Tuesday, July 5, 2011

Nota Da Vinci bernilai RM92.4 juta

Codex Leicester

Codex Leicester

Buku ini berkisar kepada kajian saintifik yang pernah dilakukan Leornado da Vinci. Walaupun beliau banyak menulis nota kajian dalam pelbagai buku namun buku ini paling berharga berdasarkan teori dan pemerhatian beliau mengenai astronomi, jenis batu, fosil dan kajian mengenai cahaya di cakerawala. Buku setebal 72 muka surat ini pernah dimiliki oleh Thomas Coke yang juga Earl of Leicester pertama pada 1717. Pengasas Microsoft, Bill Gates telah membeli buku ini pada 1994 pada harga AS$30.8 juta (RM92.4 juta) menjadikan ia buku paling mahal di dunia. Setiap tahun Bill Gates akan menayangkan buku ini di muzium yang berbeza untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat dan menilai buku ini.

Artikel penuh di Utusan Malaysia

Marza : Wow! mahal nyer nota Da Vinci ni kn... Memang tak termampu kita nak milikinya.. Ini terbuktinya ilmu Allah ni luas, banyak & mahal kn. Terpulang pada kita samada nak atau tak je kita mencarinya..mmm.

No comments:

Post a Comment