Sunday, January 5, 2014

Musim demam denggi

Sekarang ni banyak betul yang kena demam denggi. Rakan sekerja/ ahli keluarga rakan sekerja di ofis pun dah 4 orang yang kena demam denggi. Hingga kan Mat Yo (footballer) pun baru-baru ni kena sama.

Sebelum ini, marza ada share pokok untuk halau nyamuk. Itu mungkin salah satu cara untuk mencegahnya.



Tapi kalau dah dijangkiti apa yang nak dibuat. Ada yang bagi petua kalau kena demam denggi, kena banyak Minum AIR 100 PLUS dan Makan SUP KETAM. Kalau dimasukkan di dalam wad, dia akan dimasukkan air dan doc akan suruh kita minum banyak air/ jus buah-buahan (contoh jus tembikai ke). Ini akan menyebabkan kita kerap kencing dan kumannya akan keluar. 


KasihAnakIbu: Kebersihan itu penting. Sama-samalah kita menjaga kebersihan persekitaran rumah kita.

Saturday, January 4, 2014

Teka-Teki Lawak...release tension jap..

Apa kata rehat-rehatkan minda sekejap, kita tengok teka-teki lawak dulu...disamping itu juga boleh buat excercise muka, tak la tengang sgt muka tu....hehehe.


Soalan : Kenapa pokok kelapa di depan rumah harus ditebang?
Jawapan : Mestilah kena tebang, siapa nak pokok kelapa. Gila apa!

Soalan : Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapan : Kotak Penalti!

Soalan : Hitam & berpeluh itu apa?
Jawapan : Semut hitam tengah berjogging

Soalan : Apa dia pergi terbang balik berenang?
Jawapan : Pancing sebab bila kita campak joran, ia terbang tapi bila dah dapat ikan dia berenang.

Soalan :  3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya itu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam.

Soalan : Orang yang kena penyakit AIDS boleh tahan berapa hari?
Jawapan : 3 hari sebab
A : Ahad
I : Isnin
D : Dan
S : Selasa

Soalan : Kenapa pemandu teksi minta duit nanti. Kenapa dia tak minta duit dulu sebelum memulakan perjalanan?
Jawapan : Sebab kalau dia minta duit dulu nanti duit itu tak laku sebab itu duit lama.

Soalan : Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapan : Dua-dua kalau dah 'kringgg boleh diangkat.

Soalan : Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan?
Jawapan : Lilin masa sambut HAPPY BIRTHDAY.


sumber : Majalah Mastika

p/s : Itu dulu buat masa ni, kalau ada lagi teka-teki nanti marza share lagi...hehe