Wednesday, February 29, 2012

Laskar Pelangi

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan dengan menerima sebanyak-banyaknya ~ Laskar Pelangi

Thursday, February 23, 2012

Profil Rasulullah S.A.W

Waktu ceramah semalam, ada diedarkan booklet tentang Profil Rasulullah s.a.w. Jadi Mz scan kan ia, & share kat sini untuk tatapan bersama. Memandangkan tulisannya kecil, nanti pembaca zoom in yer.



Profil Rasulullah & Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w
  
Sejarah Ringkas Rasulullah s.a.w. & Akhlak Rasulullah
 

Wednesday, February 22, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Hari ini, pejabat Mz mengadakan perarakan, berselawat, ceramah serta nasyid sempena Maulidur Rasul 1433H. Perarakan tu tak la jauh, lebih kurang 50 meter, dari lobi pejabat ke dewan besar. Kemudian ada bacaan sajak kisah kehidupan Rasullullah. Selepas itu, Saudara Hafiz Hamidun menyampaikan zikir serta nasyid 'Nur Kasih'. Respect kat dia sebab selepas ni dia aakan a round the world untuk melancarkan/mempromosikan nasyidnya. Katanya dia akan ke India, Eropah & Timur Tengah. Bangga dengan pencapaiannya.

Kemudian Ustaz Mohd Zawawi Yusoh menyampaikan ceramahnya bertajuk 'Cinta Rasullullah'. Semasa beliau menyampaikan ceramahnya, diselangi dengan zikir & tayangan video peralatan peninggalan Rasullulah dan lakaran rumah Baginda. Antara kandungan ceramahnya, Tanda Cinta kita kepada Rasullullah :-
1. Ingat :  ingat dalam bentuk intelektual
2. Sebut : siapa yang selalu ingat, dia akan sebut
3. Rindu : sesiapa yang ziarah kubur Nabi, seolah-olah ziarah Baginda masa hidup
4. Ikut : dalam semua perkara; Solat-Nya diawal waktu, di masjid, berjemaah & khusyuk; Kerja-Nya ikhlas & terbaik.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Nasyid oleh saudara Hafiz Hamidun

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Ustaz Zawai tengah berceramah

Tengah berselawat beramai-ramai

Berposing jap..
~ Time is life ~ Starting with the end~

Monday, February 20, 2012

Perasmian Kuarters JKR Batu 4 1/2 Sg Besi KL

Pada 18 Feb. 2012 (sabtu) lepas telah diadakan Majlis Perasmian Kuarters Baru JKR di Batu 41/2, Sg Besi KL. Kuarters ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Mz terlibat sebagai urusetia kecil mengedarkan aturcara dan standby payung..Di samping itu juga dirasmikan sekali tabika kemas & gelanggang futsal. Kuarters tersebut adalah 9 tingkat yang mengandungi 60 unit rumah.
Kuarters ini adalah fasa 1 & kemungkinan akan ada fasa 2, bagi menggantikan kuarters lama yang sedia ada.

Di samping acara penyerahan replika kunci kepada penghuni kuarters, di sampaikan sekali bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak &  penyampaian hadiah kepada anak-anak JKR yang cemerlang dalam peperiksaan.

PM tandatangan plak perasmian

Waktu PM berucap

Mz sempat bersalam dengan PM

Para urusetia sibuk mengedarkan aturcara

Tabika kemas di kuarters

Majlis Perasmian oleh PM
Mz : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..

Novel : Bisik-bisik Gelora

Novel "Bisik-Bisik Gelora " Cinta yang berbisik di hati kan kusulam menjadi bait-bait gelora beralun rindu ini ditulis oleh Fauziah Ashari terbitan grup buku karangkraf. Cetakan pertamanya adalah pada 2011. Novel yang Mz beli ni adalah cetakan yang ke 4 - 2012. Mz dapat habiskan baca novel ni lebih kurang dalam tempoh 2 minggu. Kebanyakan Mz bacanya dalam tren LRT samada pergi kerja atau balik kerja. Kalau masa kat rumah sibuk dengan melayan anak-anak la pulak, terpaksa la curi-curi masa untuk membaca. Sampai kadang-kadang cik abang menjeling, apa la isterinya kusyuk sangat buat... hehehehe

Kesimpulannya novel ni best. Nama-nama watak dalam novel ni unik, Banin Arumi, Jad Izzudin dan lain-lain.

Sinopsis novel:-

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal & lincah. Bapanya Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh dari kota. Di kampung Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa & disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Saturday, February 18, 2012

Sambutan CNY 2012

Pada 13 Feb 2012 (Isnin) lepas, Maza hadir ke Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina 2012 anjuran ofis.
Yee Sang telah terhidang

Persembahan oleh pelajar SK Convent

Menu jamuan chinese style

Tarian singa

Friday, February 17, 2012

ICW 2012

Pada 14 - 16 Feb. 2012 yang lepas, telah berlangsung International Construction Week 2012 (ICW) di KLCC. Masa perasmian Isnin lepas, Mz & kawan2 ofis telah pergi ke sana di mana PM telah merasmikan progam tersebut. Kat bawah ni Mz share gambar sekitar program tersebut.

Welcome to ICW 2012

Perasmian oleh PM

Ruang legar ke Booth Pameran

Kat entrance pameran

Antara Booth di sana


Replika Kincir angin di Melaka

Demo ukir kayu oleh Rintiz Group

Bergambar jap...hehe..

Door gift dari Ranhill, Pensel Recycle dari kertas surat khabar

Thursday, February 16, 2012

Expo Buku di PWTC

Pada 3 Feb. 2012 yg lepas, Mz ambil kesempatan pergi ke Expo Buku di PWTC untuk tengok apa yang ada di sana, sambil-sambil nak tambah koleksi buku...Expo tu bukan la macam pesta buku antarabangsa seperti yang setiap tahun di buat tu. Gerai yang jual buku kat situ tak banyak & gerainya hanya kat ruang legar di entrance pwtc tu je. Kalau tengok, pengunjung kat situ ramainya di kalangan pelajar2 IPTA yang nak tebus voucher RM200 tu je..Jadi kita yang tak de voucher ni, kena la guna cash. Kebanyakannya buku kat situ diskaun antara 10 - 20% je..


Nak tahu apa yang Mz dapat kat situ.. hehehehe... ini la dia 3 buah novel Bisik-bisik Gelora oleh Fauziah Ashari, Lorong Kematian oleh Geidurrahman Al-Mishry dan Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Mz : Selamat Membaca ..." Membaca Jambatan Ilmu"

Friday, February 10, 2012

Chocolate Brownies

Resepi kedua hari ini.

Bahan-bahannya
120g coklat masakan
160g butter
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
2 sudu makan serbuk coklat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan walnut (potong kecil2 & bakar guna mikrowave)

Cara-cara membuatnya
1. Cairkan coklat & butter (guna mikrowave - 1 minit) / atas api pun boleh.
2. Pukul telur  + gula + vanilla dalam bekas lain.
3. Masukkan adunan telur ke dlm mangkuk yang berisi coklat. Gaul rata.
4. Gaul tepung dan serbuk coklat & ayak sekali.
5. Masukkan tepung ke dalam adunan coklat di atas. Gaul rata.
6. Masukkan walnut & gaulkan rata.
7. Lapik dulang pembakar dgn kertas minyak.
8. Masukkan adunan & bakar 30 minit, suhu 180c
9. Bila dah masak, potong brownies & sedia untuk dinikmati.

Butter Rolls

Tengahari tadi, Mz pergi kelas masak roti & kek anjuran puspanita di ofis. Tenaga pengajar kelas tu adalah Pn. Talha, dari ofis sini jugak. Dia ajar macam mana nak buat Butter Rolls & Chocolate Brownies. Kat sini Mz share resepi nya. Untuk resepi Chocolate Brownies boleh klik di sini yer..

Bahan-bahan
1kg tepung roti (high protein)
3 biji telor gred A (pukul sedikit)
360 ml susu segar/kotak
10 sudu makan gula pasir halus
2 sudu kecil garam
180g butter
1.5 pkt ibu roti/ yis (mauripan)
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara membuatnya
1. Cairkan butter (guna microwave atau atas dapur)
2. Dalam bekas yang lain, masukkan tepung, gula, baking powder, ibu roti, garam dan gaul
3. Masukkan butter, susu dan telur. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Uli kira-kira 5 - 10 minit
5. Tutup dgn kain basah & biarkan hingga doh naik 2x ganda (1 jam - 1.5 jam)
6. Keluarkan doh & tumbuk2 utk keluarkan angin.
7. Bahagikan doh 40 ketul
8. Bulat-bulatkan & letak dalam dulang pembakar.
9. Rehatkan 10 minit.
10. Bakar 10- 12 minit suhu 180 C
11. Sebaik diangkat keluar, sapukan butter di atas bun roti.

Dah sedia untuk dinikmati... yum-yum..

Tips : Kalau isi inti di tengah, kurangkan gula.
         Sebelum bakar, doh tersebut di atasnya disapu campuran kuning telur dan susu sedikit.

Thursday, February 9, 2012

Donut Sedap

Hujung minggu lepas Marza ringan-ringan kan tangan cuba try test buat donut. Dah lama cari resepi donut yang sedap.. ala-ala dunkin donut/ big apple gitu.. MinMin suka sangat makan donut. Pernah hari tu beli donut big apple 1 box (6 pcs). Dapat je kat yasmin, habis dia makan sorang, tak dapat ibu & ayahnye nak merasa, semua amin unyer katanya....Jadi Mz cuba la buatnya,  resepinya Mz ikut Dari Dapur Azli Razali. Hasilnya .. MinMin kata : Sedap la ibu.. Ayahnya pulak kata : ok, sedap.. lembut jugak... Hari tu buat 1 adunan. Dapat lebih kurang 25 biji (campur2 saiz besar & kecil). Ingatkan nak simpan la sikit (buat frozen, esok2 boleh makan), tapi hubby kata tak yah simpan bagi kat jiran je. Ok la, bagi kat jiran. Esoknya jiran kata, sedap la awak punya donut semalam, pandai awak buat. Apa lagi tersenyum bangga la sekejap, sekali cuba dah jadi..hehehe.. siap bagi resepi lagi kat dia.. ok la, panjang lebar intro nya pulak. Jadi Mz share resepi tu kat sini.

Resepi Donut

Bahan-bahan
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega
2 biji telur

Cara-cara penyediaan
  1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.
  2. Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
  3. Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
  4. Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut.
  5. Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
  6. Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  7. Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan.
Mz : Selamat mencuba....lepas ni nak try buat donut & letak krim/ kastad pelbagai color & perisa kat tgh/atas nyer.

Thursday, February 2, 2012

Buku : Setia Menanti

Novel "Setia Menanti " Hanya sonata rindu yang mampu merawat luka-luka semalam ini ditulis oleh Fauziah Ashari, diterbit oleh Alaf 21 cetakan 2004. Cerita nya best. Bila kita baca intro nya pun, membuatkan kita tak sabar-sabar kita nak tahu apa kesudahannya. Novel ni adalah novel ketiga bagi Fauziah Ashari selepas Pergilah Sepi dan Ombak Rindu.

Setelah Mz novel ni, baru la tahu mengapa kebanyakan karya beliau bestseller. Ini adalah kerana olahan & susunan cerita ni membuatkan kita seolah-olah kita berada di watak yang ditulis. Dengan adegan suspennya, romantisnya, kesedihannya dan kegeramannya, cukup... Walau ape pun tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat / menggoda hati ini untuk memiliki semua novel hasil karya beliau. Bisik-bisik gelora dah beli, tunggu book review lepas ni yer..

Sinopsis novel

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malagnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikai Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi,antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu

Mz : Selepas ni nak cari novel Pergilah Sepi dan Ombak Rindu la... hehehee..