Baru-baru ni saya hadiri Kursus Meningkatkan Kecemerlangan Diri. Berikut adalah siri personaliti kita & keterangan secara ringkasnya (trait personaliti yg tinggi) .
16 Siri Personaliti
Agresif - pantas dlm buat sesuatu perkara
Analitikal - sensitif kepada persekitaran, penyelidikan & analisis
Autonomi - terlalu berani
Bersandar - terlalu bergantung dengan orang lain
Ekstrovert - individu suka dikelilingi oleh org lain, suka berinteraksi & bekerja dgn org ramai, bersosial & tak selesa bersendirian
Introvert - suka elak situasi yg memaksa mereka berkomunikasi, disamping suka bersendirian selesaikan sesuatu tugas, susah utk elak benda yg tak elok kpd dia
Intelektual - suka aktiviti yg beri cabaran & tak berulang-ulang
Kepelbagaian - pergi ke mana je boleh masuk
Ketahanan - cekal & bermotivasi utk habiskan/selesaikan tugas
Kritik Diri - tak stabil dari segi emosi & psikologi, selalu salahkan diri sendiri walaupun bukan berkait dgn dia
Mengawal - individu suka kawal org lain / lebih suka memimpin dpd dipimpin, queen control
Menolong - kuat simpati, berkasih sayang
Sokongan - individu perlukan perhatian, simpati & ingin dikasihi
Struktur - suka kekemasan, kebersihan serta perkara berstruktur, berulang-ulang & terperinci
Pencapaian - individu bermotivasi, mahu status tinggi & suka persaingan
Jujur - dlm menjawab soalan (lebih 50% menunjukkan cenderung utk tdk jujur dlm memberikan jawapan & dgn itu profil yg diperolehi adalah tdk boleh dipercayai)
Mz : Anda dikategori mana? Personaliti boleh diubah ke arah yang lebih baik