Monday, June 21, 2010

Tips Agar Anak Tidak Suka Menggigit

Sekarang ni Yasmin suka sangat menggigit. Tak kira la ayahnye ke, ibunya ke & kadang-kadang kawan-kawan dekat nurserynya pun menjadi mangsa. Aku pun cari la sedikit tips di internet & jumpa sedikit sebanyak tips yang boleh dikongsi bersama. Aku akan cuba praktikkan, semoga berjaya.. amin..

Berikut beberapa tips yang boleh dicuba agar anak tidak suka menggigit:

  • Ciptakan suasana selesa
    Adanya suasana selesa akan membuat perasaan anak juga lebih nyaman dan tenang. Hal ini boleh mengurangkan timbulnya emosi negatif, sehingga anak pun tidak merasa perlu untuk menggigit.
  • Jaga emosinya
    Sejak awal orang tua perlu menjaga keadaan psikologi anak. Jika marah, hindari memarahinya dengan membentaknya atau merendahkan harga dirinya. Tegurlah perilakunya tanpa mencela dirinya. Selain itu, jika orang tua sedang ada masalah atau marahan, sebaiknya jangan diperlihatkan di hadapan si kecil.
  • Beri perhatian cukup
    Kadang si kecil menggigigit untuk mencari perhatian. Karena itu berilah ia perhatian yang cukup. Sesekali (kalau tidak boleh selalu), luangkanlah waktu untuk menemaninya bermain. Jaga jangan sampai anak kurang perhatian, lebih-lebih lagi bagi anak yang baru dapat adik. Sebagai orang tua, seboleh mungkin berlaku adillah, khususnya dalam memberikan perhatian kepada setiap anak.
  • Perhatikan pola makannya
    Anak harus dibiasakan untuk makan secara teratur, dan jaga agar jangan sampai ia kelaparan. Sebab, boleh jadi anak menggigit untuk memberi tahu bahwa ia lapar. Selain itu, pola makan yang baik dan teratur juga akan sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatannya.
  • Berikan waktu istirahat yang cukup
    Keadaan anak yang keletihan boleh mempengaruhi emosi anak. Karena itu anak harus dijaga jangan sampai keletihan. Berikan waktu istirehat yang cukup untuknya. Misalnya dengan menyuruhnya tidur siang minimal 2 jam, dan tidur malam sehabis isya’, jangan terlalu malam.
  • Latih anak untuk berkomuniksi dan mengungkapkan emosi
    Agar tidak terbiasa menggigit, anak perlu dilatih berkomunikasi dan mengungkapkan emosi sejak awal. Rajin membacakan buku cerita merupakan salah satu cara yang efektif untuk melatih anak berkomunikasi.
Itulah beberapa hal yang boleh kita lakukan  agar anak tidak suka menggigit.

Friday, June 11, 2010

Buka Buku Merah

Kalau mereka-mereka yang pernah mengandung tu, pasti dah biasa ngan buku merah ni.. buku ni la yang kena bawa hampir setiap bulan bila kena check-up.. Pada 17 Mei hari tu, saya pergi la ke Klinik Kesihatan Ibu Anak atau ringkasnya KKIA yg dekat dgn ofis ku.. Ingat nak buka buku merah la.. Tapi nurse kat situ kata tak boleh buka buku tu kat sini sebab kena buat buku tu dekat KKIA yg berhampiran dengan rumah..sebabnya dia kata setiap KKIA ada area./kawasan dia.. ibarat kawasan jajahan dia la.... pastu dia kata nanti bila kita bersalin nanti, nurse KKIA yg dekat dengan rumah kita tu yang akan melawat/periksa kita kat rumah.. Bila dah buka buku tu kat situ baru la boleh check-up rutin kat mana2 KKIA yang mana kita suka.. gitu pulak prosedur nyer..

Masa saya mengandung anak yg pertama dulu boleh je buka buku tu kat KKIA yg dekat dgn ofis tu.. ni tak boleh pulak...emmm... ok la, pas tu nurse kat situ bagi la alamat klinik yg berkenaan.... kemudian saya pergi la ke klinik tu, masa tu lebih kurang kul 11 pagi.. bila tanya kat kaunter pendaftaran tu, dia kata masa untuk pendaftaran baru dah tutup.. waktu utk pendaftaran baru/buka buku tu hingga pukul 10.30 pagi je.. sebabnya nanti diorang akan ambil darah kita utk ujian macam2 la.. kat situ  tak ada lab sendiri... darah tu akan dihantar ke hospital yang berhampiran...jadi nanti driver yg pick-up darah tu akan tunggu lama, lagi pun patient sedia ada ramai lagi....jadi nurse tu suruh aku datang awal pagi esok....frust la jugak.. sbb ingat nak settle kan hari ni.. tapi tak settle jugak, jadi ingat sia-sia je cuti hari tu..

Masa hari tu, keadaan aku kurang memuaskan, batuk, selesema la & rasa lemah je... jadi lepas pergi klinik yg tak jadi buka buku tu aku & suami kesayanganku pergi la ke klinik swasta utk dptkan rawatan + ubat.. Alhamdulillah, mujur la doktor tu (kalau tak salah dr. harlina la )  bagi mc 2 hari... sbb aku kan  tengah pregnant takut risiko H1N1...tanda-tandanya dah ada, cuma tak demam je.. so doktor suruh aku berehat... jadi apa lagi, balik rumah je terus zzzzzzzz...

Keesokan harinya, aku pergi la ke KKIA tu lagi, walaupun dengan rasa tak puas hati lagi... tapi memandangkan ingat nak settle kan hal ni, pergi la jugak.. kalau tak kena ambil cuti lagi.. emm. cuti dah la tinggal beberapa kerat je lagi.. bila sampai kat sana, dah ramai patient yang que rupa nya.. mahu sejam dua baru selesai urusannya ni....hai.. lama nya kena menunggu.. sampai nak tertidur la rasanya ... nurse check la yang rutin, timbang berat, tekanan darah, test urine, ambil darah utk ujian macam2 dan lain-lain.... mahu +- 2 jam gak la, baru selesai... alhamdulilah dah selesai.. bulan depan pulak ada appoinment lagi..

Rupanya dah 16 minggu kandungan ku.... tapi rasanya kali ni kandunganku lebih besar dari yang pertama dulu... aku ada baca kat internet yang menyatakan memang kandungan kita yang kedua lebih besar dari yang dulu, sebabnya masa kita mengandung dulu otot kat perut kita (tak tahu la term tu betul ke tak) dah mengembang. Jadi bila kita mengandung kali kedua, perut kita akan cepat membesar.... emm.. ada logik nya jugak tu....
.......

Thursday, June 10, 2010

Catatan Kehamilanku Yang Ke 2

Pada 16 Mac 2010 yang lalu, aku telah buat precnancy test.. alhamdulillah +ve... hadiah hari lahirku yg ke 2+ hehehe.. patut la badan rasa lain macam je.. tak bermaya.. Aku pun jaga la pemakanan ku, tak makan nenas, tapai, minum air tebu & lain-lain la yg org kata tajam.. Sebabnya tak tahu lah mungkin nak dijadikan sebab, sebelum aku mengandung anak pertama dulu, aku pernah keguguran beberapa kali mungkin disebabkan oleh apa yg aku makan tu..

Keesokannya juga la suamiku membeli obimin (vitamin) & bermula hari itu la suami ku akan mengingatkanku makan vitamin setiap hari.. ibarat reminder la, memandangkan aku ni liat makan ubat.. heheee.. alhamdulillah suamiku amat prihatin kepada ku..

Ini adalah antara buku rujukanku ketika ini.. hehehe.. Banyak info yg bermanfaat & boleh dijadikan panduan..
..............

New Branding My Blog

Salam semua,

Dah lama saya tak update blog ni..memandangkan penyakit m**** yang melanda. Rindu pulak nak update blog ni.. Pada permulaan pembikinan blog ni adalah disebabkan ingin cuba utk jalankan part-time biz. Tapi bila dah melaluinya, baru rasa susah senangnya buat online biz ni..Apa yang penting apabila kita terlibat dgn online biz ni ialah  RAJIN dari semua segi..tak boleh separuh rajin...kalau separuh rajin semua benda tak menjadi.. ok la.. apa la yg saya merepek ni..hehehe..

Setelah difikir-fikirkan semula, blog ni saya new-branding nya kepada KISAH AKU & TAMAN KESAYANGANKU.. Kenapa tajuknya mcm tu? Sebabnya apa yg saya akan tulis kat blog ni adalah berkisarkan tentang kisah hidup ku.. pengalamanku dn sebangainya la.. senang cerita macam Diari la.. selain itu juga Taman Kesayanganku tu, adalah berkisah tentang gelagat-gelagat anak & bakal anak-anakku.. iaitu Yasmin (melur) & bakal (Cempaka, Dahlia dll )..

Selain tu juga, saya akan letakkan artikel-artikel yg menarik utk perkongsian maklumat bersama... & kalau ada sesiapa nak beri cadangan, komen yang membina amat-amat lah dihargai.. hehee.. ok lah sampai di sini saja.. Wassalam..
.....

Thursday, April 29, 2010

Tips Tidur Nyenyak

Mari kita cuba aplikasikan tips ini utk dptkn tidur yg nyenyak

1. Tidak merokok di dalam bilik tidur.
2. Tidak mengambil minuman yg mengandungi kafein (termasuk berkarbonat) selepas pukul 4 ptg
3. Tidak ada televisyen& komputer di dlm bilik tidur
4. Tidak meletakkan kasut di dlm bilik
5. Baca buku jika sukar tidur.
6. Pastikan bantal dan tilam yg digunakan selesa.


Sumber dari : Kosmo 29.4.2010

Wednesday, February 24, 2010

Bebaskan diri daripada tekanan

oleh Zuhayati Yazid

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.

Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

- Allah - Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

- Senyum- Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.

- Bersendirian - Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

- Bertenang - Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.

- Peluk sesuatu - Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

- Lavender - Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.

- Kasih sayang - Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

- Ceria - Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Sumber Utusan Malaysia 23 Feb. 2010

Tanaman pasu gantung

Bersama Abdul Rahim Rashid, Pakar Hartikultur



Kaedah popular dan mudah bagi hiasi laman di kawasan terhad

MEMILIKI kediaman dengan kawasan yang terhad sebenarnya tidak menyekat usaha menghias laman rumah. Sebaliknya, ada banyak cara untuk menghias laman walaupun ruang laman kecil atau sekadar balkoni kecil untuk kediaman tinggi seperti apartmen dan kondominium.

Pasu gantung adalah cara yang terbaik untuk menghias laman terhad atau ruang balkoni kediaman dan pakar landskap pastinya mencadangkan cara berkenaan untuk menceriakan persekitaran kawasan terhad. Namun, teknik ini memerlukan pengetahuan mengenai spesies yang sesuai, pemilihan bekas tanaman dan kreativiti mencipta dekorasi sampingan hingga membolehkan setiap pasu digantung kelihatan indah menawan.

Bagaimanapun, diketahui tidak semua pokok hiasan boleh ditanam dalam pasu gantung kerana sesetengahnya mungkin alah kepada tiupan angin atau hayunan pasu. Selain itu tekstur daun dan bentuk asal batang pokok juga penting kerana jika tidak memiliki sifat berjuntai atau menjalar mungkin tidak cantik untuk laman.

Berikut langkah mudah penyediaan pasu gantung:

A. Penyediaan peralatan dan kelengkapan:

Kaedah tanam terus pokok matang - 1. Penuhkan pasu gantung dengan campuran tanah. 2. Tanam secara mengiring. 3. Padatkan pasu dengan tanah campuran. 4. Buatkan sungkupan menggunakan sabut kelapa.

1. Pokok yang sesuai - contoh : Begonia tuberos, Clorophytum, Petunia, Hemigraphis, Impatiens, Pepromia, Clerodendron.

2. Bekas pasu gantung

3. Media : Peatgro ( Bahan Organik ), Cocoa Peat @ Sekam Padi, Baja Asas ( TSP, NPK, Ca/Mg@Kapur pertanian )

4. Gunting, sudip pertanian



B. Penyediaan media tanaman

1. Campuran tanah terbaik untuk pasu tanaman pokok gantung = 1 : 1 : 1

Peatgro (Bahan Organik) : Cocoa Pith : Sekam Padi, atau = 1 : 1

Peatgro (Bahan Organik) : Cocoa Pith atau Sekam Padi. Perlu diingat, pokok yang baik bermula dengan tanah (media) yang bagus.

2. Baja asas

Baja Organik - 150 gram

Baja Phosphate ( TSP ) - 150 g

Kapur Pertanian ( Ca ) - 60 g

(Sila rujuk keluaran Berita minggu ruangan laman topik : campuran tanah)

C. Cara penanaman

Dilakukan dengan tiga cara:

1. Semaian biji benih ( seedling )

2. Semaian terus - menggunakan keratan atau pokok matang

3. Pot-in-Pot

Ruangan kali ini akan menerangkan kaedah tanaman terus dan Pot-In-Pot saja yang lebih mudah diikuti.

D. Langkah penyediaan pasu gantung:

1. Campurkan campuran media penanaman dengan sekata. Penggunaan Peatgro sebagai media penanaman utama sangat penting kerana memberikan kualiti media yang baik, pH yang sesuai serta memastikan kelembapan yang sekata. (Rujuk keluaran Berita Minggu pada isu penyediaan media penanaman)

2. Pastikan pasu gantung sesuai dari segi saiz.

3. Bahagian lapisan bawah - gunakan sabut kelapa sebagai lapisan pengairan.

4. Masukkan media tanaman yang sudah dicampurkan

E. Memulakan penanaman

Semaian terus - keratan

1. Pilih keratan pokok yang sesuai

2. Sapukan hormon penggalak akar

3. Tanam mengikut susunan yang dikehendaki. Boleh juga gabungan menjalar (di hujung pasu) dan pokok menonjol di bahagian tengah.

Atau

Tanaman terus - pokok matang

1. Penuhkan sebahagian pasu gantung dengan campuran tanah

2. Keluarkan pokok dari pasu

3. Tanam secara mengiring

4. Penuhkan dengan tanah campuran semula ataupun Peatgro

5. Buatkan sungkupan menggunakan sabut kelapa ( cocoa fiber )

Atau

Pot-In-Pot

1. Penuhkan sebahagian pasu gantung dengan tanah campuran

2. Tanam terus pokok bersama pasu . Susun keliling dan secara mengiring ( slanting )

3. Tambahkan campuran media tanaman ataupun Peatgro

4. Buat Sungkupan menggunakan sabut kelapa ( Cocoa fiber )

F. Penjagaan dan penyelenggaraan

1. Pembajaan - Gunakan Side Dressing ( tabur tepi) 4 - 6 minggu, 30 - 40 g baja NPK 15-15-15-TE atau baja cecair

2. Pengurusan air - Pastikan tidak menggunakan air yang berlebihan. Hanya pastikan media tanaman dalam keadaan lembap

3. Pemangkasan - Penting menjalankan pemangkasan untuk memastikan lebih banyak tunas bunga baru. Pemangkasan pada cabang yang tua serta tidak memberikan bentuk yang menarik. Pemangkasan juga untuk membuang daun atau cabang yang berpenyakit

4. Kawalan Penyakit - Sembur menggunakan Racun Serangga dan perosak ( Kelas 4 ) atau menggunakan pencegah serangga organik - campuran bahan Dapur (Rujuk kolum yang lalu mengenai usaha tanam bendi). Guna bila perlu saja.

G. Lokasi
Bergantung kepada jenis tanaman. Rujuk nurseri mengenai pemilihan pokok serta keperluan pencahayaan. Kebanyakan memerlukan cahaya terus dan ada yang memerlukan pencahayaan tidak lebih 40 peratus pencahayaan. Selamat Mencuba.

Sumber : Berita Harian 11 Okt. 2009

Taman Ramuan: Tuai hasil sendiri

Oleh Rohaniza Idris



Pokok cili, terung dan serai antara pokok wajib Taman Ramuan

USAHA memperkenalkan konsep 'Edible Garden' atau Taman Ramuan ilham Tun Jeanne Abdullah, kira-kira dua tahun lalu kini terbukti semakin digemari ramai.

Selain memanfaatkan masa yang terluang, aktiviti berkebun ini juga menyumbang kepada ekonomi rumah tangga apabila pasangan suami isteri dapat berjimat cermat dengan menuai hasil titik peluh. Lebih menarik, minyak kereta atau motor juga dapat dijimatkan apabila tidak lagi perlu ke kedai semata-mata untuk mencari dua tiga helai daun kari yang boleh dipetik di Taman Ramuan.

Tidak hairanlah, ramai yang berusaha membina kebun dapur di kediaman masing-masing walaupun laman hanya 'sekangkang kera' atau ruangnya terhad.

Pengurus Acacia Landscape Consultants Sdn Bhd, Norzwin Mohd Noor, berkata sudah ada pelanggan yang menanyakan mengenai Taman Ramuan itu sejak kebelakangan ini, termasuk mereka yang menginap di kediaman yang mempunyai laman terhad seperti rumah teres.

"Namun, secara umumnya mereka masih kurang jelas mengenai konsep taman ramuan yang sebenarnya dan menganggap ia hanya sesuai untuk laman di bahagian belakang atau dapur saja.

"Ini tidak tepat kerana hakikatnya, taman ramuan juga boleh di bangunkan di laman hadapan kediaman," katanya.

Norzwin berkata, antara pokok yang mendapat sambutan bagi penggemar Taman Ramuan ini adalah cili, terung, daun kari, serai, kunyit serta daun pandan.

"Selagi boleh, kami mahu menerapkan konsep taman ramuan dalam setiap rekaan landskap yang bakal dibina kerana ia lebih berbaloi ditanam. Kami akan menerangkan kepada pelanggan mengenai konsep kebun dapur ini serta fungsi tumbuhan yang diperkenalkan supaya mereka lebih faham dan menghargainya," katanya.

Norzwin berkata, kebiasaannya, kebun dapur yang dibina tidak terhad menggunakan tumbuhan boleh dimakan saja tetapi turut membabitkan tumbuhan hiasan untuk kegunaan aromaterapi dan herba yang menyembuhkan penyakit atau tumbuhan yang boleh dimanfaatkan pemilik kediaman seperti pokok halau nyamuk dan tongkat ali.

"Kami juga terapkan konsep kebun dapur bukan hanya dibina di kawasan sekitar belakang rumah sebaliknya menjadi penghias laman hadapan. Ini bermakna ia boleh diselang selikan dengan pokok bunga seperti mawar, bunga kembang pagi serta periuk kera," katanya.

Malah, katanya, jika diamati, tumbuhan herba yang boleh dimakan juga cantik sebagai penghias laman depan seperti pokok hati-hati, cili dan tongkat ali manakala periuk kera spesies pokok memanjat cantik menjadi penghias tepian pagar atau buaian kayu.

Beliau menjelaskan Taman Ramuan atau Kebun Dapur juga menerapkan elemen bau-bauan iaitu adanya pokok yang berfungsi mengharumkan laman seperti melur, tanjung dan bunga ros Jepun.

"Laman yang cantik bukan hanya menarik dipandang tetapi mempunyai fungsi tertentu untuk penghuni kediaman. Elemen deria perlu di ambil kira untuk membangunkan landskap kediaman kerana ia dapat meningkatkan lagi gaya hidup penghuni," katanya.

Tip : Idea Taman Ramuan

  • Gabungkan deria untuk membangunkan Taman Ramuan seperti sentuhan, rasa, mendengar, melihat dan bau.

  • Pastikan gabungan yang sesuai - seelok-eloknya pokok ulaman tanpa perisa dengan pokok yang mudah diserang penyakit seperti pokok bunga tahi ayam dengan tomato.

  • Gunakan pasu dan petak kayu atau plastik serta hiaskan dengan batu sungai dan batu pasir untuk mencantikkan lagi taman.

  • Buatkan busut dan susun pokok secara bertingkat atau gunakan pegola dan sangkutkan pasu kecil di para-para untuk memberikan kesan eksotik. Boleh juga gunakan buaian.

  • Gunakan sabut kelapa kering untuk menutup ruang dan menaikkan seri taman.

    Sumber : Berita Harian 4 Okt. 2009
  • Tumbuhan Untuk Kesihatan

    Oleh Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur

    Pokok boleh mengurangkan tekanan, membersihkan udara, mengawal kelembapan dan keselesaan, ketenangan dan menyejukkan mata

    KIRA-KIRA 90 peratus masa kita banyak dihabiskan di ruang kediaman atau pejabat. Mungkin disebabkan terdedah dalam jangka masa lama menyebabkan kita berisiko untuk menerima alahan, asma dan kegatalan pada tekak, mata dan hidung.

    Kebiasaannya kita meletakkan pokok di dalam ruang dalaman hanya sebagai nilai estetika saja. Sebenarnya fungsinya lebih banyak dan ia untuk kebaikan dari sudut kesihatan.

    Saya akan membahagikan kepada tiga bahagian agar mudah untuk pembaca memahami serta mengikut langkah yang mudah demi kebaikan bersama.

    Bahagian pertama lebih kepada pengenalan mengenai pencemaran udara ruang dalaman, punca dan kesan, bagaimana pokok mesra alam dapat membantu serta jenis pokok yang sesuai untuk di gunakan.

    Pada bahagian kedua lebih kepada penanaman pokok di dalam pasu, konsep reka bentuk dan susun atur mengikut keperluan dan bahagian terakhir, cara mudah penjagaan dan penyelenggaraan.
    Bagaimana pokok membantu pengudaraan secara semula jadi?

    Memang ada banyak pilihan seperti pendingin hawa di pasaran yang berfungsi untuk mendinginkan suhu dengan tambahan fungsi seperti ionizer dan purifier. Saya masih percaya dengan kaedah semula jadi untuk mewujudkan udara segar secara semula jadi.

    Penggunaan pokok dalam ruang kediaman banyak dilihat dari sudut estetika. Nampak sedikit segar dengan adanya pokok dalam pasu di setiap sudut. Sedarkah kita bahawa ia patut diambil kira dari segi kesihatan, diikuti unsur kecantikan.

    Mengikut kajian pakar aeronautik Amerika Syarikat, John C. Stennis Space Center pada 1980, penggunaan pokok di ruang dalaman:

    # Boleh mengurangkan tekanan sama ada di rumah atau di pejabat,

    # Membersihkan udara dengan menyahtoksik udara seperti formaldehyde, benzene dan trichloroethylene

    # Mengawal kelembapan dengan lebih baik

    # Dari segi kerohanian, memberi ruang individu yang selesa, tenang dan menyejukkan mata.

    Kita boleh mengadunkan kebaikan dari sudut kesihatan dengan nilai kecantikan yang akan kita bincangkan pada keluaran akan datang terutama dari segi lokasi dan susun atur.

    Mengikut kajian itu, ruang yang ada tumbuhan mengandungi 50 hingga 60 peratus kurang pertumbuhan kulat dan bakteria berbanding ruang yang tidak mempunyai pokok. Tumbuhan akan mengeluarkan phytochemicals sebagai pertahanan bagi diserang mikrob di udara. Phytochemicals ini juga dapat menyekat pertumbuhan spora dan bakteria di dalam ruang udara sekeliling.

    Contoh pokok yang biasa digunakan untuk hiasan dalaman ialah Rhapis excelsa, dracaena fragrans, philodendron erubescens, anthirium s.p, spathiphyllum sp.,nephrolepis obliterata, sansiviera trifasciata (lidah mentua atau lidah jin) dan philodendrom oxycardium (pokok duit-duit).

    Pada keluaran akan datang saya akan menunjukkan cara mudah menanam, kedudukan susun atur serta lokasi serta bagaimana untuk menjadikan ia kelihatan cantik serta berfungsi dengan baik.

    INFO: Kepentingan pengudaraan dalaman


    # Tahap kelembapan yang tidak sesuai turut memberi kesan kepada wujudnya pencemaran ruang dalaman. Tahap kelembapan udara yang sesuai ialah antara 35 hingga 65 peratus. Pada keadaan kering atau terlalu lembap akan memberikan kesan yang tidak baik terutama pembiakan fungus atau spora.

    # Untuk keselesaan, kediaman ruang dalaman perlukan pengudaraan yang baik, tambahkan pengudaraan untuk kelembapan, suhu sekitaran serta nyahbau. Secara tidak langsung ia mengimbangi pengudaraan yang selesa untuk didiami tanpa membabitkan penambahan sumber tenaga.

    # Pada masa sekarang, kebanyakan bahan asas perabot tidak lagi diperbuat daripada bahan semula jadi, kebanyakannya dibuat melalui proses sintetik seperti kimia serta gam dan resin. Selain itu, kebanyakan alat elektronik juga memberikan punca kepada pencemaran udara.

    # Seseorang individu memerlukan kawasan seluas 6 hingga 8 kaki padu (0.17 hingga 0.23 meter padu) ruang bernafas yang sesuai dan selesa. Ia membabitkan kawasan individu yang berada pada satu lokasi tetap dalam jangka masa beberapa jam seperti di meja pejabat, menonton televisyen dan ketika tidur.

    FAKTA: Punca pencemaran udara di ruang dalaman


    1. Ruang yang agak tertutup dan kurang pengudaraan

    2. Pelepasan gas daripada bahan sintetik pada perabot rumah (lantai ke siling) serta alat elektronik

    3. Manusia memenuhi ruang yang terhad dalam keadaan padat dan sempit dan jangka masa lama.

    sumber : Berita Harian 7 Feb. 2010

    Tuesday, February 2, 2010

    Medium Cloth Pad


    MEDIUM PADS (8.5 in x 2.75 in when snapped)


    Harga : -
    1 helai = RM17
    'offer' 2 helai = RM30

    (harga di atas tidak termasuk kos penghantaran)
    (untuk pembelian yg banyak, harga boleh dirunding)


    kod dari kiri (atas)-MP23(tiada stok), MP16, MP20 (tiada stok)
    (bawah)-MP19, MP18, MP22


    kod : MP14(YELLOW PLAID)


    Sila klik ini untuk Cara Penjagaan Cloth Sanitary Pad

    ---

    Cloth Pantyliner

    PANTYLINERS (8 in x 2.5 in when snapped)

    Harga : -
    1 helai = RM12
    'offer' 2 helai = RM20

    (harga di atas tidak termasuk kos penghantaran)
    (untuk pembelian yg banyak, harga boleh dirunding)


    kod atas: PL23 and PL24,
    kod bawah: PL25(red daisy- tiada stok) and PL25(yellow daisy)


    Gambar kiri: layer atas. Gambar kanan: layer belakang. (reversible-can be used on both sides)


    PL14 ( purple mushroom), PL16 -out of stock, PL21(pink squares)



    PL25 (dark blue-tiada stok,yellow, red-tiada stok, blue or pink daisy)

    Cara Penjagaan Cloth Sanitary Pad/ Pantyliner

    1. Basuh dahulu pad/pantyliner yang baru sebelum digunakan. Boleh dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh.

    2. Letakkan bahagian wings mengelilingi bahagian bawah seluar dalam anda. Bagi pad, pastikan flannel/ microfleece ( permukaan atas yang ditunjukkan dalam blog ini) adalah bahagian atas yang menyentuh kulit (vagina) anda dan fabrik fleece adalah bahagian bawah yang menyentuh seluar dalam anda. Fleece adalah sejenis fabrik yang agak 'berbulu' dan tidak licin jadi pad akan terletak kemas pada tempatnya dan tidak mudah bergerak-gerak. Pasangkan snaps (butang) yang terdapat pada bahagian wings pad tersebut.

    3. Jangkamasa pemakaian pad adalah bergantung kepada individu, sama ada mengeluarkan darah haid yang banyak atau tidak. (Kebiasaannya, medium /regular pad boleh dipakai sehingga 4 jam) Pad yang telah digunakan seelok-eloknya dibilas sebelum disimpan ke dalam wet bag sekiranya anda bekerja. Pastikan diperah dengan baik sehingga tiada air yang meleleh. Anda boleh juga melipat dan menyimpan terus pad yang telah anda gunakan ke dalam wet bag dan membasuhnya kemudian. Jangan risau kerana pad yang disimpan di dalam wet bag tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau disposable pad yang telah digunakan.

    4. Pad boleh dibilas dan direndam dahulu ( antara 2 minit sehingga 24 jam) sebelum dimasukkan kedalam mesin untuk dibasuh dan ia boleh dibasuh bersama-sama kain lain. Sekiranya ada darah yang "degil", anda boleh campurkan sedikit garam ke dalam air rendaman supaya bekas darah (stain) mudah tanggal. Microfleece yang terdapat pada heavy/overnight pad pula adalah material yang stain resistant, jadi darah tidak akan melekat pada permukaannya dan sangat mudah dibasuh. Jangan sental pad dengan kuat menggunakan berus untuk mengelakkan fabrik dari mudah rosak. Anda boleh juga membasuh pad anda dengan tangan sewaktu anda mandi, jadi ia hanya mengambil sedikit sahaja dari masa anda.

    5. Seperti cloth diaper, jangan campurkan softener atau clorox semasa membasuh supaya pad dapat menyerap dengan baik dan tidak mudah rosak. Purata jangkahayat pad adalah sehingga 5 tahun sekiranya dijaga dengan baik.

    6. Selain digunakan sewaktu datang haid, pantyliner/pad juga sesuai digunakan oleh gadis-gadis remaja yang ingin tampil bersih atau bagi orang-orang tua yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing.

    Sila klik ini untuk Mengetahui Mengapa Wanita perlu Menggunakan Pad/Pantyliner Kain?

    ----

    Sunday, January 31, 2010

    Mana Bantal Saya?

    Artikel menarik hari ini daripada Utusan Malaysia untuk dikongsi bersama.



    BU, mana Kiki?” soal Aliyah Afifah Zamrud kepada ibunya. “Tak payah bawa Kikilah. Kita nak pergi stesen minyak saja,” balas ibunya. “Ala, nak Kiki juga....” rengek anak sulung daripada tiga beradik itu kepada ibunya lagi.


    Kiki yang dimaksudkan kanak-kanak comel berusia enam tahun ini adalah anak patung Garfield yang sudah berwarna pudar. Anak patung ini menjadi teman karib si comel ini sejak dia berusia satu tahun lagi.

    Menurut ibunya, Suhaiza Sharudin, bukan sahaja anak sulungnya, malah anak keduanya, Aliyah Athirah juga mempunyai tabiat yang sama. Bezanya, si kakak mengendong Kiki manakala adik pula dengan bantal kecil yang sudah pun bertukar warna (bantal busuk).
    Namun ibu berusia 34 tahun ini mungkin bernasib baik sedikit kerana Aliyah Athirah ‘merelakan’ bantal busuk itu ditukar sarung tetapi tidak isi dalamnya. Jika tidak katanya, malu juga memandangkan bantal ini mempunyai ‘corak’ tersendiri dan tidak lagi berwarna putih bersih.

    Kedua-dua teman karib kanak-kanak dikendong ke mana sahaja mereka pergi.
    “Balik kampung atau melancong sudah pasti dibawa. Keluar dari rumah untuk ke kedai sekejap pun hendak bawa malah ke taska juga, cuma mereka tinggalkan dalam kereta kerana malu dengan kawan-kawan,” katanya lagi.
    Situasi seperti ini pastinya bukan sahaja dialami oleh Suhaiza malah ramai ibu di luar sana melalui pengalaman yang sama. Anak sukar untuk berpisah dengan teman akrab mereka - “si bantal busuk.”

    Punca


    Mengulas isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

    Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
    Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.

    Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.
    “Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.

    Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
    Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.

    “Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.
    Selamat

    Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
    “Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.
    Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.

    “Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.

    Risau

    Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
    “Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.

    Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.
    Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

    Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.
    “Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.
    Bantal busuk hingga dewasa

    Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
    “Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.

    Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.
    Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.

    Sumber : Utusan Malaysia 31 Jan. 2010

    Sunday, January 10, 2010

    Susah Belajar Kerana Penyakit

    Artikel ini saya ambil dari akhbar hari ini untuk dikongsikan bersama.

    ANAK anda dilabel lembap dan lemah dalam pelajaran. Mereka diletakkan di kelas terakhir atau dalam kelas pemulihan. Guru-guru cuba mengajar mereka sebaik mungkin, namun akhirnya guru-guru pula kecewa. Hari ini diajar, esok sudah lupa. Ibu bapa dipanggil dan berbincang.

    Persepsi guru, kanak-kanak ini tidak belajar di rumah dan kurang pemantauan daripada ibu bapa. Manakala persepsi ibu bapa pula guru-guru tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Adakalanya berlaku perselisihan faham antara guru-guru dan ibu bapa yang menyebabkan ibu bapa berkecil hati dan minta bertukar sekolah. Guru-guru pula menilai kembali teknik pengajaran mereka mencari di mana silap mereka, teknik diperbaharui tetapi kanak-kanak ini tidak juga menampakkan perubahan. Masih tidak dapat membaca dan menulis seperti yang sepatutnya bersesuaian dengan usia mereka. Akhirnya guru-guru meminta pelajar ini di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Persoalannya, ke mana harus dibawa pelajar ini sedangkan mereka tidak mengadu sebarang sakit fizikal. Mungkin masalah mata dan telinga, maka mereka pun diperiksa oleh doktor yang mengesahkan pelajar ini adalah sihat dan tidak ada sebarang masalah.

    Itu adalah senario biasa yang saya temui sepanjang kerjaya saya sebagai pakar psikiatri di Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Bila mereka dirujuk ke Klinik Psikiatri timbul tanda tanya mengapa harus pergi ke Klinik Psikiatri sedangkan anak mereka tidak mempunyai masalah mental. Namun, setelah mereka menjalani ujian saringan, bertemu dengan doktor dan penerangan diberikan barulah mereka faham bahawa selama ini bukanlah salah guru-guru anak mereka tidak boleh membaca dan juga bukanlah salah ibu bapa yang telah bertungkus lumus memantau kerja-kerja sekolah mereka, rupa-rupanya mereka mempunyai masalah pembelajaran.

    Masalah pembelajaran merujuk kepada kesukaran seseorang kanak-kanak itu dalam aktiviti pembelajaran yang melibatkan kebolehan bertutur, mendengar, membaca, menulis, mengeja, memberi penjelasan atau penerangan, mengatur maklumat dan mengira. Masalah ini sebenarnya berpunca daripada masalah neurologi atau saraf yang melibatkan pemprosesan maklumat di otak.

    Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tidak sama dengan mereka yang terencat akal secara amnya. Tetapi mereka yang terencat akal pastinya akan mengalami masalah pembelajaran. Ini hanya boleh dibezakan dengan penilaian kognitif iaitu IQ atau ‘intelligent quotient’. Masalah pembelajaran adalah masalah yang berpanjangan sepanjang hidup seseorang. Walaubagaimanapun dengan adanya intervensi awal, nasib kanak-kanak ini boleh diubah.

    Pemprosesan maklumat
    Terdapat beberapa jenis masalah pembelajaran dan boleh dikategorikan kepada jenis pemprosesan maklumat yang bermasalah atau disebabkan oleh kesukaran pemprosesan maklumat itu sendiri.
    Masalah pemprosesan maklumat dikategorikan kepada empat peringkat iaitu penerimaan maklumat, integrasi maklumat, penyimpanan maklumat dan pengeluaran maklumat.

    1) Penerimaan maklumat
    Maklumat diterima oleh semua deria seperti penglihatan, pendengaran, sentuh, rasa dan bau. Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah persepsi penglihatan, ini akan menyebabkan kesukaran mengenal bentuk, kedudukan dan saiz sesuatu objek, dan juga masalah dengan susunan atau aturan.
    Masalah pendengaran pula akan menyebabkan kesukaran menyaring bunyi luar dalam usaha untuk memberi tumpuan kepada sesuatu seperti suara guru ketika guru mengajar. Selain itu ada juga pelajar yang tidak dapat memproses deria sentuhan seperti sakit dan sentuhan.

    2) Integrasi maklumat
    Peringkat ini adalah peringkat menafsir segala maklumat yang diterima. Maklumat ini akan di letakkan dalam susunan dan mempunyai kaitan dengan pembelajaran atau pengalaman yang lalu. Pelajar yang menghadapi masalah ini tidak dapat menceritakan sesuatu mengikut turutan yang betul. Contohnya, turutan hari dalam seminggu. Mereka boleh memahami konsep baru tetapi gagal menggunakannya dalam gambaran yang lebih luas. Perbendaharaan kata yang lemah pula dikaitkan dengan masalah pemahaman.

    3) Penyimpanan maklumat
    Masalah dengan ingatan boleh berlaku pada aktiviti penyimpanan maklumat iaitu maklumat yang disimpan sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang. Kebanyakan masalah timbul disebabkan oleh masalah kesukaran mengingat perkara yang baru berlaku (jangka pendek) menyebabkan sukar untuk mempelajari perkara baru. Untuk mengingati perkara baru ini memerlukan ia diulang beberapa kali.

    4) Pengeluaran maklumat
    Maklumat dikeluarkan daripada otak menggunakan perkataan iaitu pertuturan atau melalui aktiviti otot seperti menulis, melukis atau menggayakan sesuatu. Kesukaran pengeluaran maklumat ini akan menyebabkan masalah dengan pertuturan contohnya seperti kesukaran menjawab soalan yang diajukan. Pada masa itu, seseorang itu perlu mencari semula maklumat dalam simpanan otak, mengatur dan mengeluarkannya melalui perkataan semasa kita bercakap. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran dalam penulisan iaitu dalam konteks menyampaikan sesuatu idea seperti menulis karangan.
    Kesukaran dalam pergerakan motor kasar pula akan menyebabkan seseorang kelihatan pelik seperti kelam kabut, mudah terjatuh, atau seringkali melanggar sesuatu ketika bergerak. Mereka juga mempunyai masalah berlari, memanjat dan kesukaran mengayuh basikal. Bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan motor halus pula akan mempunyai masalah memasang butang baju, mengikat tali kasut dan penulisan.

    Jika seseorang itu mengalami kesukaran dalam pemprosesan maklumat , ia boleh menyebabkan beberapa masalah spesifik dalam pembelajaran. Boleh juga terjadi lebih daripada dua masalah pada seseorang individu.

    1) Masalah kesukaran membaca
    Kebanyakan masalah pembelajaran sangat berkait rapat dengan masalah pembacaan. Kesukaran membaca amat sinonim dengan disleksia. Kesukaran membaca ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah dalam mana-mana bahagian proses membaca termasuk kesukaran atau kefasihan mengenal huruf, masalah menghubungkan simbol dengan bunyi, kelancaran membaca dan pemahaman semasa membaca. Sebelum istilah disleksia digunakan, masalah kesukaran pembelajaran ini lebih dikenali sebagai buta huruf.

    2) Masalah kesukaran menulis
    Masalah dalam bahasa pertuturan juga dipanggil disfasia atau afasia. Kanak-kanak akan mengalami kesukaran dalam bertutur, mengutarakan pendapat atau memberi jawapan. Kesukaran dalam penulisan oleh merangkumi kesukaran dalam menulis, mengatur sesuatu idea dan mengarang. Istilah disgrafia selalunya digunakan untuk merangkumi semua masalah penulisan.

    3) Kesukaran dalam pengiraan
    Biasanya dipanggil diskalkulia, kesukaran pengiraan boleh menyebabkan kesukaran memahami konsep pengiraan seperti kuantiti, nilai dan masa, kesukaran mengingati fakta pengiraan, kesukaran mengatur nombor dan pemahaman tentang sesuatu permasalahan untuk dipindahkan ke dalam bentuk nombor di atas kertas untuk proses pengiraan.

    4) Masalah pembelajaran bukan lisan
    Masalah pembelajaran bukan lisan biasanya dicirikan oleh kejanggalan pergerakan, kelemahan kemahiran visuospatial iaitu masalah berkaitan ruang, masalah dalam hubungan sosial, kesukaran dalam membuat pengiraan dan kesukaran mengurus sesuatu. Mereka selalunya mempunyai kekuatan dalam bidang lisan, termasuk kebolehan bertutur yang awal, mempunyai banyak perbendaharaan kata, cepat membaca dan mengeja, dan cemerlang dalam tugasan yang selalu dilakukan.

    Dispraksia pula kadang-kadang dipanggil masalah mengatur pergerakan, dispraksia merujuk kepada pelbagai kesukaran dengan kemahiran motor atau pergerakan. Justeru itu dispraksia boleh menyebabkan masalah dalam pergerakan mudah seperti kesukaran menyikat rambut atau melambai tangan, kesukaran pergerakan yang kompleks seperti menggosok gigi, memakai baju ataupun masalah yang berkaitan dengan ruang seperti meletakkan sesuatu objek secara tepat pada kedudukan yang dikehendaki.

    5) Masalah kesukaran pertuturan dan mendengar
    Kesukaran yang selalunya berlaku serentak dengan kesukaran pembelajaran ini termasuklah kesukaran dengan ingatan, kemahiran sosial dan fungsi melaksanakan sesuatu seperti menguruskan sesuatu atau pengurusan masa.

    6) Masalah pemprosesan pendengaran
    Kesukaran dalam pemprosesan maklumat termasuklah kesukaran dalam kebolehan memahami lebih dari satu tugasan pada satu-satu masa. Walaubagaimanapun, biasanya mereka mempunyai kelebihan iaitu mudah mempelajari sesuatu dengan menggunakan deria penglihatan.
    Setelah mengenali punca-punca masalah pembelajaran, saya berharap kita dapat menilai kembali anak-anak kita. Mungkinkah mereka ini tergolong dalam kategori yang disenaraikan tadi. Sekiranya terdapat sebarang syak atau keraguan, bawalah anak anda berjumpa pakar psikiatri untuk penilaian lanjut. Pengesanan awal dapat membantu kanak-kanak ini menjalani program pembelajaran yang sewajarnya dan dapat mengelakkan komplikasi pada masa akan datang seperti tekanan emosi, kemurungan, rasa rendah diri, ponteng sekolah dan masalah disiplin.

    Sumber : Utusan Malaysia 10 Jan. 2010
    -----

    Tetap Manis Tanpa Gula



    Artikel menarik ini saya ambil dari akhbar hari ini.

    SEPOTONG betik manis menjadi santapan pertama penulis pagi itu. Tak cukup dengan itu, segelas jus buah-buahan, semangkuk oat suam dicampur buah beri kering dan pelbagai jenis kekacang turut dihidangkan.

    Menikmati sarapan pagi bersama keluarga penulis buku Fruitastic! dan Vegemania!, Mohana Gill di kediamannya memberi satu pengalaman baru buat penulis.

    Sambil berbual-bual dengan suaminya, Dr. S.S Gill mengenai kebanyakan makanan yang terdapat di luar yang tidak menyihatkan, beliau berkali-kali menekankan tabiat pemakanan yang baik patut bermula di rumah.

    Jus yang dihidangkan sememangnya enak. Berwarna merah keperangan, cukup rasa dan manisnya. Lantas penulis bertanya mengenai jenis buah yang digunakan.

    Jawab wanita yang kekal anggun pada usia 70 tahun ini, ia campuran lobak merah, pegaga, epal dan halia. Sekali lagi penulis bertanya adakah ditambah gula berdasarkan rasanya yang sangat manis. Beliau menjawab tidak menggunakan gula dan ia adalah rasa buah semula jadi.

    "Untuk mendapatkan jus yang manis, ia tidak memerlukan gula. Sebaliknya kita boleh menambah epal atau pun diletak sedikit buah anggur atau pisang," katanya.

    Itulah kemestian bagi Gill sekeluarga. Buah dan sayur adalah dua hidangan wajib yang perlu ada setiap masa.

    Beliau sekeluarga juga menikmati minuman lain seperti kopi dan teh. Namun tidak menambah gula atau pun menggantikannya dengan pemanis organik, gula Melaka atau pun madu.

    Menyedari pengambilan bahan ini dalam kuantiti yang banyak tidak baik untuk kesihatan, beliau akan memastikan sukatannya tidak berlebihan.

    "Jika sesuatu resipi itu memerlukan gula satu cawan, saya pastikan ia hanya separuh dan hasilnya, hidangan yang disediakan tetap enak dan tidak ada beza," katanya.

    Dalam hal menghasilkan rasa yang terbaik, Gill sememangnya pakar. Dia tahu gabungan mana yang terbaik, bagaimana untuk mendapatkan rasa yang diingini dan apa yang perlu ditambah atau dikurangkan, hasil cubaan berkali-kali.

    Ditambah lagi dengan cintanya yang mendalam terhadapi dunia buah-buahan dan sayur-sayuran, semuanya tidaklah terlalu sukar. Kata wanita ini, segelas jus buah-buahan setiap pagi memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

    "Perut yang kosong ketika bangun daripada tidur, lalu diisi dengan pelbagai khasiat, vitamin dan fitonutrien yang terkandung dalam jus buah-buahan akan membekalkan tenaga serta melindungi diri daripada pelbagai jenis penyakit," katanya.

    Menurut beliau, minum jus adalah lebih mudah untuk mendapatkan khasiat yang terkandung di dalam sayur atau buah memandangkan mustahil seseorang itu boleh menghabiskan sebatang lobak merah (sebagai contoh) dalam satu masa.

    Tabiat menggemari buah dan sayur ini turut diterapkan kepada ahli keluarga lain termasuk suami dan tiga anak lelaki serta seorang cucu perempuan yang baru berusia tiga tahun.

    Menurut beliau, walaupun masih kecil, cucunya menggemari semua jenis buah-buahan termasuk lemon yang mempunyai rasa masam.

    "Perkara ini disebabkan dia melihat contoh ibu bapanya yang gemar kepada dua hidangan berkhasiat ini," katanya.

    Gill sangat menekankan peranan ibu dalam menentukan tabiat pemakanan yang baik di kalangan anak-anak.

    Katanya, sememangnya ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai sukarnya menyuruh anak makan buah atau sayur.

    Jelas beliau, ibu perlu kreatif dalam menghidangkan dua jenis hidangan ini agar selera anak terbuka untuk menikmatinya.

    "Misalnya dengan menghasilkan sate buah-buahan. Ibu boleh memotong pelbagai jenis buah di dicucukkan pada lidi. Jika ingin ditambah perisa, boleh diletakkan sos coklat atau pun kekacang," katanya.

    Menyingkap mengenai minat yang mendalam terhadap buah dan sayur, Gill berkata, ia bermula lebih 15 tahun lalu apabila beliau mengikuti suami menghadiri satu konvensyen mengenai anti penuaan di Amerika Syarikat.

    Katanya, dia sedar betapa ramai wanita seluruh dunia menghabiskan banyak wang untuk menjadi cantik dengan membeli produk tertentu juga melakukan suntikan mahu pun pembedahan kosmetik.

    "Apa gunanya itu semua andai kita boleh mendapatkannya melalui cara yang mudah dengan menikmati buah dan sayur yang terbukti mempunyai khasiat untuk awet muda dan memberi pelbagai manfaat kesihatan," katanya.

    Menyedari hakikat itu, beliau bertungkus lumus mencari maklumat mengenai kebaikan buah dan sayur selain menghasilkan pelbagai jenis resipi untuk dikongsi bersama. Lalu dengan itu terhasillah buku Vegemania! dan Fruitastic! yang bagi pendapat Gill adalah terjemahan minatnya terhadap dua bahan ini.

    Selain itu, beliau turut mengusahakan beberapa buah kiosk menjual buah yang diberi nama Fruitastic Express di beberapa hospital.

    "Malaysia sebuah negara bertuah kerana memiliki pelbagai jenis buah dan sayur serta ulam yang berkhasiat. Bagi saya buah tempatan adalah pilihan pertama dan kita perlu berbangga dengan produk sendiri," kata beliau yang sangat berterima kasih dengan Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) kerana menyokong usahanya selama ini.

    Resepi : Jus lobak merah, epal & ubi bit merah

    Bahan-bahan
    Sebiji epal
    4 hingga 6 biji lobak merah
    1/4 ubi bit merah (buang kulit)

    Penyediaan
    1. Buang empulur epal. Lobak merah pula hanya dipotong di bahagian hujung
    2. Masukkan kesemua bahan dlm pengisar. Sedia utk diminum.

    Tips mendapatkan jus segar & berkhasiat
    - Buah & sayur seperti epal, pir, lobak merah & timun jangan dibuang kulit keranan kandungan khasiatnya.
    - Minum terus jus yg dihasilkan kerana vitaminnya mudah hilang selepas beberapa ketika. Seeloknya antara 3 hingga 5 minit.
    - Tidak perlu dicampur air. atau boleh dikisar bersama sedikit ais utk rasa sejuk.
    - Tambahkan sedikit halia atau serbuk kayu manis utk meningkatkan rasa.


    Sumber : Utusan Malaysia 10 Jan. 2010
    ------

    Saturday, January 9, 2010

    Mengapa Perlu Menggunakan Pad & Pantyliner kain?

    -----

    Gunakan pad atau pantyliner dari kain? "Ho..ho..tidak sama sekali kerana saya adalah wanita moden yang sibuk dan bekerja". Jika jawapan ini tidak asing bagi anda, saya fikir anda perlu berhenti dan berfikir sejenak...mengapa pada zaman moden ini, cloth sanitary pad/pantyliner ini muncul dan seperti cloth diaper, ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara maju (saya ulang-di negara-negara maju) seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun yang para wanitanya juga moden dan sibuk bekerja seperti di negara kita juga. Pasti ada keistimewaan dan kebaikannya, bukan?

    1. Sudah tentu kebaikan pad dan pantyliner ini tidak jauh bezanya dari cloth diaper dari segi penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara jadi, saya tidak perlu untuk menerangkan semula segala kebaikan tersebut kerana anda lebih bijak untuk menilainya.

    2. Perbezaannya ialah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.

    3. Disebabkan pad/pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang berupaya menyerap dengan baik dan microfleece pula adalah fabrik yang "stain-resistant" jadi darah yang melekat sangat mudah ditanggalkan. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi dengan waterproof fabric (PUL dan fleece) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.

    4. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar ke cloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable pad yang berkualiti rendah!

    5. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.

    6. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth pad dan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Pada mulanya, saya membeli cloth pad dari USA yang dibuat oleh WAHM (working at home mom) kerana keinginan yang kuat untuk mencuba tetapi oleh kerana ianya diimport, harganya agak mahal. Kini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menemui penyelesaiannya: cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!! Ramai kawan saya juga telah melakukan perubahan yang sama dan kini saya ingin berkongsi perkara yang baik ini dengan anda semua. Buat pengetahuan anda, saya masih mempunyai 2 packs ( 2 x 10 pcs) disposable pads yang telah saya beli sebelum ini yang masih tersimpan dan tidak lagi saya gunakan! Kini tiba giliran anda untuk melakukan perubahan. Anda tidak akan rugi apa-apa untuk mencuba kerana lumrahnya, kita sendiri yang akan tahu kebaikan sesuatu yang baru setelah kita mencubanya sendiri.

    Sumber : http://mum7kids.blogspot.com/2009/08/new-saffa-pantyliners-and-heavy-pads.html

    ----

    Wall Sticker

    Baru-baru ini saya ada beli wall sticker & ini adalah hasilnya. Mungkin boleh jadi cetusan idea buat kawan-kawan. Walau pun tak seberapa, tapi saya suka. At least boleh wujud kelainan di rumah kita.


    Corak ni saya tampal kat bilik tidur, gambar bunga & burung layang-layang kut.



    Dekat ruang tamu, saya letak corak bulat-bulat.


    Ini pun di ruang tamu, sudut tepi saya letakkan gambar orkid.


    Ini pula di ruang makan, saya letakkan gambar orkid dlm pasu.
    --------------