Tuesday, January 31, 2012

GOODIES KEPADA WARGAKOTA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2012

Tadi Marza dpt email dari kawan2 tentang perkara ni. Jadi sambil-sambil tu Mz copy paste kat sini utk share dgn pembaca semua. Boleh la kita bawa anak-anak kita berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur ni. Banyak tempat-tempat yang menarik di sini. Jom kita Cuti-Cuti Malaysia... hehehee

A. GOODIES DBKL KEPADA WARGAKOTA

1. Semua kompaun trafik yang dikeluarkan oleh DBKL sebelum 1 Mac 2011 dikenakan kadar sebanyak RM30. Pembayaran boleh dibuat bermula 1 Februari hingga 28 Februari 2012 di lokasi seperti berikut :

i. Kaunter bayaran di ibu pejabat Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut;

ii. Kaunter bayaran Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak; dan

iii. Semua kaunter bayaran Pejabat Cawangan DBKL kecuali Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

Nota : Orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 boleh menyemak status kesalahan di laman web DBKL. Sementara orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik tahun 2007 perlu mengemukakan notis kompaun asal semasa membuat bayaran.

2. Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan seperti futsal, tenis, badminton, kolam renang, squash, gimnasium, ping pong, padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan gelanggang takraw bermula pada 1 Februari sehingga 7 Februari 2012.

3. Yuran keahlian percuma untuk semua perpustakaan DBKL sepanjang bulan Februari 2012.

4. Percuma menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa pada 1 Februari hingga 7 Februari 2012.

5. Penggunaan tandas awam DBKL secara percuma mulai 1 Februari hingga 7 Februari 2012.

B. GOODIES DARIPADA PIHAK SWASTA


1. Menaiki bas Hop On Hop Off dengan bayaran RM1 pada 1 Februari 2012 untuk pemegang My Kad.

2. Bayaran masuk RM1 ke Petrosains (utk kanak-kanak sahaja), Taman Rama-Rama dan Taman Burung untuk pemegang My Kad sahaja pada 1 Februari 2012.


3. Diskaun 30% utk bayaran tiket Aquaria pada 1 Februari 2012.

4. Bayaran ‘flat rate’ kepada pemegang MyKad iaitu RM 20 (dewasa) dan RM 15 (kanak-kanak) bagi menaiki KL Tower pada 1 Februari 2012.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Ismail Stapa di emel : ismailstapa@dbkl.gov.my atau di talian : 03-2617 9801.

Mz : Selamat Hari Wilayah...

Thursday, January 26, 2012

Baby Slings


Sumber : hip dysplasia http://www.hipdysplasia.org/Developmental-Dysplasia-Of-The-Hip/Prevention/Baby-Carriers-Seats-and-Other-Equipment/Default.aspx

Car Seat


 
sumber : http://www.hipdysplasia.org/Developmental-Dysplasia-Of-The-Hip/Prevention/Baby-Carriers-Seats-and-Other-Equipment/Default.aspx

Baby Harnesses

Here's an excellent image of how babies should be positioned to avoid hip dysplasia! Avoid carriers & tying methods that do not provide your child with knee to knee support in the spread-squat position.

Wednesday, January 11, 2012

Tips untuk Melembutkan Daging

Baru-baru ni Mz ada tengok citer kat astro ttg bagaimana nak melembutkan daging yang dimasak. Tapi rancangan tu  bukan rancangan masak-memasak tau tapi kat rancangan Clever edisi Malaysia.

Saintis Rafidah tu telah memerapkan daging secara berasingan, menggunakan mangga, betik dan anggur. Beliau kemudiannya menyuruh tiga orang pembantu memasakkan daging-daging tersebut. Daging yang diperap dengan buah apakah yang paling lembut setelah dimasak?

Jawapannya : Buah Betik !!!
 
Keterangan
Pada kulit hijau betik ini terdapat enzim ‘papain’. Papain ialah enzim protein yang proteolitik, yang bermakna menghadam protein. Selain digunakan untuk melembutkan daging untuk masakan, ia juga dimasukkan dalam gabungan preskripsi enzim pencernaan untuk menggantikan apa yang tidak boleh dihasilkan individu dengan masalah ‘cystic fibrosis’, suatu kondisi di mana pankreas tidak boleh menghasilkan enzim semula jadi yang cukup untuk menghadamkan makanan dengan betul.
.......

Sebelum ni pernah la dengar kata org tua-tua dulu bila rebus daging letak daun betik la, buah betik muda la, daun nangka la, letak sudu besi pun ada untuk lembutkan daging... ada jugak dengar letak panadol utk lembutkan daging..Macam-macam..

Sekarang dengan sains telah terbukti bahawa buah betik boleh melembutkan daging.

Mz : Lepas ni kalau kita nak masak daging panggang ke, stew ke elok la diperap dengan betik dulu.. supaya tak la tercabut gigi palsu org yang memakannya nanti..:-)

Thursday, January 5, 2012

1 Bulan 1 Buku "Travelog Cinta Abadi "

Tahun ni Maza target nak baca sekurang-kurangnya sebulan sebuah buku. Kemudian mz akan buat ulasan la sikit kat sini (mcm pro je nak ulas buku org lain..hehe..), tak la ini hanya pandangan dari kaca mata mz sahaja.

Buku yang mz baru habis baca adalah bertajuk " Travelog Cinta Abadi ~ masa yang berlalu ....." buku ni ditulis oleh Roza Roslan keluaran PTS Islamika 2010.

Travelog Cinta Abadi menceritakan tentang pengalaman & kisah lampau penulis semasa kecil hingga dewasa. Penceritaannya ringkas dan mudah difahami. Ia juga diselangi dengan doa-doa yang boleh kita amalkan bersama.

Bila membaca buku ni, aku terbayang & mengingatkan ku akan keadaan yang sama semasa kecil ku. Dulu keluargaku hidup dalam keadaan agak susah.  Aku pernah menolong kedua-dua orang tua ku menanam sayur, menoreh getah, memetik koko, berniaga di pasar malam dan lain-lain lagi. Aku juga sempat merasa bagaimana memasak menggunakan kayu api, guna pelita minyak tanah kemudian upgrade sikit ke gasolin, mandi di air perigi & sungai dan tengok tv hitam putih guna bateri kereta & generator.

Bila diingatkan balik, banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui. Setiap insan pasti ada pengalamannya yang tersendiri.

Petikan dari buku ini :
"Ya Allah, Indahnya kenangan itu. Mahu rasanya meminta jangan diputarkan bumi supaya masa lalu tidak berlalu. Rupa-rupanya keadaan sudah jauh berubah, namun kenangan itu masih segar seperti dahulu.

"Wahai Tuhan, kampung halamanku mulai kusam dipandang mata. Namun, jejak semalam masih lagi dapat kukesani. Ia berbekas di hati."

Kesimpulannya: Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

Wednesday, January 4, 2012

Apam Polka Dot


Apam Polka Dot buatan ku...hehehe

Dah lama maza nak cuba try test buat apam polka dot ni. Tapi tak kesempatan. Hujung minggu ni boleh la cuba. Search kat google resepi nya, jumpa kat blog ciktom, dn terus copy & share kat sini utk rujukan nanti.
Nanti bila dh jadi nanti maza akan tepek gambar kat sini yer.. hehhe..

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

** Ovelette atau nama lainnya quick 75 ni berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ia merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Kemudian campur bahan2 lain(susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Mz : Kalau jadi resepi ni boleh la experimen buat yg cartoon2 tu pula.... hehehe.. Selamat Mencuba..