Saturday, November 14, 2015

Majlis Ihtifal Sekolah Ikhlas

Malam tadi telah diadakan Majlis Graduasi dan Ihtifal tadika Ikhlas (anak yg ke 2). Dia bersekolah di Srii Al-Imtar. Majlis tu diadakan di Menara Mpaj. Walaupun majlis start delay, tapi seronok, sebab enjoy je kanak-kanak buat persembahan.

Ikhlas dan kawan-kawan buat persembahan nyanyian lagu al-fatihah dan sebutan alif-ya. Sebelum majlis lagi, kanak-kanak sekolah telah tunggu di belakang pentas. Jadi risau juga, apa la yang ikhlas tengah buat, tengah tido ke. Sebab masa tu dah agak lewat juga dah. Ikhlas ni kalau penat sangat kat mana-mana boleh tidur.

Masa dah nak habis majlis tu, pergi la ambil dia di belakang pentas. Dia bukan main seronok, tanya ibu dan ayah duduk kat mana. Mungkin dia nak tahu ibu dan ayah tengok tak dia buat persembahan tadi. Walaupun tahun ni ikhlas tak dapat hadiah (no.4), tahun depan rajin dan usaha lagi yer sayang. InsyaAllah tahun depan boleh dapat hadiah.

 



Monday, May 18, 2015

Tips bagi Batuk & Selesema

Jika semalam, marza share kan cara/tips untuk mengurangkan batuk berkahak dengan menggunakan bawang putih, kali ni marza share kan tips tambahan untuk mengurangkan batuk selesama dan berkahak.
 
Caranya :
1. Mengurangkan atau kalau boleh elakkan makanan yang manis-manis contohnya seperti di gambar (sebelah kiri) dan Banyakkan makan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran (contoh yang disebelah kanan). Banyakkan makan protein (bahagian dada ayam paling kaya dengan protein). Contohnya buatkan sup kaki ayam dan sup tulang ayam yang direnihkan selama 18 jam.
 
 
 
2) Buat minyak bawang putih
Cara sama yang macam sebelum ini, bakar bawang putih dengan kulit.  Kemudian lenyekkan bawang tadi di dalam bekas dengan minyak zaitun. Sapukan minyak ini di dada ataupun di kaki anak ketika batuk dan selsema.
 
3)Petua Garlic socks
Bagi bayi- pakaikan bayi dengan stokin yang jenis berlubang-lubang .Kemudian pakai lagi sehelai stokin dengan memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Bawang putih tu ambil separuh saja pun ok..buat test dulu takut bayi tak tahan panas. Jika bayi tak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih.
 
Bagi anak yang sedikit dewasa boleh pakai sehelai sahaja stokin ataupun lekatkan saja bawang putih menggunakan handsaplast. 

Biasanya nafas mereka akan berbau sedikit bawang putuh tersebut.Tujuan bawang putih ini dibuat begini adalah untuk serapan ke dalm tubuh badan yang bertindak sbg antivirus.
 

4) Petua bawang merah
Potongkan bawang merah kepada 2 bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insyaallah bawang ini akan menyerapkan semua virus di udara. Jangan gunakan bawang yang telah dipotong yer.

 


Sunday, May 17, 2015

Tips bagi Mengurangkan Batuk Berkahak

Baru-baru ini, marza kena batuk. Mahu dekat dua minggu juga la kenanya. Yang tak bestnya pagi-pagi la tak sedap tekaknya tu. Hari tu ada gak cuba strepsils, tapi tak kurang juga. Pas tu cuba la cari-cari kat internet, tips2 untuk mengurangkan batuk ni. Terjumpa di blog hairul.com, dia menggunakan bawang putih.

Jadi petang tu balik je dari kerja, terus je cari bawang putih dan buat macam yang bagi tu.
Caranya ialah ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Cucuk dengan garfu dan bakar di atas api lebih kurang dalam 2 minit. Kemudian kupas kulit dan basuh sedikit dan dah boleh makan bawang putih tersebut.

Masa mula-mula nak makan tu, cuak gak apa rasanya makan bawang putih bakar sebiji-sebiji. Bila dah masuk mulut tu, rasanya ok gak. Rasanya kurang sedikit je sedapnya  dari rasa kacang.. hehhe..
Hari tu buat bakar 2 ulas, untuk sekali makan. Bila pagi esoknya, Alhamdulillah rasanya tekak ni dah rasa kurang sedikit batuk dan kahaknya.

Rupanya bawang putih ni banyak khasiatnya. Iaitu Antibodi semulajadi paling yang bagus dan Antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini ialah ia membantu mencegah kerosakan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Jadi ia akan membantu mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.

Cuma yang tak best (sedikit je la) makan bawang putih ni, mulut kita mungkin akan sedikit berbau dan kita akan kerap mengeluarkan angin (terk*ntut)....hehehe

Selamat Mencuba..

................~~~~~.............

Friday, May 15, 2015

Well4Life : Circuit Run (part 7)

 
Minggu ni kami buat Circuit Run.
 
Squat + lunges 20
Run 100m...
High knees 20
Run 100m
Spiderman plank
Run 100m
V-crunch 10
Run 100m
- 2 set
 
+ extra workout dengan coach Harizon
Squat 10
Burpees 10
Star jump 10
- 3 set
 
.............~~~~..............

Friday, May 8, 2015

Well4Fit : Circuit Training (part 6)

Minggu ni kami buat Circuit training. Ia terdiri dengan 6 station. Setiap station kami akan buat satu jenis workout dalam masa 1 minit. Lepas 1 minit, kami akan rotate ke next station dan buat workout tersebut selama 1 minit, sehingga habis semua station.
 
Station 1 - squat
Station 2 - lunges
Station 3 - side jump
Station 4 - push up
Station 5 - crunchers
Station 6 - plank
1 minute each station
1 minute rest
3 sets

Warming-up

Thursday, May 7, 2015

Well4Fit : Cardio + Strength (part 5)

Minggu ni hanya 7 orang je yang datang. Mungkin sebab ramai yang bercuti atau outstation memandangkan esoknya akan cuti am 4 hari.  Kali ni kami buat tabata...
 
Burpees
Push up
Leh raise
Elbow plank
Side elbow plank
 
 

 
...............~~~~............

Well4Life : Circuit Cardio + Abs (Part 3)

Pada sesi kali ini, kami diajar workout untuk cardio + abs. Sepatutnya training sesi ni Circuit Run, tetapi hari ni mendung nak hujan jadi training dibuat di dalam dewan sahaja. Pada sesi

Squat
Lunges
Push up...
V-crunch
Plank
Jumping jack


..................~~~...............

Friday, April 17, 2015

Food Feeder untuk Bayi

 Sekarang ini anakku Orked dah berusia 6 bulan ++. Dia sekarang ni sudah pandai meniarap dan mengengsot-engsot (abang dan kakak dia kata macam ulat). Jadi semua barang dia nak capai dan masuk ke dalam mulut.  Memandangkan dia sudah boleh makan, jadi maza cadang nak bagi makanan guna food feeder. Bila survey-survey kat internet, ada banyak brand food feeder ni. Antaranya macam kat gambar bawah. Harga nya boleh tahan gak mahalnya.

Thursday, April 16, 2015

Resepi Sihat - Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa Stevia

Bahan-bahan
300g Tepung Gandum
100g Kelapa Parut
Garam secukup rasa
7 titis Stevia (secukup rasa)
Secawan air (secukupnya)
sedikit mentega

Cara-caranya
1. Kisar kelapa parut & garam dengan 1 cawan air menggunakan blender.
2. Masuk 1/3 tepung gandum dalam blender, kisar hingga sebati.
3. Tuang dalam mangkuk & gaulkan sebati bersama baki tepung gandum tadi.
4. Titiskan stevia, gaul sebati.
5.Panaskan pan/kuali, sapu sedikit mentega. Cedukkan adunan dengan senduk dan ratakan adunan dalam kuali.
6. Masak hingga kekuningan.
7. Siap untuk dinikmati.

Resepi Sihat - Frozen Hot Chocolate

Frozen Hot Chocolate

2 Proteins 0 Fats 2 Carbs
Prep Time: 5 min.
Cook Time: 1 hour freezing time
Servings: 2
Great idea if you're craving something sweet but don't want to ruin you eating habits.

Ingredients
2 Tbsp cocoa powder
Scant 1/16th tsp. salt (do not skip this)
1/2 tsp. Stevia
Enough milk to make blender work(about 1/2 cup)
1 cup milk
1 scoop BioTrust protein powder

Directions
Whisk 1 cup skim milk, cocoa powder, salt, and Stevia in microwave-save bowl. Microwave for 30 seconds, stir, and then microwave for another 30 seconds. Let cool and pour into an ice cube tray. Put in freezer until frozen solid. Pop half of the frozen cubes into a blender, add about 1/2 cup milk (or whatever it takes to make your blender work well) and protein powder. I add a little bit more Stevia to make it a little sweeter while I'm mixing it, but that would be up to you. Blend until smooth. Enjoy

sumber : beyonddiet.com

Well4Life : Circuit Training (Part 2)

Minggu kedua bagi program Well4Life diadakan Circuit Training.

Mula-mula kami berlari keliling dua gelanggang court tennis sebanyak 5 pusingan.
Kemudian kami buat stretching/regangan. Mula dari kepala hingga ke kaki. Selepas itu baru buat exercise workout ‘Circuit Training’. Workout ini sekiranya buat secara rutin, ia boleh tone muscle/membentuk otot dan membakar lemak. Workout ini ada 4 step, detailnya seperti dibawah.

Step 1 : Air Squats
Cara membuat air squats ni, mula-mula berdiri tegak dan angkat tangan ke hadapan (gambar kiri). Kemudian turunkan badan macam nak duduk di atas kerusi (gambar kanan).  Lutut jangan terlalu bengkok ke depan. Kepala dan mata pandang ke hadapan & jangan tunduk. Kemudian berdiri. Buat 10 kali.
 
Step 2 : Push Ups 

Friday, April 10, 2015

Senyum Seindah Suria...

Mak : Jang , amekkan hp mak , kau tolong sms kek along kau yg kek England tu . Apo kaba gak ea? Sihat ko? Den ghindu boto kek dio.        
Anak : Ok, mano henpon ea mak ?        
Mak : Tuu hah ateh mejo.        
Anak : Ok tunggu jap .        
*Si adik pun sms kat abang nya , 1 minit kemudian,*        
Anak : Mak!! Along dah baleh , tompi dio pakai bahaso omputih pulak . Handa dio mak. Tak paham den do    
Mak : Apo dio tulih? Bacokan.        
Anak: "You have an insufficient account credit balance, please reload to stay connected"        
Mak : Sms balik, bagitau kek dio cakap melayu yo lah, awak tu orang ghombau yo, jgn nak eksyen, baru seminggu kek England.
#Jangan ktwa sorg2, c/p 😃😃😃😄😃..😃

Well4Life Stay Fit


Baru-baru ini di ofis adakan program Well4Life fitness. Jadi maza pun ambil kesempatan untuk join bersama. Ia program selama sebulan dan dalam programnya ada aktiviti sekali seminggu. Tetapi aktiviti yang pertama tu, 'Diet Talk' tak join sebab terlepas pandang. Objektif program ini adalah untuk memberikan kesedaran pentingnya menjaga kesihatan dan akan diajar cara-cara bersenam dengan betul.

Disamping itu juga, target bagi program ini adalah untuk menurunkan berat badan, sekurang-kurangnya satu kilogram selama satu bulan. Adalah target itu akan berjaya? Nanti hujung bulan ni kita akan saksikan..hehe..