Wednesday, March 27, 2013

Khasiat / Kebaikan Buah & Sayur Warna Ungu


Bila bercakap tentang amalan pemakanan sihat, jangan lupa untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu dalam diet anda. Sebabnya buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen asli berwarna merah, biru dan ungu. Menurut J. Scott Smith, profesor kimia makanan dari Kansas State University, antosianin adalah baik untuk kesihatan kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.

"Kini antioksidan menjadi bualan ramai," kata Smith lagi. "Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan."

Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran, kata Smith, memerhatikan warna merah pekat dan ungu pada kulit epal dan anggur. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH, ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.

Antosianin biasa terdapat dalam buah beri; seperti blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah (dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima*).

"Itu sebablah mengapa orang berkata 'makan buah beri anda', kerana ia sangat baik untuk kesihatan," kata Smith.

Kata Smith lagi, ekstrak makanan yang mengandungi antosianin juga baik untuk kesihatan. Trend terkini industri makanan adalah menggunakan warna asli bagi menggantikan warna tiruan. Antosianin boleh diekstrak dari buah-buahan atau sayur-sayuran dan digunakan sebagai pewarna asli dalam makanan.

Wain merah diperbuat dari anggur, oleh itu ia juga mengandungi antosianin. Selain itu ia juga mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan dan baik untuk kesihatan jantung.

Menurut Smith lagi, terdapat beberapa makanan ungu yang tidak begitu dikenali juga mengandungi antosianin. Sejak berkurun penduduk Amerika Selatan menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan karot ungu.

Warna merah pekat dan ungu pada ubi bit bukan disebabkan oleh antosianin, kata Smith. Warna ungu pada ubi bit datangnya dari pigmen betalen, yang menggantikan antosianin dalam sesetengah pokok. Betalen juga adalah antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Antara manfaatnya :-

a. Warna ungu pada buah dan sayur menandakan jumlah antioksidan yang semakin tinggi. Perlu diketahui juga bahawa antioksidan dalam bahan makanan berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel dan juga membuat seseorang kelihatan lebih muda dari usianya.

b. Jika dilihat dari data National Health and Nutrition Examination Study (NHANES), mengambil buah-buahan berwarna ungu secara berlebihan akan menambahkan berat badan. Ini kerana kalangan penyelidik, buah berwarna ungu contohnya memiliki kandungan gula yang melimpah ruah.

c. Meski salah satu kajian menyebutkan bahawa buah berwarna ungu dikaitkan dengan kegemukan, namun kebanyakan penyelidik lain menyatakan bahawa buah dan sayuran ungu memiliki manfaat bagi penurunan risiko tekanan darah tinggi, serta menurunkan kadar kolesterol kerana kandungan sebatian anthocyanin di dalamnya.

d. Makan berwarna ungu memilki sebatian anthocyanin atau sebatian yang berperanan penting dalam memberikan warna ungu. Sebatian itu sering dikaitkan sebagai sebatian yang bermanfaat bagi penurunan penyakit kanser

e. Sayur dan buah yang berwarna biru-ungu mengandungi magnesium yang diperlukan untuk melancarkan fungsi pencernaan dengan menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus lalu menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandungi pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.

f. Nutrisi lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin C, serat, flavonoid, asam ellagic, dan quercetin juga mendukung kesihatan retina, menjaga level rendah kolesterol LDL, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral lainnya, melawan peradangan dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor.

Antara buah-buahan warna Ungu adalah Anggur Ungu, Buah Ara, Plum, Ceri, Kismis, Blueberi

Manakala sayuran adalah seperti Terung, Kubis Ungu, Keledek Ungu, Jagung Ungu, Bayam dan yang terkini Rumpai Laut Ungu.

Dipetik dari: HealthNewsDigest.com
Sumber : Blogger








Tuesday, March 26, 2013

Kenapa makan PMC yang purple, tak makan yang kuning...????

Setelah mencari perbezaan PMC ungu & kuning di internet, ini lah jawapannya:-

PMC PURPLE : menyembuh penyakit dlman secara drastik bagi yang mengalami masalah penyakit kronik dan masalah kesihatan yang lain..dan dalam masa yang sama untuk kecantikan juga..

kesan pengambilan: demam,sakit tekak ( asma ),pening,sakit perut,cirit birit,sakit dada,setiap pinggang akan terasa sakit...

PMC KUNING: kecantikan dan dalam masa yang sama menyembuh penyakit dalaman secara perlahan..

kesan pengambilan: mengantuk,selsema,sakit perut,lenguh seluruh badan,gastrik,tekak berkahak ( asma ),

kesan pengambilan bergantung juga pada kesihatan pemakan PMC nie...ada yang makan purple akan dapat kesan macam makan yang kuning dan begitu juga siapa yang makan PMC kuning..

tambahan apa yang tidak boleh dimakan oleh pengamal PMC.
- pil tahan sakit
- maggie mee
- makanan yang pedas
- jeruk buah-buahan

kenapa tidak boleh makan?????
- bila makan pil tahan sakit dia akan ada tindak balas dengan PMC dan bila berlaku tindak balas tersebut mungkin ada yang akan merasa seperti sakit seluruh badan ( macam seluruh badan sedang di perah2 dan urat seperti ditarik2....)
- maggie mee & makanan pedas - kita sendiri maklum yang kandungan dalam maggie mee banyak yang tak sihat dan bila berlaku tindak balas selepas makan maggie mee tersebut silap2 ada yang akan kata mereka salah makan...tapi punca sebenar ialah PMC sedang mengeluarkan apa yang tidak baik dalam usus kita selepas makan maggie tadi..dan sama juga dengan makanan yang pedas jawapnya cirit birit le....makan hari le baru nak baik..

- jeruk@asam - sendiri kena ingat jeruk dan asam adalah ASID!!! makan PMC adalah untuk menstabilkan ASID dalam badan jika makan jeruk dan asam tadi jawapnya menambah keja le....akhirnya perut pun memulas-mulas...silap2 akan terasa kena gastrik pula..

Apa pun kena jaga permakanan kita selepas makan PMC ini...kerana dalaman kita sedang dipulihkan semula.

Monday, March 25, 2013

Kesan Awal Mengamalkan Makan PMC


Setelah banyak review di blog-blog, banyak kesan tindakbalas/ tanda-tanda awal kesan setelah mengamalkan makan rumpai laut/PMC. Antaranya:-

- kurang enak dalam perut, seakan terkena gastrik
- pedih yg teramat sgt dlm perut... sampai ada yang muntah2
- cepat lapar dan tekak kering
- apabila masuk minggu kedua terasa berdenyut dan menyucuk di bahagian dada
- perut terasa pedih dan menyucuk dan keluar angin banyak menerusi mulut-kadang berterusan beberapa ketika
- sakit tekak, rasa macam nak demam,
- kahak yg banyak ketika bangun tidur
- jerawat kat muka semakin bertambah, di sekitar dagu n rahang
- terasa gatal-gatal selepas makan
- mengantuk
- ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat kecil warna gelap bersama najis


Sekiranya tanda-tanda ini terjadi pada badan anda, sebaiknya anda teruskan memakan PMC ini.Kesan ini berbeza pada setiap orang. Ia bergantung hormon/tindak balas PMC ini kepada tubuh masing-masih ataupun disebabkan tidak balas detox, bermaksud ia sedang bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus kita. Sekiranya anda tidak tahan lagi dengan kesan tersebut, dicadangkan anda berhenti sementara memakannya buat sementara waktu. Ataupun dicadangkan mengurangkan dos pengambilannya contohnya sehari 3 kali, kepada 1 kali sahaja sehari.

Sunday, March 24, 2013

Rumpai Laut / Pure Marine Collagen (PMC) / Seaweed

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua, telah berkurun lamanya membiarkan blog ini bersawang macam tak ada penghuni. Lepas ni nak kena sisih, susun, sapu, seragam & sentiasa amal balik sikit-sikit, macam 5S pulak hehehhehe. Sana orang kata pasal rumpai laut, sini ada orang kata pasal rumpai laut. Rupanya dah lama famous pasal Pure Marine Collagen (PMC) ni . Ketinggalan aku rupanya. Jadi marza baru nak belajar-belajar makan PMC ni. Ada orang panggil Rumpai Laut, ada yang panggil PMC la, atau ada yang panggil Seaweed la.. ia adalah benda yang sama. Setelah menggoogle di internet, ini adalah khasiat atau kebaikan PMC ni.


Antara Khasiat Kolagen Mentah ini adalah -

1. MENCERAHKAN KULIT MUKA DAN BADAN, MENGGEBU SERTA MENGANJALKAN KULIT.
2. MENGHALANG TANDA-TANDA PENUAAN ANTI AGING
2. MENYIHATKAN ORGAN ORGAN DALAMAN BADAN
4. ANTI BAKTERIA,ANTI JERAWAT
5. DETOKSIFIKASI
6. MENGELAKKAN MASALAH JANTUNG
7. MENGAWAL BERAT BADAN
8. MENYEIMBANGKAN TEKANAN DARAH.
9. AWET MUDA
10. MENGUATKAN AKAR RAMBUT DAN MENCEGAH KEGUGURAN
11.MENGUATKAN SENDI BADAN
12.MERAWAT KENCING MANIS

Perbezaan jenis UNGU dan PUTIH dari aspek fungsi

UNGU LEBIH KEPADA MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SEPERTI SAKIT JANTUNG, STROK, GOUT, ASMA DAN SEBAGAINYA... MANAKALA KUNING/PUTIH BERPERANAN LEBIH UNTUK KECANTIKAN LUARAN.

CARA- CARA PENYEDIAAN PMC

1. BASUH KOLAGEN MENTAH SEBANYAK 5 KALI
2. RENDAM KEDALAM AIR SEJUK DI BEKAS PLASTIK SELAMA  1 HARI
3. KELUARKAN KOLAGEN, BASUH SEKALI LAGI
4. REBUS KOLAGEN DENGAN SUHU SEDERHANA SELAMA 40 MINIT DIKACAU SENTIASA   GUNA 2.5 LITER AIR.
5. SEJUKKAN KOLAGEN KEDALAM PETI SEJUK.
6. HASILNNYA SEAKAN-AKAN AGAR-AGAR.

Ia ada sedikit bau & rasa hanyir. Jadi tips untuk mengurangkan bau hanyir tu, masa rendam & rebus letak sekali daun pandan sekali.

CARA PENGAMBILAN

AMBIL 3 SUDU BESAR KOLAGEN KE DALAM AIR SUAM. 
KACAU SEHINGGA MENJADI CAIR. 
AMALKAN 3 KALI SEHARI. SEBELUM SARAPAN, SEJAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI DAN SEBELUM TIDUR (waktu terbaik kolagen diserap tubuh adalah ketika perut kosong).
BOLEH CAMPUR DENGAN MANA MANA PERISA MINUMAN ATAU JUS BUAH.

ELAKKAN MINUM MINUMAN BERGAS DAN BERKAFEIN UNTUK HASIL YANG LEBIH CEPAT.  AMALKAN SEKALI PENGAMBILAN VITAMIN C 500 GM SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MAKSIMUM.

Selain itu juga, PMC ini boleh dibuat Masker, manakala air rendaman semalaman tu boleh dipanaskan dan buat rendam kaki untuk MENGURANGKAN MASALAH TUMIT MEREKAH dan juga boleh dijadikan syampu untuk MELEBATKAN RAMBUT.
 
rujukan : blogger

Saturday, June 16, 2012

Pokok Halau Nyamuk

Beberapa jenis pokok yang boleh ditanam di sekitar rumah anda bagi tujuan halau binatang yg tidak diundang tersebut. Antaranya ialah :


1. Geranium
Geranium atau nama latinnya Pelargonium Citrosa biasanya ditanam di luar rumah.  Ia tumbuh merumpun dan mengandungi zat Citronella yang mengeluarkan bauan apabila ditiup angin.  Bauan inilah yang membuatkan nyamuk-nyamuk mneghindari rumah anda.

2. Lavender
Bunga lavender bewarna ungu dan kecil-kecil dan berpenampilan menarik. Ianya mempunyai aroma yang sungguh harum dan menenangkan jiwa.  Ia mengandungi linalool yang berfungsi untuk menghalau nyamuk.  Oleh itu gosokkanlah anggota badan anda untuk mengelakkan gigitan nyamuk.









3. Serai Wangi
Serai wangi mengandungi zat sitronelal.  Zat sitronelal ini merupakan racun yang berbahaya kepada nyamuk yang mempunyai kesan yang berupaya mengurangkan cairan dalam tubuh nyamuk dan menyebabkan kematian akibat kehilangan cairan secara berterusan.







4. Zodia
Minyak yang disuling dari daun zodia mengandungi 46 peratus linalol iaitu cairan pengusir nyamuk.  Jika pokok zodia diletakkan di kawasan laluan angin atau berdekatan dengan kipas angin, tanaman ini akan mengeluarkan bauan yang harum hasil dari pergesesan daun-daunnya yang boleh menghalau nyamuk.  Tapi anda harus mengelakkan dari meletakkan tanaman ini di ruang yang sempit dengan udara yang terhad kerana ia boleh menyebabkan manusia mabuk dan pening.


sumber : cempakamelati

Marza : Lepas ni boleh la cari pokok ni utk di tanam disekitar rumah, disamping dpt menambah oksigen, boleh juga mencantikkan kawasan rumah. ~ Kempen Bebas Denggi ~