 1/4 sukatan. Lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitive, atau boleh juga guna sabun mandi.

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper. ('insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi). Pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper (waktu malam juga digalakkan gunakan 2 insert). apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper. Jika tiada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa). Jika ada najis pula, buang najis ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa najis, seterusnya seperti langkah di atas.

4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. Matahari adalah peluntur yang terbaik juga.

6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

Selamat ber CD.....

----------

Wednesday, December 2, 2009

Ciri-ciri Semulajadi Tingkahlaku Kanak2

-----
sambungan dari yg post sebelum ini..........

Sukakan Ganjaran & Sokongan
  • Sifat semulajadi ini memberikan ruang kpd ibubapa & pengasuh merangsang perkembangan tingkahlaku positif kanak2 dgn cara memuji, memberi perhatian & memberi galakan kpd mereka.
Suka Bermain
  • Suka bermain & sukakan sesuatu yg menghiburkan adalah naluri semulajadi seorang kanak2. Peranan ibubapa atau pengasuh adalah untuk memantau rerakgeri kanak2 agar tidak melibatkan sesuatu yg boleh mendatangkan bahaya kpd mereka & jika boleh bermain bersama mereka.
Suka Bersaing
  • Semakin mereka membesar & sudah boleh berinteraksi dgn adik-beradik juga rakan sebaya, mereka akan mula bersaing sesama sendiri, bertujuan mendaptkan perhatian.
Daya Sensitiviti Yg Tinggi
  • Kanak2 secara semulajadi amat sensitif, mudah merasa takut, cepat marah & selalu dilanda perasaan cemburu.
Perasaan Ingin Tahu yg Tinggi
  • Itulah sebabnya kanak2 tidak boleh duduk diam & suka menerokai apa saja dipersekitaran mereka, & belajar melalui 'first hand experience'. Justeru itulah dlm proses pengasuhan mereka, kanak2 seharusnya dilibatkan dgn aktiviti 'pembelajaran tidak langsung secara praktikal'.
Daya Imaginasi & Kreativiti yg Tinggi
  • Imaginasi & kreativiti bergantung pd umur seseorang kanak2 & ianya perlu dipupuk & digalakkan. Daya kreativiti yg tinggi dpt menggarap potensi kanak2 menjadi seorang yg inovatif.
Perkembangan Bahasa Yg Cepat
  • Perkembangan bahasa kanak2 berlaku dgn pantas & mereka mudah menguasai sesuatu bahasa asing jika dilazimi setiap hari. Bahasa membantu kenak2 menyampaikan perasaan & keinginan mereka. Respon yg positif & cara berkomunikasi yg betul dpt membantu kanak2 'compete' & 'perform' menggunakan bahasa yg dipelajarinya.
Kecenderungan menyusun & membongkar barang
  • Apabila otot mula berkembang, kanak2 akan terdorong utk mengumpul, menyusun barang2 & kemudiannya menjatuh & menyelerakkan barang2 tersebut. Permainan yg bersesuaian yg dpt membantu memantapkan proses ini.

Bagaimana menjana potensi anak?

1. Simpan rekod perkembangan & progres anak
2. Kesedaran tentang perbezaan antara seorang anak dengan yang lain
3. 'Highlight' kekuatan anak & bantu atasi kelemahan atau kekurangan yg dimiliki
4. Berkomunikasi & berinteraksi dgn anak setiap masa
5. Menjadi ibubapa yg responsif & efektif.
- mendengar luahan anak tetapi luahkan isi hati sendiri pd waktu yg sama
- Puji & beri galakan
- Galakkan kanak2 'independence'
- Konsisten
- Menjadi contoh tauladan kpd anak
- Hormati & hargai perasaan anak
- Perkukuh pandangan anak terhadap potensi dirinya

Satu Renungan...
"..Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan & paksaan, maka akan sempitlah pemikiran & jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, berbohong dan berkelakuan jahat..." - Ibnu Khaldun


Sumber : Kursus Menjana Potensi Sikecil, LPPKN

--------

Tuesday, December 1, 2009

Ciri-Ciri Semulajadi Kanak-Kanak

----
Meniru Pelakuan Org Lain
  • Kanak2 seawal usia bayi sudah mula suka meniru perbuatan org lain (mimic)
  • Meniru pelakuan org tetapi tanpa mengetahui "kenapa" ia menirunya
  • Kanak2 juga suka meniru pelakuan karakter kegemaran mereka selain dari pelakuan ibu bapa mereka spt karakter kartun atau hero kegemaran mereka.
Degil
  • Begitu ketara pd kanak2. ini kerana mereka ingin berdikari tetapi di waktu yg sama mereka memerlukan kehadiran kedua-dua ibubapa mereka.
  • Membiarkan kanak2 mengetahui akibat dari perbuatan mereka adalah salah satu cara utk membantu mereka agar tidak mengulangi perlakuan yg sama.
Belum Mampu Membezakan di antara yg Betul & yg Salah
  • Pemikiran mereka masih belum mampu menaakul sesuatu yg berasaskan logik & mereka juga masih belum memahami sesuatu yg abstrak
Suka Bertanya Soalan
  • Disebabkan oleh perasaan ingin tahu yg mendalam, mereka selalunya suka bertanya persoalan yg pelbagai berkenaan persekitaran, perlakuan & apa sahaja. Dlm menangani perkara ini ibubaoa atau pengasuh seharusnya kreatif dlm memberikan sesuatu jawapan yg bersesuaian dgn tahap perkembangan pemikiran mereka.
Ingatan yg Tajam
  • Dalam usia ini kanak2 memang mudah mengingati apa sahaja yg didedahkan kepada mereka. Jika disuruh menghafal sesuatu mereka memang mudah ingat meskipun tidak faham apa yg dihafal.
bersambung........
----

Wednesday, November 25, 2009

Prosedur Menjana Potensi


sambung dari post yg sebelum ini..

Prosedur Menjana Potensi
  • Memahami kekuatan bayi yang perlu dirangsang di setiap peringkat perkembangan
  • Memahami ciri-ciri semulajadi awal kanak-kanak
3 bulan pertama
  • Gunakan segala peluang yg ada supaya bayi boleh 'membuat penemuan' tentang 'dunia' melalui kelima-lima deria yg ada padanya
  • Berbual-bual & berkomunikasi dgn bayi
  • Galakkan bayi memegang/menggenggam objek pelbagai saiz, bentuk, tekstur
Asas Pembelajaran :
3 bulan - 2 tahun
  • Rangsang potensi menggunakan permainan
  • 3 - 5 bulan : contoh - bermain dgn cermin - 'crib gym' yg boleh ditarik, ditolak, ditendang

5 - 8 bulan
  • Suka membaling & menjatuhkan objek ke bawah - tanda perkembangan sihat
  • bila mula merangkak beri ruang baby meneroka persekitaran yg lapang dgn beberapa objek/permainan di sekitar
  • Banyak berkominukasi

8 - 14 bulan
  • beri peluang kanak2 mendapat pengalaman, eksperimen pelbagai-lompat, menangkap, meramas, memusing, tendang, baling, lari, bergolek dsbnya

14 bulan - 2 tahun
  • Suka bercakap
  • Permainan imaginatif
  • Bermain dgn air
  • Pengalaman secara langsung dgn sekitar cth graviti, berat, timbul, tenggelam, sejuk etc.
Asas Pembelajaran 2 - 5 tahun
  • Motivasi berbeza antara kanak2
  • Merangsang perkembangan 'independence'
  • Belajar untuk bekerjasama
  • Meneroka seni
  • Pengalaman tentang sebab dan akibat
  • Imaginasi & pembinaan kreativiti
  • Kemahiran berfikir & penyelesaian masalah
bersambung ....

Sumber : Kursus Potensi Si Kecil, Dr. Mastura Badzis, UIAM

Sentuhan Keibubapaan : Menjana Potensi Awal Si Kecil

-------
Some good info to share with u all...

Pengamatan Istilah 'Kanak-Kanak'

- A Child : A human being who is not yet an adult
- Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) : seseorang yg di bawah umur 18 tahun
- Al-tifl : bermaksud sesuatu yg lembut, mudah rosak, mudah terdedah kepada bahaya, sensitif (fragile, vulnerable..)
+ perlukan penjagaan, pengasuhan dan pendidikan rapi, teliti
+ perdidikan perlu seimbang & menyeluruh, penumpuan pd setiap aspek perkembangan fizikal, rohani, sosial, emosi, intelek/kognitif

Peringkat-peringkat Perkembangan
- Janin dlm kandungan
- Bayi & Anak Tatih (0-3 tahun)
- Awal kanak-kanak (3 - 6/7 tahun)
- Pertengahan / Akhir Kanak-kanak (7 - 10 tahun)
- Awal Remaja (10 - 14 tahun)
- Pertengahan Remaja (14 - 16 tahun)
- Akhir Remaja (16- 18 tahun)/ - 21 tahun

Peringkat Perkembangan 'kanak2 menurut Ibnu Sina
- "Usia Buaian " 0 - 2 tahun (infant and toddlers)
- "Usia Taman Asuhan" 3 - 5 tahun (Nursery Education or Kindergarten)
- 6 - 12 tahun - peringkat pendidikan pertama (middle childhood)
- 13 - 21 tahun - peringkat remaja (early, middle and late adolescence)

Menjana Perkembangan Holistik
  1. Perkembangan Rohani
  2. Aspek perkembangan Emosi perasaan
  3. Perkembangan dari aspek sosio-budaya
  4. Perkembangan sosial; aspek 'saya' dan 'awak' identiti, imej diri, jantina, hubungan dgn org lain, pengaruh budaya
  5. Bahasa & Komunikasi
  6. tingkahlaku simbolik; bermain, bahasa isyarat/body language, memek muka, kretiviti, imaginasi
  7. Aspek biologi; bentuk tubuh badan secara fizikal, kemahiran pergerakan dan perkembangan kinestetik
  8. Perkembangan dari aspek intelek/ kognitif, pemikiran idea
Perbezaan di antara perkembangan & pembelajaran kanak2
  • Perkembangan (development): the general way in which a child functions

  • Pembelajaran (learning) is 'provoked' berlaku dlm situasi tertentu, masa tertentu biasanya bila sesuatu 'permasalahan' perlu diselesaikan atau ianya berlaku bila2 masa & di mana2 asalkan persekitaran yang ada merangsang proses ini.

  • Sumber : Kursus Potensi Awal Si Kecil, Dr. Mastura Badzis, UIAM
    -------

    Friday, November 20, 2009

    Pemakanan yg Menjamin Imuniti Kanak-Kanak

    Sambungan dari yg di post sblm ini..

    Pemakanan : 0 - 6 bulan
    - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan ibu-ibu mengamalkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama untuk mendapatkan kelebihan kesihatan dan perkembangan yang optimum.
    - Penyusuan disambung bersama-sama dengan pengenalan makanan pelengkap, sehingga umur 2 tahun

    0 - 6 bulan
    1. Daya tahan badan janin & bayi yg baru lahir adalah kurang matang
    2. antibodi dari ibu dialirkan melalui plasenta kepada janin & kekal di dlm bayi sehingga 6 bulan & kemudian berkurangan
    3. selepas itu, bayi mendapat pertahanan badan dari susu ibu
    Kandungan Susu Ibu
    Faktor Imunologi:
    1. Imunoglobulin A
    2. Sel-sel pertahanan badan : leukosit, makrofaj
    3. Ajen antimikrobial : laktoferin, lysozyme

    Tindakan balas lebih baik kepada vaksin
    1. Tahap imunologi yg lebih tinggi
    2. Respons yg lebih baik kpd vaksin (tetanus, difteria, H.influenza)

    Perlindungan dari alahan
    Perlindungan Jangka Panjang

    6 bulan - 2 tahun
    1. Pemberian makanan pelengkap ditakrifkan sbg makanan lain sebagai tambahan kpd susu ibu spt bijirin, puri buah atau bubur sayuran
    2. Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman mereka telah cukup matang untuk menghadam pelbagai makanan

    Bahaya Memulakan Pemberian Makanan Pelangkap Terlalu Awal atau Terlalu Lewat
    Mula terlalu awal
    1. Menyebabkab kekurangan tenaga, kurang pengambilan nutrien dan penghasilan susu ibu
    2. Risiko cirit-birit & penyakit lain kerana makanan pelengkap mungkin tidak sebersih susu ibu
    3. Kemungkinan alahan makanan disebabkan usus tidak matang.
    Mula Terlalu Lewat
    1. Tidak mendapat makanan tambahan yg diperlukan untuk memenuhi tenaga & nutrien, menyebabkan pembesaran terbantut & kekurangan mikronutrien
    2. Perkembangan motor secara optimum spt menghisap dan mengunyah mungkin terjejas.
    Sumber : Kursus Keibubapaan Anak Kecil (Dr. Nazatul Haslina Ramly, HKL)
    .

    Meningkatkan Imuniti Kanak-kanak dgn Vaksinasi

    Info ini saya dapat dalam Kursus Keibubapaan Awal Sikecil pada 19 Nov. 2009 anjuran LPPKN, penceramahnya Dr. Nazatul Haslina Ramly, HKL. Bagus kursus ini, ianya bersiri, sesiapa yang berminat boleh layari webpage LPPKN untuk maklumat lanjut. Info ini untuk dikongsi bersama.

    Apa itu VAKSIN?
    1. Diperbuat dari sebahagian kecil virus atau baktria, atau dari virus atau bakteria yg lemah atau mati.
    2. Tidak menyebabkan penyakit sebaliknya boleh mendidik tubuh untuk melawannya.

    Bagaimana Vaksin melatih tubuh melawan penyakit.
    1. Vaksin "menipu" sistem imunisasi badan untuk menghasilkan sel-sel antibodi itu utk melindungi dari penyakit.
    2. Virus atau bakteria yg digunakan telah diproseskan & tidak akan menyebabkan penyakit.
    3. Sel-sel antibodi dari vaksinasi mampu kekal di dalam badan utk jangkamasa yg panjang.

    Sistem Imun Kanak-kanak
    1. Imuniti semulajadi - kulit, membran mukus (melapisi hidung, tekak dan usus)
    2. Imuniti Aktif - terbina apabila terdedah kepada penyakit - pembinaan antibodi
    3. Imuniti pasif - diperolehi dari satu sumber utk jangkamasa yg pendek.

    Imunisasi - ialah proses pendedahan individu terhadap virus atau bakteria yg menyebabkan penyakit, supaya orang itu akan dilindungi drpd bakteria atau virus itu pada masa akan datang.

    Vaksin-vaksin di dalam jadual (wajib)
    • BCG
    • Hepatitis B
    • Diphtheria, tetanus, pertussis (DTP) H.Influenza type B
    • Polio
    • Measles, Mumps, Rubella

    Vaksin-vaksin lain (pilihan)
    • Pneumococcal
    • Influenza
    • Chicken Pox
    • Meningacoccal
    • Human Papillomavirus
    • Rotavirus
    Kebanyakan vaksin-vaksin pilihan ini terdapat di klinik/hospital swasta.

    Apa akan terjadi jika tidak divaksinkan?
    1. Anak anda akan diancam penyakit berjangkit
    2. Menyebarkan kepada kanak-kanak lain atau orang dewasa

    Jika Ketinggalan Program Imunisasi, Adakah vaksinasi masih boleh dijalankan?
    Kebanyakan vaksinasi boleh diberikan pada bila-bila usia dan suntikan akan tetap berfungsi utk memberikan imuniti.

    Adakah suntikan selamat?
    - Secara umumnya suntikan vaksinasi adalah sangat selamat.
    - Boleh berlaku reaksi seperti demam atau tangan dan lengan sakit atau bengkak.
    - Ianya penting untuk anda menimbangkan bahaya penyakit berjangkit berbanding kebimbangan sakit akibat suntikan.

    Sunday, November 8, 2009

    Bagaimana nak Pakai CD

    1. Buka/bentangkn CD


    2. Masukkan insert ke dlm poket CD, masukkan 2 insert untuk pakai pd jangkamasa yg panjang sedikit


    3. Pastikan insert dimasukkan sepenuhnya & tidak terlipat di dlm poket


    4. Kemudian kemaskan butangnya di pinggang & peha


    5. Ubahkan kedudukan butang untuk kecilkannya & mengikut keselesaan bayi anda.

    Friday, November 6, 2009

    Petua untuk mudah bersalin

    Berdasarkan pengalaman saya, apabila mula terasa sakit nak bersalin, saya minum air rendaman bunga genggam fatimah. Bunga genggam fatimah tu direndam didalam mangkuk 1 @ 2 jam sehingga bunga itu kembang & air menjadi hijau sedikit. Satu lagi cara, celup hujung rambut kita ke dalam segelas air masak, selawat 3x & niatkan semoga mudah bersalin & minum air tersebut. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.

    Petua untuk mengurangkan sakit mata pada bayi

    Sakit mata terdapat banyak puncanya, mungkin disebabkan habuk, kuman atau sebagainya. Ada juga bayi yang demam terlalu panas akan menyebabkan matanya bertahi. Ada yang memberi petua untuk mengurangkan sakit mata adalah dengan menitiskan 1 titis susu ibu ke mata bayi sekali sehari. Ini mungkin alternatif selain dengan menitiskan ubat mata yang dibeli di farmasi untuk mengubat mata bayi anda.

    Petua untuk bayi yang sedu

    Bila bayi kita sedu, kesian kita tengoknya. Cara yang mudah untuk atasinya adalah dengan memberinya minum air. Ada juga petua untuk atasinya dengan membasahkan sedikit cebisan kertas atau tisu dan diletakkan di dahi bayi.

    Petua untuk mengurangkan selsema pada bayi

    Apabila bayi kena dapat selsema agak sukar untuk mereka bernafas. Jadi saya nak berkongsi petua untuk mengurangkannya. Cubalah mana tau ada yang serasi dengan bayi anda :

    Ambil kunyit hidup (ibu kunyit) dan digesekkan dengan kapur makan dan disapu pada sepanjang batang hidung bayi.

    Manakala yang bayi yang ada kahak pula:
    Apabila bangun pagi, sebelum minum susu letakkkan bayi (meniarap) di peha kita dan tepuk perlahan-lahan di belakangnya seketika, supaya kahak akan keluar samada melalui mulutnya atau melalui najisnya.

    Ada juga yang memberi petua dengan menggunakan madu untuk mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

    Petua untuk redakan kesan gigitan nyamuk pada anak2

    Berdasarkan pengalaman sendiri, apabila anak kena digigit nyamuk saya amalkan selawat 3x & gunakan ibu jari kita ambil air liur di lelangit kita & calitkan di tempat yang terkena gigitan nyamuk. Insya Allah kesan gigitan nyamuk akan cepat reda. Sesiapa yang ada petua lain-lain bolehlah dikongsi bersama.

    Saturday, October 31, 2009

    CD boleh diubah mengikut Saiz Bayi

    Keistimewaan Lampin Kain Moden (cloth diapers)

    Lampin Kain Moden (CD) ini banyak keistimewaannya

    1. LEBIH PENJIMATAN

    Anda hanya perlu membeli sekali sahaja untuk setiap helai CD berbanding lampin pakai buang yang perlu dibuang & dibeli baru bagi setiap penggunaan

    Contoh pengiraan 1 (CD):

    Harga sehelai Lampin Kain Moden = RM35
    Beli 12 helai x RM35 = RM420

    Dengan Pelaburan Sekali Sahaja sebanyak RM420 anda boleh menggunakan CD ini sepanjang tempoh anak anda memakai lampin (2 tahun ke 3 tahun)& kemudian boleh digunakan kembali untuk anak seterusnya.

    Contoh pengiraan 2 (Lampin Pakai Buang):

    RM0.60 sekeping x 6 keping = RM3.60 sehari x 365 hari = RM1,314 setahun
    Penggunaan untuk 3 tahun = RM1,314 x 3 = RM3,942 (untuk seorang anak) & untuk anak yang seterusnya perlu pembelian baru.


    2. SESUAI PADA KULIT BAYI & BOLEH MENGELAKKAN RUAM LAMPIN
    Ini kerana lapisan dalam CD yang dibuat daripada fabrik mikro fleece yang berfungsi bagi memastikan punggung bayi sentiasa kering & selesa. Micro fleece ini menggalakkan pengudaraan di bahagian dalam lampin bagi memberi keselesaan & kekeringan berpanjangan kepada bayi.

    3. BEBAS BAHAN KIMIA
    Lampin pakai buang mengandungi jel yang berfungsi menyerap dan memerangkap cecair, sebaliknya CD bebas bahan kimia yang menjadi punca kepada masalah ruam lampin terutamanya bagi bayi yang berkulit sensitif.

    4. TAHAN LASAK & TIDAK MUDAH BOCOR
    Bahagian luar CD dibuat daripada kain PUL (polyrethane laminate).Ia mempunyai penebat air, mengelakkan kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

    5. TIDAK BERBAU
    Sekiranya bayi memakai lampin pakai buang, ianya akan berbau apabila dipakai semalaman atau dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya CD tidak berbau walaupun dipakaikan kepada bayi semalaman.

    6. MESRA ALAM SEKITAR
    CD boleh dibasuh berulang kali. Tahukah anda bahawa lampin pakai buang antara sisa buangan yang terbanyak di dunia?

    7. SAIZ CD YANG FLEKSIBEL DAN BOLEH DIUBAH MENGIKUT SAIZ BAYI
    CD boleh dipakai seawal bayi 3 kg hingga mencapai berat 13 kg. CD boleh diubah kepada saiz yang lebih kecil atau lebih besar dengan mengubah butang di bahagian pinggang dan hadapan. Berbanding dengan dengan lampin pakai buang yang berbeza saiz & harga setiap satunya.

    8. PELBAGAI WARNA YANG CERIA
    CD terdapat pelbagai warna & warnanya tidak mudah pudar walaupun dibasuh berkali-kali.

    9. MUDAH DIBASUH
    CD mudah dibasuh & tidak memerlukan penggunaan sabun yang banyak. Anda boleh menggunakan sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sensitif atau boleh juga menggunakan sabun mandi. CD juga boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh.

    Tuesday, October 27, 2009

    Cloth Diapers (Lampin Kain Moden) new CoolaBaby Poket Diapers


    Warna CD yang ada

    1. Orange
    2. Green
    3. Blue
    4. White
    5. Purple
    6. Yellow
    7. BBblue
    8. Red
    9. Mint
    10. Pink

    HARGA

    pakej 1 = 1 cd + 1 insert adalah RM31
    pakej 2 = 1 cd + 2 insert adalah RM35

    (harga di atas adalah tidak termasuk kos penghantaran)


    Kenapa Ibu-ibu patut gunakan Lampin Kain Moden (Cloth Diapers)

    LEBIH JIMAT
    • Kos lampin pakai buang 3 tahun RM3,500 ++
    • Kos Cloth Diapers 3 tahun RM600 +- (boleh pakai semula untuk anak seterusnya)
    LEBIH SIHAT
    • tiada bahan kimia bertoksid
    • tiada masalah ruam lampin
    • bagus untuk kulit bayi
    MESRA ALAM
    • tahukah anda lampin pakai buang antara sisa buangan terbanyak di dunia

    GAYA BARU
    • pelbagai warna & rekaan
    • mudah digunakan
    • lebih bergaya