Monday, July 25, 2011

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Sophea Isabella

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

Saturday, July 23, 2011

e-Penyata Gaji & Laporan

Berikut ni adalah langkah2 untuk dapatkan penyata gaji secara online bagi tujuan rujukan sahaja.

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara & di Perkhidmatan Atas Talian klik e-Penyata Gaji & Laporan >> Daftar Masuk.

Muka hadapan e-penyata gaji
 2. Paparan di atas akan keluar. Bagi pengguna yang pertama kali menggunakannya klik >>Pertama Kali Mendaftar. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan & klik ok.

Tuesday, July 12, 2011

Coklat Splitter Truffle

Bahan-Bahan
200 gram buah2an kering campuran atau kranberi, nenas,mangga, kiwi, kulit limau dll
20gram coklat gelap, dicairkan
30 gram pralin (pes kacang hazel)
2 gram perisa oren
50 gram coklat putih utk hiasan

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan kering dan gaul rata.
2. Campurkan coklat, pes kacang, perisa oren dan gaul sebati
3. Tuangkan campuran coklat ke dalam campuran buah-buahn kering
4. Gaul rata sehingga membalut keseluruhan bahan-bahan tersebut
4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas dengan menggunakan sudu kecil
5. Masukkan ke dlm peti sejuk 5 - 8 minit.
sedia utk dimakan..

Sorry gambar tak de la, nanti bila mz ada buatnya lg, mz akan upload gambarnya..

Marza : Buah-buahan kering tu boleh ditukar dgn kekacang2

Resepi Homemade Coklat

Baru2 ni Mz ada la belajar buat coklat buatan sendiri (homemade coklat), pengajarnya Pn. Riana. Seronok gak buatnya, cuma bahan2nya la susah sikit nak dpt, kedai nya jauh skit la. Walau apa pun ni la hasil nya...
Kat bwh ni saya kongsikan resepinya...

Coklat Daun
Bahan-Bahan
100 gram Coklat Milk Kompaun
30 gram Coklat Dark Kompaun
Filing Orange/Strawberry/hazelnut paste
atau Buah-buhan kering/Raisin/pelbagai jenis kekacang

**Semua kekacang hendaklah dipanggang 10-15 minit dlm oven terlebih dahulu (rangup)

Cara Membuatnya:
1. Panaskan Coklat Milk & Coklat Dark di atas boiler
2. Kacau hingga cair
3. Masukkan dalam piping bag
4. Paipkan ke dalam acuan coklat
5. Campurkan inti (ikut kesukaan)

Marza : Raya tahun banyak coklat la hidang kat meja (itu pun kalau berkesempatan)...hehehe  :-)

Monday, July 11, 2011

Bagaimana nak Semak Ejen Hartanah yang Berdaftar?

mungkin satu hari nanti
aku akan miliki rumah seperti ini.
Baru-baru ni mz ada la survey beberapa rumah/aparment yang dijual. Rumah yg kos sederhana je (kalau banglo tu, skrg ni tak mampu lg den nak beli), mungkin lambat skit la...
Rumah2 tu mz tengok di mudah.com atau pun iproperty.com. dan kebanyakannya rumah yg dijual adalah melalui agent / negotiator. Ada orang kata kalau kita beli rumah melalui ejen ni mudah sikit sebab dia boleh uruskan semuanya (pinjaman/penilaian dll). Tapi ada juga yang kata harga rumah tu akan mahal sikit la sbb nak bayar komisyen kat ejen. Ejen yg berdaftar ni penting sebab kalau ada ape-ape hal contohnya penipuan pembelian, mudah sikit la pihak yg berwajib menguruskannya....

Thursday, July 7, 2011

Rahsia JUTAWAN Kini Terbongkar?

Cerita ni saya ambil dari komikniaga.com. Semoga jadi panduan & pengajaran kpd semua. Sharing is Caring.

Oleh : Nik Wafdi


Semalam aku jumpa seorang jutawan.” Malik bagitahu Iwan kawan rapatnya dengan penuh ‘excited’.
“Fuh! Best tu! Apa yang korang sembang?” Iwan bersinar biji mata. Jutawan!
“Macam-macam! Sampai ke pagi jugalah kitorang bersembang.” Malik sambung. Muka dia macam orang tak cukup tidur. “Wah! Cuba cerita apa yang korang sembangkan. Bukan senang nak dapat sembang dengan jutawan. Kau tanya dia tak rahsia macam mana dia jadi kaya?” Iwan tahu ini peluang keemasan. ......

Tuesday, July 5, 2011

Nota Da Vinci bernilai RM92.4 juta

Codex Leicester

Codex Leicester

Buku ini berkisar kepada kajian saintifik yang pernah dilakukan Leornado da Vinci. Walaupun beliau banyak menulis nota kajian dalam pelbagai buku namun buku ini paling berharga berdasarkan teori dan pemerhatian beliau mengenai astronomi, jenis batu, fosil dan kajian mengenai cahaya di cakerawala. Buku setebal 72 muka surat ini pernah dimiliki oleh Thomas Coke yang juga Earl of Leicester pertama pada 1717. Pengasas Microsoft, Bill Gates telah membeli buku ini pada 1994 pada harga AS$30.8 juta (RM92.4 juta) menjadikan ia buku paling mahal di dunia. Setiap tahun Bill Gates akan menayangkan buku ini di muzium yang berbeza untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat dan menilai buku ini.

Artikel penuh di Utusan Malaysia

Marza : Wow! mahal nyer nota Da Vinci ni kn... Memang tak termampu kita nak milikinya.. Ini terbuktinya ilmu Allah ni luas, banyak & mahal kn. Terpulang pada kita samada nak atau tak je kita mencarinya..mmm.