Sunday, November 2, 2014

Cara Atasi Anak Malas Belajar

Pasti anda inginkan anak anda berjaya, maka kami akan kongsikan cara atasi anak malas belajar. Teruskan membaca..

Sudah menjadi lumrah, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya. Anak terbentuk mengikut acuan kita, seperti kain putih kita ibubapa yang mewarnai kehidupan mereka. Jika kita tidak rajin mendidik mereka dari kecil dan menerapkan nilai-nilai murni kemungkinan mereka akan degil dan kurang bercakap dengan kita.

Ibu Bapa mana yang tidak sayang akan anak mereka sejak kecil sudah ditatang bagai minyak yang penuh.Tapi kita kena ingat, tidak kesemua kehendak anak-anak harus diturutkan. Kadang kala kita ibu bapa kena bertegas.

Antara Cara Atasi Anak Malas Belajar adalah :

1) Buat Kerja Sekolah Bersama-sama anak

Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di rumah.
Ini kerana, anak-anak mungkin berasa bosan atau mereka tidak memahami tentang pembelajaran.
Di sekolah, guru peneman mereka untuk menyelesaikan masalah.Apabila di rumah ibu adalah guru ke2 untuk mendidik si anak.

2) Berikan Ganjaran kepada anak

Wujudkan pertandingan ketika belajar. Contohnya: jika anak-anak boleh siapkan kerja sekolah pada waktu yang singkat mereka boleh pergi bermain dengan kawan-kawan.
Pujian adalah salah satu cara untuk memotivasikan si anak, berikan hadiah jika si anak mendapat markah yang baik.
Pujian itu juga adalah mata ganjaran dan doa buat si anak.Jadi pujilah jika mereka melakukan sesuatu yang membanggakan.Ingat!!Jangan lokek.
Si anak akan berasa lebih dihargai dan tanpa disuruh akan mengulanginya lagi untuk menggembirakan hati ibu bapa.

3) Menjadi Sahabat kepada Anak

Kenali masalah anak-anak dengan menjadi rakan mereka, ini lebih mudah untuk mereka berceritakan masalah yang dialami.
Memberi keyakinan yang tinggi agar mereka tidak takut untuk menghadapi sebarang kesukaran atau masalah di sekolah.
Selalulah memberi kata-kata semangat, dorongan dalam memotivasikan diri anak-anak anda.

4) Berdoa

Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur
Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
Memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t dan mengamalkan zikir.

Diharap perkongsian tips anak malas belajar di dalam pelajaran ini memberi seribu satu manfaat yang bermakna untuk para ibu bapa. Ibu bapa harus bijak berbicara dengan lembut terhadap si anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa buat mereka.


sumber : fb

Saturday, November 1, 2014

Petua Kecilkan Punggung dengan Cepat

Tidak selesa dengan bentuk punggung yang besar? Ketahui cara mengecilkan punggung dengan cepat.
Memiliki tubuh langsing dan ideal tentunya menjadi idaman bagi setiap orang. Apatah lagi, bagi kaum wanita yang umumnya sentiasa ingin nampaklangsing dan menawan.
Bentuk atau ukuran punggung yang berlebihan boleh menjadi salah satu penghalang seseorang dalam meraih keyakinan dirinya. Tambahan pula ‘kemantapan’punggungnya itu sering menarik perhatian orang, terutama kaum lelaki. Malu, eh!!


Bagi anda yang memiliki punggung besar, jangan terburu-buru mahu melakukan cara yang tidak sihat seperti membuat pembedahan plastik , sedut lemak dan sebagainya.
Anda harus ingat, memiliki punggung besar adalah satu anugerah Tuhan yang wajar anda syukuri kerana tidak semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Jika keadaan itu tetap membuatkan anda berasa tidak selesa, anda jangan susah hati kerana ada beberapa tips dan cara yang anda boleh lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Baik paha mahupun punggung yang besar atau lebar itu boleh dikecilkan dengan mudah, kerana punggung terdiri daripada jaringan lemak dan kulit.Bersenamlah secara teratur supaya lemak-lemak yang terdapat di punggung dapat dihapuskan dengan mudah.

1. Lakukan Senaman Kardio
Cara terbaik untuk mengecilkan punggung dengan cepat atau pantas dalah dengan bersenam. Apabila anda melakukan diet makanan berlemak namun disebabkan anda tidak bersenam, hasilnya tidak akan dapat dilihat dalam waktu yang singkat. Bahkan, mungkin juga tidak berhasil.
Tambahan pula dengan berdiet tanpa bersenam, berat ‘massa’ tubuh akan turun tetapi tubuh yang telah membesar kemudian kehilangan ‘massa’ beratnya akan jadi menggelebeh yang juga dapat dihilangkan secara semulajadi dengan bersenam.

Bersenam tidak semestinya harus melakukan aktiviti yang berat. Usah memaksa tubuh melakukan senaman yang di luar kemampuan tubuh kerana ia mungkin akan menyusahkan atau menyakitkan diri anda sendiri.
Untuk mengecilkan punggung dengan cepat, anda boleh melakukan senaman dengan cara yang sederhana dan tidak perlu terburu-buru untuk ke gym dan sebagainya. Lakukan senaman ringan di atas katil ataupun sofa pun boleh! Yang penting, anda selesa.

Caranya, posisikan tubuh pada posisi terlentang dan simpan tangan di sebelah badan. Pilih tempat yang paling selesa untuk melakukan senaman ini. Kemudian angkat kaki kanan dan kiri secara bergantian dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Lakukan gerakan ini sebanyak 15 kali.

Kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal. Ingat, dalam senaman jumlah yang banyak tidak bermakna apabila tidak dilakukan dengan baik. Oleh sebab itulah, lakukan gerakan mengayuh basikal dengan perlahan, tapi pastikan ia berjaya dibuat sebanyak 15 kali.

Kedua-dua gerakan senaman ini elok dilakukan pada setiap pagi setelah bangun tidur dan juga pada malam hari sebelum tidur. Jika mahu atau berasa tubuh sudah mampu untuk melakukannya lebih, jangan lupa untuk menambah jumlahnya ya!

2. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali
Apabila ingin melakukan gerakan senaman lainnya, lebih baik pilih senaman yang memang untuk paha dan punggung seperti berjalan kaki atau lompat tali.
Dengan berjalan kaki, secara tidak langsung anda telah menggerakan punggung anda. Bahkan senaman berjalan kaki juga biasanya tidak terlalu disedari, namun banyak kebaikannya. Dengan berjalan kaki sebanyak sepuluh ribu langkah setiap hari, maka kaki, paha dan punggung anda akan menjadi lebih kecil dan menarik.

3. Jaga Pola Pemakanan
Anda disarankan untuk makan secara teratur. Biar kerap, tetapi dalam jumlah makananyang sepatutnya.
Perbanyakkan makanbuah dan sayuransegar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral, juga membantu membakar lemak dalam tubuh. Hindari pengambilan lemak, karbohidrat serta gula .
Selain itu, anda juga harus perbanyakkan minum air putih. Biarpun nampak seperti tidak ada kaitannya dengan proses mengecilkan punggung atau paha, tetapi anda harus ingat ya. Untuk mengeluarkan lemak dan kalestrol jahat dari dalam tubuh diperlukan metabolisme tubuh yang lancar.
 

4. Bernafas Dan Cuba Kalahkan Nafsu!
Biasanya ketika sedang stres, seseorang itu cenderung mencari jalan pintas yang juga akan menambah kalori. Jadi, ini bermakn kita akan membuat pilihan makanan yang lebih baik ketika sedang bersantai! Untuk mengatasinya, cuba lakukan latihan pernafasan seperti yoga. Ketika sedang rileks, kita tidak akan berasa lapar. Jika dilakukan secara teratur, anda pasti akan merasakan manfaatnya.

Penjelasan di atas adalah beberapa tips dan cara pantas untuk anda mengecilkan punggung secara semulajadi. Selamat mencuba dan semoga anda mendapat bentuk paha dan punggung yang ideal.


sumber : fb