SETIAP ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan. Tetapi semua ini tidak datang bergolek begitu sahaja melainkan usaha dan kegigihan mereka sendiri terhadap sesuatu bidang yang diceburi.
ANAK-ANAK patut digalakkan bukan hanya pada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan persaingan di luar memang hebat dan mencabar. Anak-anak perlu dipupuk dengan pelbagai minat dan ilmu demi membantu mereka menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mereka tempuhi.
Bagi saya penggalakkan untuk mempelajari pelbagai bidang kepada anak lelaki perlu diutamakan kerana mereka bakal menjadi ketua keluarga dan pemimpin apabila meningkat dewasa.
– Norhayati Satar, 51 tahun,Eksekutif
ANAK-ANAK perlu digalakkan dengan pelbagai bidang. Bukannya hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang tertentu sahaja.
Jika mereka diterapkan dan mempelajari pelbagai bidang, ilmu yang mereka perolehi boleh dimanfaatakan untuk diri mereka nanti.
Walau apapun bidang yang mereka ceburi, ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak memang berminat terhadap bidang tersebut.
– Rasidah Wahab, 57 tahun, Pesara
BAGI saya adalah lebih elok jika anak-anak tidak hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan dunia hari ini semakin mencabar mereka perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk mereka.....