Wednesday, March 27, 2013

Khasiat / Kebaikan Buah & Sayur Warna Ungu


Bila bercakap tentang amalan pemakanan sihat, jangan lupa untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu dalam diet anda. Sebabnya buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen asli berwarna merah, biru dan ungu. Menurut J. Scott Smith, profesor kimia makanan dari Kansas State University, antosianin adalah baik untuk kesihatan kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.

"Kini antioksidan menjadi bualan ramai," kata Smith lagi. "Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan."

Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran, kata Smith, memerhatikan warna merah pekat dan ungu pada kulit epal dan anggur. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH, ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.

Antosianin biasa terdapat dalam buah beri; seperti blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah (dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima*).

"Itu sebablah mengapa orang berkata 'makan buah beri anda', kerana ia sangat baik untuk kesihatan," kata Smith.

Kata Smith lagi, ekstrak makanan yang mengandungi antosianin juga baik untuk kesihatan. Trend terkini industri makanan adalah menggunakan warna asli bagi menggantikan warna tiruan. Antosianin boleh diekstrak dari buah-buahan atau sayur-sayuran dan digunakan sebagai pewarna asli dalam makanan.

Wain merah diperbuat dari anggur, oleh itu ia juga mengandungi antosianin. Selain itu ia juga mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan dan baik untuk kesihatan jantung.

Menurut Smith lagi, terdapat beberapa makanan ungu yang tidak begitu dikenali juga mengandungi antosianin. Sejak berkurun penduduk Amerika Selatan menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan karot ungu.

Warna merah pekat dan ungu pada ubi bit bukan disebabkan oleh antosianin, kata Smith. Warna ungu pada ubi bit datangnya dari pigmen betalen, yang menggantikan antosianin dalam sesetengah pokok. Betalen juga adalah antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Antara manfaatnya :-

a. Warna ungu pada buah dan sayur menandakan jumlah antioksidan yang semakin tinggi. Perlu diketahui juga bahawa antioksidan dalam bahan makanan berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel dan juga membuat seseorang kelihatan lebih muda dari usianya.

b. Jika dilihat dari data National Health and Nutrition Examination Study (NHANES), mengambil buah-buahan berwarna ungu secara berlebihan akan menambahkan berat badan. Ini kerana kalangan penyelidik, buah berwarna ungu contohnya memiliki kandungan gula yang melimpah ruah.

c. Meski salah satu kajian menyebutkan bahawa buah berwarna ungu dikaitkan dengan kegemukan, namun kebanyakan penyelidik lain menyatakan bahawa buah dan sayuran ungu memiliki manfaat bagi penurunan risiko tekanan darah tinggi, serta menurunkan kadar kolesterol kerana kandungan sebatian anthocyanin di dalamnya.

d. Makan berwarna ungu memilki sebatian anthocyanin atau sebatian yang berperanan penting dalam memberikan warna ungu. Sebatian itu sering dikaitkan sebagai sebatian yang bermanfaat bagi penurunan penyakit kanser

e. Sayur dan buah yang berwarna biru-ungu mengandungi magnesium yang diperlukan untuk melancarkan fungsi pencernaan dengan menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus lalu menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandungi pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.

f. Nutrisi lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin C, serat, flavonoid, asam ellagic, dan quercetin juga mendukung kesihatan retina, menjaga level rendah kolesterol LDL, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral lainnya, melawan peradangan dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor.

Antara buah-buahan warna Ungu adalah Anggur Ungu, Buah Ara, Plum, Ceri, Kismis, Blueberi

Manakala sayuran adalah seperti Terung, Kubis Ungu, Keledek Ungu, Jagung Ungu, Bayam dan yang terkini Rumpai Laut Ungu.

Dipetik dari: HealthNewsDigest.com
Sumber : Blogger








No comments:

Post a Comment