Monday, January 31, 2011

Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadat 70 tahun

Satu hari seorang sahabat Nabi SAW, Miqdad Ibnu Al-Aswad berjumpa dgn Abu Hurairah r.a, lalu beliau mengkhabarkan kepada Miqdad: "Aku mendengar Rasulullah memberitahu kepada ku, barang siapa yang berfikir satu saat maka itu lebih baik daripada beribadat setahun".

Miqdad berlalu & berjumpa pula dgn Ibnu Abbas, lalu dikhabarkan kpd Miqdad: "Aku mendengar bhw Rasulullah SAW memberitahu kpdku, barang siapa yg berfikir satu saat maka ia terlebih baik drpd beribadat 70 tahun".

Miqdad keliru dgn perkhabaran 2 sahabat tadi, kerana apa yg disampaikan oleh kedua-duanya berbeza. Lantas mengadukan hal ini kpd baginda Nabi SAW.

Baginda mengarahkan supaya memanggil Abu Hurairah & Ibnu Abbas berjumpa dgnnya, baginda bertanya kpd Abu Hurairah: "Bagaimana cara engkau berfikir?" Jawab Abu Hurairah: "Aku memikirkan tentang kejadian 7 petala langit & bumi (mendatangkan rasa agung kpd Allah dlm diri)".

Maka jawab baginda: "Benar, engkau mendapat berfikir sesaat lebih baik drpd beribadat setahun." Sabdanya lagi, "Telah turun al-Quran kepadaku, rugilah bagi mereka yg membaca al-Quran tapi tdk memikirnya".

Lalu baginda bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Aku memikirkan tentang kematian dan huru haranya saat itu". Lalu baginda menjawab: "Benar, berfikir begitu maka engkau dapat kelebihan sesaat berfikir maka terlebih baik drpd beribadat 70 tahun".

Sememangnya digalakkan kita berfikir tentang kejadian alam ini. Jika kita melihat ibadah para rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim a.s & pesuruh Allah yg lain, mereka juga beribadat dgn cara memikir bagaimana kejadian alam & betapa hebatnya penciptanya. Ini mendatangkan rasa keagungan & ketakjuban kepada Allah.

Selain itu, kita juga disuruh berfikir tentang kematian & huru hara yg berlaku menjelang saat mati & penghijrahan kita ke alam barzakh.

Ini akan membuatkn kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yg Allah kurniakan kpd kita, tdk timbul tamak, hasad dengki, khianat mengkhianati & terlalu mengejar kekayaan dunia hingga keluar daripada sempadan syariat.

Sumber : Utusan Malaysia 20 Jan. 2011

Sunday, January 30, 2011

Bantal Peluk??

Kenapa pulak la bantal ni tergayut di sini yer.. haa.. kalau nak tahu tengok gambar lagi satu di bawah..


Sebenarnya ini sarung plastik sampah... Saya jahit ia sama mcm sarung batal panjang.. Yang saya suka ttg sarung ni adalah hubby puji sarung ni sbb nya tak perlu la tunduk2 lagi kat laci bwh sbb nak cari & letak plastik sampah.. hehe..

Hand Towel Cute

Ini saya nama hand towel cute sebabnya saya buat sapu tangan tu tidak dijahit sekali ngan penyangkut dia. Saya cuma sangkut towel tu di penyangkut dia, kemudian pakaikan sarung kat bhgn atas dia (mcm tudung la).. Saya buat ia berasingan supaya tak perlu la kita nak jahit semua towel & bila towel tu dah kotor, kita cuma tukar towel tu shj.


Sangkut towel di penyangkutnya. Penyangkut ni saya guna penyangkut baju kanak-kanak.

Pakaikan sarung kepala dia & tarik talinya supaya tak mudah terlucut.. mudah kan..hehe..

Tuesday, January 4, 2011

My First Pouch Sling

Pouch Sling ni saya jahit bagi memudahkan saya membawa ikhlas berjalan2, terutamanya di tempat2 yg sempit. Idea nak jahit pouch sling ni saya jumpa masa jalan2 di internet. Rupa-rupanya sling ni ada mcm2 jenis, antaranya Pouch Sling, Ring Sling & Mei Tai. Kalau orang-orang dulu (zaman mak-mak kita) mereka telah amalkan guna sling ni menggunakan kain batik panjang. Tapi sekarang telah dimodenkan dengan penggunaan baby carrier.


kebiasaanya Ikhlas lena bila saya menggunakan sling ni sbbnya mungkin terasa sedap je kena peluk oleh ibunya.

Lain kali nak cuba buat Ring Sling pula, tapi tgh cari mana nak dptkan Ring nya tu yer.
Sesiapa yg nak jahit sendiri pouch sling ni boleh cuba di sini.