Wednesday, February 29, 2012

Laskar Pelangi

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan dengan menerima sebanyak-banyaknya ~ Laskar Pelangi

Thursday, February 23, 2012

Profil Rasulullah S.A.W

Waktu ceramah semalam, ada diedarkan booklet tentang Profil Rasulullah s.a.w. Jadi Mz scan kan ia, & share kat sini untuk tatapan bersama. Memandangkan tulisannya kecil, nanti pembaca zoom in yer.



Profil Rasulullah & Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w
  
Sejarah Ringkas Rasulullah s.a.w. & Akhlak Rasulullah
 

Wednesday, February 22, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Hari ini, pejabat Mz mengadakan perarakan, berselawat, ceramah serta nasyid sempena Maulidur Rasul 1433H. Perarakan tu tak la jauh, lebih kurang 50 meter, dari lobi pejabat ke dewan besar. Kemudian ada bacaan sajak kisah kehidupan Rasullullah. Selepas itu, Saudara Hafiz Hamidun menyampaikan zikir serta nasyid 'Nur Kasih'. Respect kat dia sebab selepas ni dia aakan a round the world untuk melancarkan/mempromosikan nasyidnya. Katanya dia akan ke India, Eropah & Timur Tengah. Bangga dengan pencapaiannya.

Kemudian Ustaz Mohd Zawawi Yusoh menyampaikan ceramahnya bertajuk 'Cinta Rasullullah'. Semasa beliau menyampaikan ceramahnya, diselangi dengan zikir & tayangan video peralatan peninggalan Rasullulah dan lakaran rumah Baginda. Antara kandungan ceramahnya, Tanda Cinta kita kepada Rasullullah :-
1. Ingat :  ingat dalam bentuk intelektual
2. Sebut : siapa yang selalu ingat, dia akan sebut
3. Rindu : sesiapa yang ziarah kubur Nabi, seolah-olah ziarah Baginda masa hidup
4. Ikut : dalam semua perkara; Solat-Nya diawal waktu, di masjid, berjemaah & khusyuk; Kerja-Nya ikhlas & terbaik.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Nasyid oleh saudara Hafiz Hamidun

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Ustaz Zawai tengah berceramah

Tengah berselawat beramai-ramai

Berposing jap..
~ Time is life ~ Starting with the end~

Monday, February 20, 2012

Perasmian Kuarters JKR Batu 4 1/2 Sg Besi KL

Pada 18 Feb. 2012 (sabtu) lepas telah diadakan Majlis Perasmian Kuarters Baru JKR di Batu 41/2, Sg Besi KL. Kuarters ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Mz terlibat sebagai urusetia kecil mengedarkan aturcara dan standby payung..Di samping itu juga dirasmikan sekali tabika kemas & gelanggang futsal. Kuarters tersebut adalah 9 tingkat yang mengandungi 60 unit rumah.
Kuarters ini adalah fasa 1 & kemungkinan akan ada fasa 2, bagi menggantikan kuarters lama yang sedia ada.

Di samping acara penyerahan replika kunci kepada penghuni kuarters, di sampaikan sekali bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak &  penyampaian hadiah kepada anak-anak JKR yang cemerlang dalam peperiksaan.

PM tandatangan plak perasmian

Waktu PM berucap

Mz sempat bersalam dengan PM

Para urusetia sibuk mengedarkan aturcara

Tabika kemas di kuarters

Majlis Perasmian oleh PM
Mz : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..

Novel : Bisik-bisik Gelora

Novel "Bisik-Bisik Gelora " Cinta yang berbisik di hati kan kusulam menjadi bait-bait gelora beralun rindu ini ditulis oleh Fauziah Ashari terbitan grup buku karangkraf. Cetakan pertamanya adalah pada 2011. Novel yang Mz beli ni adalah cetakan yang ke 4 - 2012. Mz dapat habiskan baca novel ni lebih kurang dalam tempoh 2 minggu. Kebanyakan Mz bacanya dalam tren LRT samada pergi kerja atau balik kerja. Kalau masa kat rumah sibuk dengan melayan anak-anak la pulak, terpaksa la curi-curi masa untuk membaca. Sampai kadang-kadang cik abang menjeling, apa la isterinya kusyuk sangat buat... hehehehe

Kesimpulannya novel ni best. Nama-nama watak dalam novel ni unik, Banin Arumi, Jad Izzudin dan lain-lain.

Sinopsis novel:-

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal & lincah. Bapanya Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh dari kota. Di kampung Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa & disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?