Monday, May 18, 2015

Tips bagi Batuk & Selesema

Jika semalam, marza share kan cara/tips untuk mengurangkan batuk berkahak dengan menggunakan bawang putih, kali ni marza share kan tips tambahan untuk mengurangkan batuk selesama dan berkahak.
 
Caranya :
1. Mengurangkan atau kalau boleh elakkan makanan yang manis-manis contohnya seperti di gambar (sebelah kiri) dan Banyakkan makan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran (contoh yang disebelah kanan). Banyakkan makan protein (bahagian dada ayam paling kaya dengan protein). Contohnya buatkan sup kaki ayam dan sup tulang ayam yang direnihkan selama 18 jam.
 
 
 
2) Buat minyak bawang putih
Cara sama yang macam sebelum ini, bakar bawang putih dengan kulit.  Kemudian lenyekkan bawang tadi di dalam bekas dengan minyak zaitun. Sapukan minyak ini di dada ataupun di kaki anak ketika batuk dan selsema.
 
3)Petua Garlic socks
Bagi bayi- pakaikan bayi dengan stokin yang jenis berlubang-lubang .Kemudian pakai lagi sehelai stokin dengan memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Bawang putih tu ambil separuh saja pun ok..buat test dulu takut bayi tak tahan panas. Jika bayi tak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih.
 
Bagi anak yang sedikit dewasa boleh pakai sehelai sahaja stokin ataupun lekatkan saja bawang putih menggunakan handsaplast. 

Biasanya nafas mereka akan berbau sedikit bawang putuh tersebut.Tujuan bawang putih ini dibuat begini adalah untuk serapan ke dalm tubuh badan yang bertindak sbg antivirus.
 

4) Petua bawang merah
Potongkan bawang merah kepada 2 bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insyaallah bawang ini akan menyerapkan semua virus di udara. Jangan gunakan bawang yang telah dipotong yer.

 


Sunday, May 17, 2015

Tips bagi Mengurangkan Batuk Berkahak

Baru-baru ini, marza kena batuk. Mahu dekat dua minggu juga la kenanya. Yang tak bestnya pagi-pagi la tak sedap tekaknya tu. Hari tu ada gak cuba strepsils, tapi tak kurang juga. Pas tu cuba la cari-cari kat internet, tips2 untuk mengurangkan batuk ni. Terjumpa di blog hairul.com, dia menggunakan bawang putih.

Jadi petang tu balik je dari kerja, terus je cari bawang putih dan buat macam yang bagi tu.
Caranya ialah ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Cucuk dengan garfu dan bakar di atas api lebih kurang dalam 2 minit. Kemudian kupas kulit dan basuh sedikit dan dah boleh makan bawang putih tersebut.

Masa mula-mula nak makan tu, cuak gak apa rasanya makan bawang putih bakar sebiji-sebiji. Bila dah masuk mulut tu, rasanya ok gak. Rasanya kurang sedikit je sedapnya  dari rasa kacang.. hehhe..
Hari tu buat bakar 2 ulas, untuk sekali makan. Bila pagi esoknya, Alhamdulillah rasanya tekak ni dah rasa kurang sedikit batuk dan kahaknya.

Rupanya bawang putih ni banyak khasiatnya. Iaitu Antibodi semulajadi paling yang bagus dan Antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini ialah ia membantu mencegah kerosakan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Jadi ia akan membantu mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.

Cuma yang tak best (sedikit je la) makan bawang putih ni, mulut kita mungkin akan sedikit berbau dan kita akan kerap mengeluarkan angin (terk*ntut)....hehehe

Selamat Mencuba..

................~~~~~.............

Friday, May 15, 2015

Well4Life : Circuit Run (part 7)

 
Minggu ni kami buat Circuit Run.
 
Squat + lunges 20
Run 100m...
High knees 20
Run 100m
Spiderman plank
Run 100m
V-crunch 10
Run 100m
- 2 set
 
+ extra workout dengan coach Harizon
Squat 10
Burpees 10
Star jump 10
- 3 set
 
.............~~~~..............

Friday, May 8, 2015

Well4Fit : Circuit Training (part 6)

Minggu ni kami buat Circuit training. Ia terdiri dengan 6 station. Setiap station kami akan buat satu jenis workout dalam masa 1 minit. Lepas 1 minit, kami akan rotate ke next station dan buat workout tersebut selama 1 minit, sehingga habis semua station.
 
Station 1 - squat
Station 2 - lunges
Station 3 - side jump
Station 4 - push up
Station 5 - crunchers
Station 6 - plank
1 minute each station
1 minute rest
3 sets

Warming-up

Thursday, May 7, 2015

Well4Fit : Cardio + Strength (part 5)

Minggu ni hanya 7 orang je yang datang. Mungkin sebab ramai yang bercuti atau outstation memandangkan esoknya akan cuti am 4 hari.  Kali ni kami buat tabata...
 
Burpees
Push up
Leh raise
Elbow plank
Side elbow plank
 
 

 
...............~~~~............

Well4Life : Circuit Cardio + Abs (Part 3)

Pada sesi kali ini, kami diajar workout untuk cardio + abs. Sepatutnya training sesi ni Circuit Run, tetapi hari ni mendung nak hujan jadi training dibuat di dalam dewan sahaja. Pada sesi

Squat
Lunges
Push up...
V-crunch
Plank
Jumping jack


..................~~~...............