Wednesday, January 4, 2012

Apam Polka Dot


Apam Polka Dot buatan ku...hehehe

Dah lama maza nak cuba try test buat apam polka dot ni. Tapi tak kesempatan. Hujung minggu ni boleh la cuba. Search kat google resepi nya, jumpa kat blog ciktom, dn terus copy & share kat sini utk rujukan nanti.
Nanti bila dh jadi nanti maza akan tepek gambar kat sini yer.. hehhe..

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

** Ovelette atau nama lainnya quick 75 ni berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ia merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Kemudian campur bahan2 lain(susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Mz : Kalau jadi resepi ni boleh la experimen buat yg cartoon2 tu pula.... hehehe.. Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment