Monday, July 11, 2011

Bagaimana nak Semak Ejen Hartanah yang Berdaftar?

mungkin satu hari nanti
aku akan miliki rumah seperti ini.
Baru-baru ni mz ada la survey beberapa rumah/aparment yang dijual. Rumah yg kos sederhana je (kalau banglo tu, skrg ni tak mampu lg den nak beli), mungkin lambat skit la...
Rumah2 tu mz tengok di mudah.com atau pun iproperty.com. dan kebanyakannya rumah yg dijual adalah melalui agent / negotiator. Ada orang kata kalau kita beli rumah melalui ejen ni mudah sikit sebab dia boleh uruskan semuanya (pinjaman/penilaian dll). Tapi ada juga yang kata harga rumah tu akan mahal sikit la sbb nak bayar komisyen kat ejen. Ejen yg berdaftar ni penting sebab kalau ada ape-ape hal contohnya penipuan pembelian, mudah sikit la pihak yg berwajib menguruskannya....

Jadi macam mana kita nak check samada agen hartanah tu berdaftar ke tak?
Kita boleh check mereka di Ippeh.gov.my. Pas tu kat sebelah kiri web tu, kita taip la nama dia ke atau syarikat dia. & kalau kita dah confident dgn ejen tu, boleh la continue berurusan dgn dia.

Marza : Ikut kemampuan sendiri..

3 comments: