Saturday, June 16, 2012

Pokok Halau Nyamuk

Beberapa jenis pokok yang boleh ditanam di sekitar rumah anda bagi tujuan halau binatang yg tidak diundang tersebut. Antaranya ialah :


1. Geranium
Geranium atau nama latinnya Pelargonium Citrosa biasanya ditanam di luar rumah.  Ia tumbuh merumpun dan mengandungi zat Citronella yang mengeluarkan bauan apabila ditiup angin.  Bauan inilah yang membuatkan nyamuk-nyamuk mneghindari rumah anda.

2. Lavender
Bunga lavender bewarna ungu dan kecil-kecil dan berpenampilan menarik. Ianya mempunyai aroma yang sungguh harum dan menenangkan jiwa.  Ia mengandungi linalool yang berfungsi untuk menghalau nyamuk.  Oleh itu gosokkanlah anggota badan anda untuk mengelakkan gigitan nyamuk.









3. Serai Wangi
Serai wangi mengandungi zat sitronelal.  Zat sitronelal ini merupakan racun yang berbahaya kepada nyamuk yang mempunyai kesan yang berupaya mengurangkan cairan dalam tubuh nyamuk dan menyebabkan kematian akibat kehilangan cairan secara berterusan.







4. Zodia
Minyak yang disuling dari daun zodia mengandungi 46 peratus linalol iaitu cairan pengusir nyamuk.  Jika pokok zodia diletakkan di kawasan laluan angin atau berdekatan dengan kipas angin, tanaman ini akan mengeluarkan bauan yang harum hasil dari pergesesan daun-daunnya yang boleh menghalau nyamuk.  Tapi anda harus mengelakkan dari meletakkan tanaman ini di ruang yang sempit dengan udara yang terhad kerana ia boleh menyebabkan manusia mabuk dan pening.


sumber : cempakamelati

Marza : Lepas ni boleh la cari pokok ni utk di tanam disekitar rumah, disamping dpt menambah oksigen, boleh juga mencantikkan kawasan rumah. ~ Kempen Bebas Denggi ~

Sunday, March 25, 2012

~ Smile ~


Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyum lah dari hati
Dunia mu berseri.....

Senyum tu adalah sedekah..
Senyum..Jangan tak Senyum..


~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~

Saturday, March 10, 2012

Friday, March 2, 2012

Puding Roti

Kali ni Mz cuba resepi Puding Roti pulak. Mz cuba guna resepi maya_zakry di myresepi. Hasilnya sedap juga. Jadi Mz share resepinya kat sini..

 

Bahan-bahan (seloyang sederhana)

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • sedikit kismis
  • Bahan C-kuah (sos kastad)
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Thursday, March 1, 2012

Roti Lembut

Resepi ni Mz dapat dari kak hindun (kawan se ofis). Beliau belajar di kursus jangka pendek di kolej komuniti selayang. Mz dah cuba buatnya, tapi agak remeh sikit sebab kena rehatnya agak lama. Jom kita tengok resepinya...


Mz tambah krim kacang di tengahnya

Bahan-bahan

A - Doh Span
560 gm Tepung Roti
6 gm Yis

340 gm Air (sejuk - yang letak dlm peti sejuk)

B - Doh
240 gm Tepung Roti
30gm Tepung Susu
16gm Yis
12gm Bread Improver
160 gm Gula Kastor
12 gm Garam
2 biji telur (gred A/B)
2 biji kuning telur (gred A/B)
120 gm Mentega (atau shortening)

Cara-cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan A (doh span), gaul sebati dan rehatkan 1 hingga 3 jam (sehingga naik sekali ganda). Tutup dengan kain lembap.
2. Kemudian dalam bekas lain, campurkan semua bahan B (doh) kecuali mentega. Gaul sehingga sebati, Dah sebati masukkan mentega. Uli campuran tu sehingga elastik. Uji dengan secubit doh ditarikh nipis, jika tidak koyak sedia untuk digunakan.
3. Uli & bentukkan spt yg diingini. Kemudian rehat selama 30 minit.
4. Sebelum bakar, sapukan kuning telur di atas doh & bakar 10- 12 minit suhu 180 C
5. Sebaik diangkat keluar, sapukan butter di atas bun roti.

Novel : Lorong Kematian

Novel bertajuk Lorong Kematian ini ditulis oleh Geidurrahman Al-Mishry. Beliau juga adalah penulis novel best seller Bait-Bait Cinta & Langit Mekah Berkabut Merah. Ia terbitan Telaga Biru & cetakan pertama pada Sept. 2009.

Ya Allah, jika aku menyembah-Mu
kerana takut neraka, bakarlah aku di dalamnya.
Dan jika aku menyembah-Mu
kerana mengharap syurga,
campakkanlah aku darinya.
Tetapi, jika aku menyembah-Mu,
demi Engkau semata, janganlah Engkau
enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu,
yang adabi padaku.
~ Rabiatul Adawiyah

Novel 281 mukasurat ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Pada permulaan baca novel ni, Mz tak berapa faham sangat kandungannya. Tetapi semakin lama membaca novel ni, rupanya mendalam maksud intipati nya. Kita akan terasa gerun dan takutnya akan hari akhirat nanti. Dan akan timbul kesedaran akan kekurangan kita sebagai hamba yang hina ini.

Sinopsis Novel


Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa & memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu.

“Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!” Teriaknya memancing perhatian mereka.
“Benar! Kita sedang terperangkap!” Sahut seorang sufi.
“Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!”
“Kita tidak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan si syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!” “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!”


"Wahai kekasihku, maafkan aku.
Maafkan kebodohanku. Aku
menyesal telah mengkhianati-Mu.
Tangan, kaki, lidah, hati dan
pikiranku tak layak memiliki cinta-Mu.
Tapi, bukankah kerana cinta-Mu juga
kebodohan ini kutanggung sedemikian rupa?"

Resepi Spaghetti Bolognese

Hujung minggu lepas, Mz cuba masak spaghetti bolognese untuk keluarga. Cari-cari resepi kat pakcik google, jumpa la resepi mutiarazura dekat myresepi. Tengok komen2 mereka dah cuba buat, agak memberangsangkan, sedap. Jadi kita pun nak cuba la sekali buat. Tapi masa buat hari tu, bahan-bahannya tak lengkap, guna apa yang ada je. Result nya, ahli keluarga kata sedap, lain kali boleh buat lagi.. hhehehe.. mari kita tengok resepi nya.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Mz : yum..yum.. sedapnya....

Wednesday, February 29, 2012

Laskar Pelangi

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan dengan menerima sebanyak-banyaknya ~ Laskar Pelangi

Thursday, February 23, 2012

Profil Rasulullah S.A.W

Waktu ceramah semalam, ada diedarkan booklet tentang Profil Rasulullah s.a.w. Jadi Mz scan kan ia, & share kat sini untuk tatapan bersama. Memandangkan tulisannya kecil, nanti pembaca zoom in yer.



Profil Rasulullah & Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w
  
Sejarah Ringkas Rasulullah s.a.w. & Akhlak Rasulullah
 

Wednesday, February 22, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Hari ini, pejabat Mz mengadakan perarakan, berselawat, ceramah serta nasyid sempena Maulidur Rasul 1433H. Perarakan tu tak la jauh, lebih kurang 50 meter, dari lobi pejabat ke dewan besar. Kemudian ada bacaan sajak kisah kehidupan Rasullullah. Selepas itu, Saudara Hafiz Hamidun menyampaikan zikir serta nasyid 'Nur Kasih'. Respect kat dia sebab selepas ni dia aakan a round the world untuk melancarkan/mempromosikan nasyidnya. Katanya dia akan ke India, Eropah & Timur Tengah. Bangga dengan pencapaiannya.

Kemudian Ustaz Mohd Zawawi Yusoh menyampaikan ceramahnya bertajuk 'Cinta Rasullullah'. Semasa beliau menyampaikan ceramahnya, diselangi dengan zikir & tayangan video peralatan peninggalan Rasullulah dan lakaran rumah Baginda. Antara kandungan ceramahnya, Tanda Cinta kita kepada Rasullullah :-
1. Ingat :  ingat dalam bentuk intelektual
2. Sebut : siapa yang selalu ingat, dia akan sebut
3. Rindu : sesiapa yang ziarah kubur Nabi, seolah-olah ziarah Baginda masa hidup
4. Ikut : dalam semua perkara; Solat-Nya diawal waktu, di masjid, berjemaah & khusyuk; Kerja-Nya ikhlas & terbaik.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Nasyid oleh saudara Hafiz Hamidun

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Ustaz Zawai tengah berceramah

Tengah berselawat beramai-ramai

Berposing jap..
~ Time is life ~ Starting with the end~

Monday, February 20, 2012

Perasmian Kuarters JKR Batu 4 1/2 Sg Besi KL

Pada 18 Feb. 2012 (sabtu) lepas telah diadakan Majlis Perasmian Kuarters Baru JKR di Batu 41/2, Sg Besi KL. Kuarters ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Mz terlibat sebagai urusetia kecil mengedarkan aturcara dan standby payung..Di samping itu juga dirasmikan sekali tabika kemas & gelanggang futsal. Kuarters tersebut adalah 9 tingkat yang mengandungi 60 unit rumah.
Kuarters ini adalah fasa 1 & kemungkinan akan ada fasa 2, bagi menggantikan kuarters lama yang sedia ada.

Di samping acara penyerahan replika kunci kepada penghuni kuarters, di sampaikan sekali bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak &  penyampaian hadiah kepada anak-anak JKR yang cemerlang dalam peperiksaan.

PM tandatangan plak perasmian

Waktu PM berucap

Mz sempat bersalam dengan PM

Para urusetia sibuk mengedarkan aturcara

Tabika kemas di kuarters

Majlis Perasmian oleh PM
Mz : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..

Novel : Bisik-bisik Gelora

Novel "Bisik-Bisik Gelora " Cinta yang berbisik di hati kan kusulam menjadi bait-bait gelora beralun rindu ini ditulis oleh Fauziah Ashari terbitan grup buku karangkraf. Cetakan pertamanya adalah pada 2011. Novel yang Mz beli ni adalah cetakan yang ke 4 - 2012. Mz dapat habiskan baca novel ni lebih kurang dalam tempoh 2 minggu. Kebanyakan Mz bacanya dalam tren LRT samada pergi kerja atau balik kerja. Kalau masa kat rumah sibuk dengan melayan anak-anak la pulak, terpaksa la curi-curi masa untuk membaca. Sampai kadang-kadang cik abang menjeling, apa la isterinya kusyuk sangat buat... hehehehe

Kesimpulannya novel ni best. Nama-nama watak dalam novel ni unik, Banin Arumi, Jad Izzudin dan lain-lain.

Sinopsis novel:-

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal & lincah. Bapanya Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh dari kota. Di kampung Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa & disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Saturday, February 18, 2012

Sambutan CNY 2012

Pada 13 Feb 2012 (Isnin) lepas, Maza hadir ke Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina 2012 anjuran ofis.
Yee Sang telah terhidang

Persembahan oleh pelajar SK Convent

Menu jamuan chinese style

Tarian singa

Friday, February 17, 2012

ICW 2012

Pada 14 - 16 Feb. 2012 yang lepas, telah berlangsung International Construction Week 2012 (ICW) di KLCC. Masa perasmian Isnin lepas, Mz & kawan2 ofis telah pergi ke sana di mana PM telah merasmikan progam tersebut. Kat bawah ni Mz share gambar sekitar program tersebut.

Welcome to ICW 2012

Perasmian oleh PM

Ruang legar ke Booth Pameran

Kat entrance pameran

Antara Booth di sana


Replika Kincir angin di Melaka

Demo ukir kayu oleh Rintiz Group

Bergambar jap...hehe..

Door gift dari Ranhill, Pensel Recycle dari kertas surat khabar

Thursday, February 16, 2012

Expo Buku di PWTC

Pada 3 Feb. 2012 yg lepas, Mz ambil kesempatan pergi ke Expo Buku di PWTC untuk tengok apa yang ada di sana, sambil-sambil nak tambah koleksi buku...Expo tu bukan la macam pesta buku antarabangsa seperti yang setiap tahun di buat tu. Gerai yang jual buku kat situ tak banyak & gerainya hanya kat ruang legar di entrance pwtc tu je. Kalau tengok, pengunjung kat situ ramainya di kalangan pelajar2 IPTA yang nak tebus voucher RM200 tu je..Jadi kita yang tak de voucher ni, kena la guna cash. Kebanyakannya buku kat situ diskaun antara 10 - 20% je..


Nak tahu apa yang Mz dapat kat situ.. hehehehe... ini la dia 3 buah novel Bisik-bisik Gelora oleh Fauziah Ashari, Lorong Kematian oleh Geidurrahman Al-Mishry dan Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Mz : Selamat Membaca ..." Membaca Jambatan Ilmu"

Friday, February 10, 2012

Chocolate Brownies

Resepi kedua hari ini.

Bahan-bahannya
120g coklat masakan
160g butter
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
2 sudu makan serbuk coklat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan walnut (potong kecil2 & bakar guna mikrowave)

Cara-cara membuatnya
1. Cairkan coklat & butter (guna mikrowave - 1 minit) / atas api pun boleh.
2. Pukul telur  + gula + vanilla dalam bekas lain.
3. Masukkan adunan telur ke dlm mangkuk yang berisi coklat. Gaul rata.
4. Gaul tepung dan serbuk coklat & ayak sekali.
5. Masukkan tepung ke dalam adunan coklat di atas. Gaul rata.
6. Masukkan walnut & gaulkan rata.
7. Lapik dulang pembakar dgn kertas minyak.
8. Masukkan adunan & bakar 30 minit, suhu 180c
9. Bila dah masak, potong brownies & sedia untuk dinikmati.

Butter Rolls

Tengahari tadi, Mz pergi kelas masak roti & kek anjuran puspanita di ofis. Tenaga pengajar kelas tu adalah Pn. Talha, dari ofis sini jugak. Dia ajar macam mana nak buat Butter Rolls & Chocolate Brownies. Kat sini Mz share resepi nya. Untuk resepi Chocolate Brownies boleh klik di sini yer..

Bahan-bahan
1kg tepung roti (high protein)
3 biji telor gred A (pukul sedikit)
360 ml susu segar/kotak
10 sudu makan gula pasir halus
2 sudu kecil garam
180g butter
1.5 pkt ibu roti/ yis (mauripan)
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara membuatnya
1. Cairkan butter (guna microwave atau atas dapur)
2. Dalam bekas yang lain, masukkan tepung, gula, baking powder, ibu roti, garam dan gaul
3. Masukkan butter, susu dan telur. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Uli kira-kira 5 - 10 minit
5. Tutup dgn kain basah & biarkan hingga doh naik 2x ganda (1 jam - 1.5 jam)
6. Keluarkan doh & tumbuk2 utk keluarkan angin.
7. Bahagikan doh 40 ketul
8. Bulat-bulatkan & letak dalam dulang pembakar.
9. Rehatkan 10 minit.
10. Bakar 10- 12 minit suhu 180 C
11. Sebaik diangkat keluar, sapukan butter di atas bun roti.

Dah sedia untuk dinikmati... yum-yum..

Tips : Kalau isi inti di tengah, kurangkan gula.
         Sebelum bakar, doh tersebut di atasnya disapu campuran kuning telur dan susu sedikit.

Thursday, February 9, 2012

Donut Sedap

Hujung minggu lepas Marza ringan-ringan kan tangan cuba try test buat donut. Dah lama cari resepi donut yang sedap.. ala-ala dunkin donut/ big apple gitu.. MinMin suka sangat makan donut. Pernah hari tu beli donut big apple 1 box (6 pcs). Dapat je kat yasmin, habis dia makan sorang, tak dapat ibu & ayahnye nak merasa, semua amin unyer katanya....Jadi Mz cuba la buatnya,  resepinya Mz ikut Dari Dapur Azli Razali. Hasilnya .. MinMin kata : Sedap la ibu.. Ayahnya pulak kata : ok, sedap.. lembut jugak... Hari tu buat 1 adunan. Dapat lebih kurang 25 biji (campur2 saiz besar & kecil). Ingatkan nak simpan la sikit (buat frozen, esok2 boleh makan), tapi hubby kata tak yah simpan bagi kat jiran je. Ok la, bagi kat jiran. Esoknya jiran kata, sedap la awak punya donut semalam, pandai awak buat. Apa lagi tersenyum bangga la sekejap, sekali cuba dah jadi..hehehe.. siap bagi resepi lagi kat dia.. ok la, panjang lebar intro nya pulak. Jadi Mz share resepi tu kat sini.

Resepi Donut

Bahan-bahan
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega
2 biji telur

Cara-cara penyediaan
  1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.
  2. Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
  3. Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
  4. Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut.
  5. Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
  6. Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  7. Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan.
Mz : Selamat mencuba....lepas ni nak try buat donut & letak krim/ kastad pelbagai color & perisa kat tgh/atas nyer.

Thursday, February 2, 2012

Buku : Setia Menanti

Novel "Setia Menanti " Hanya sonata rindu yang mampu merawat luka-luka semalam ini ditulis oleh Fauziah Ashari, diterbit oleh Alaf 21 cetakan 2004. Cerita nya best. Bila kita baca intro nya pun, membuatkan kita tak sabar-sabar kita nak tahu apa kesudahannya. Novel ni adalah novel ketiga bagi Fauziah Ashari selepas Pergilah Sepi dan Ombak Rindu.

Setelah Mz novel ni, baru la tahu mengapa kebanyakan karya beliau bestseller. Ini adalah kerana olahan & susunan cerita ni membuatkan kita seolah-olah kita berada di watak yang ditulis. Dengan adegan suspennya, romantisnya, kesedihannya dan kegeramannya, cukup... Walau ape pun tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat / menggoda hati ini untuk memiliki semua novel hasil karya beliau. Bisik-bisik gelora dah beli, tunggu book review lepas ni yer..

Sinopsis novel

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malagnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikai Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi,antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu

Mz : Selepas ni nak cari novel Pergilah Sepi dan Ombak Rindu la... hehehee..