Thursday, November 7, 2013

Tips untuk putus susu ibu

Memandangkan anak ku (Ikhlas ) yang kedua telah lebih 3 tahun, saya pun cari-cari info di google cara & tips nak putus menyusu. Antara cara dicadangkan:-

1. Letak kopi atau nescafe di puting.

2. Guna akar patawali. Caranya potong akar patawali and ambil getah dia & sapu kat puting. Ianya rasa sangat pahit. Getahnya tu tidak berbau & tidak mengotorkan baju dalam. Pokoknya jenis menjalar & menggerutu. Ianya juga banyak dikampung2. Akar pokok ini juga biasanya direbus & diminum oleh orang yang ada kecing manis (diabetis).

3. Guna Tunjuk Langit. Biasanya tunjuk langit dijual ini dijual biji kecil-kecil. Contoh gambar yang kecil dibawah. Caranya kupas bijinya itu & ambil isinya yang berwarna putih. Hancurkan isinya itu & sapu di puting. Buah ini juga rasanya sangat pahit. Ianya ada banyak khasiat terutamanya untuk orang yang ada diabetis. Sekarang ini juga buah ini telah dikomersilkan & dibuat kapsul.



Pada pendapat saya cara ke-2 & ke 3 tu, in sya Allah boleh berjaya. Memandangkan sebelum ini saya pernah rasa ke dua-duanya & rasanya amatlah teramat pahit sekali. Jadi sebelum kita bagi kpd anak kita nenen yg telah disapu tu, sediakan dulu susu botol.  Kalau tak nanti, anak kita akan berkerut2 kepahitan..hehe.. Hari tu dah beli buah tunjuk langit kat chow kit, sepeket kecil rm5. Tapi en. husband kata awal tahun depan la kita cuba, kesian kat dia.

Disamping itu juga boleh juga kita guna cara psikologi:-
  • Gunakan cara memujuk.
  • Kita gantikan secara beransur-ansur teknik penyusuan badan dengan cara lain untuk memupuk anak. Jika biasanya menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba cara lain untuk membuatkan dia tenteram sama ada dengan membaca buku bersama-sama, menyanyi ataupun bermain.

  • Lengahkan masa penyusuan.
  • Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.

  • Cari waktu yang sesuai untuk bercerai susu.
  • Peristiwa besar akan membuatkan proses bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit

     
    Selamat Mencuba...
     
    sumber : blogger

    Wednesday, November 6, 2013

    Tips Agar Anak Tidur Nyenyak

    Setelah seminggu lebih ni tidur anak ku agak meragam, aku pun cari  di google dan jumpa tips/ panduan ini dengan harapan agar selepas ni tidur anak ku lebih teratur. Jadi saya copy & share di sini buat panduan bersama.

     

    Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:

    1. Lakukan aktiviti pada siang hari.
    Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

    2. Pantau tidur siang anak anda.
    Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

    3. Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
    Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

    4. Tidurkan bayi ketika mengantuk.
    Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya.
    Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

    5. Beri masa untuk dia bertenang.
    Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan.
    Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur
    yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.


    Monday, November 4, 2013

    Tahniah Pasukan Tok Gajah

    Pasti semua telah maklum bahawa Pasukan Pahang telah memenangi Piala Malaysia bagi musim ini. Pasukan Tok Gajah ini telah mengalahkan The Red Warriors  1 - 0 di stadium Shah Alam malam tadi. Jaringan tunggal tersebut dihasilkan oleh pemain import dari Argentina, Matias Ruben Conti.
     
    Saya selaku anak Pahang berbangga dengan pencapaian ini, walaupun semalam tengok live di tv en. husband berebut-rebut remote dengan anak yg nak tengok 611. hehehe...Berbaloi-baloi kerajaan Pahang memberikan cuti peristiwa hari ini. Kalau dipanjangkan cuti kpd kl kan baguss..hehehe.. Pepagi tadi ni anak ku cakap gomo..kelate..gomo..aik.. Mesti dia dengar apa ayah dia cakap semalam ni..Walau ape pun ,Tahniah sekali lagi diucapkan... HOGOH..PAHANG HOGOH.. 
     
     



    Sunday, November 3, 2013

    Apabila Anak Bujangku Genap 3 Tahun

    Apabila anak ku yang ke-2 genap 3 tahun banyak perubahan yang aku perasan. Ada perubahan yang positif dan ada perubahan yang ke arah negatif sedikit.

    Antara yang negatifnya :-
    1. suka melemparkan barang-barang, hingga retaklah tv led ku di rumah.
    2. suka buka pampers dan seluar.
    3. memilih nak pakai baju apa. Kalau yg ada gambar superhero cth ultraman, spiderman, ben 10  cepat ke nak pakai. Tapi kalau ada gambar pooh langsung tak nak pakai sebab dia kata itu baju yeyen (kawan di nursery).
    4. ketegap. Sesetengah orang cakap tak dengar kata. Kalau nak sesuatu, selagi tak dapat dia akan menjerit2 & menangis.
    5. Pandai dah main game kat handphone, hingga kan habis bateri hp tu dikerjakanya.
    6. Tengah malam bangun dan nak tengok tv. Sejak seminggu ni, setiap hari dia bangun dlm lebih kurang pukul 2 pagi, mula2 nak air, pas tu nak tgk tv (kartun). Terpaksa la ibunya temannya tidur di luar. Selalunya hingga pukul 5 pagi, pernah juga langsung tak tidur dah. huhuhu.. bersengkang mata, ibunya pun tidur dah tak berkualiti ni.. Aku kena cari solusi ni..

    Yang positifnya pula:-
    1. Boleh cakap bila terasa nak kencing, jadi bawa kencing di dlm tandas. Walaupun kadang2 terbabas gak.
    2. Banyak juga la perkataan yang dia boleh cakap & agak jelas.

    Aku tahu, sebagai ibu bapa tak boleh merungut kerana anak-anak itu adalah amanah. Jadi semoga aku boleh banyak-banyak bersabar menjaga dan mendidik amanah yang telah diberikan.
    Justeru perkara2 yang aku anggap negatif itu adalah cabaran bagi kami sebagai ibu bapa.
    Disamping itu juga, aku perlu belajar dan belajar lagi & mengorek ilmu-ilmu dalam pendidikan anak-anak ini.

    Saturday, November 2, 2013

    Letakkan dunia di tangan, bukan di hati...

    share dari fb
     
    Para sahabat Rasullullah juga ada yang mengambil dunia, tetapi mereka tidak meletakkannya di dalam hati. Mereka meletakkannya di tangan kerana mereka sedar bahawa manusia bukannya warganegara dunia tetapi warganegara akhirat.