Saturday, July 23, 2011

e-Penyata Gaji & Laporan

Berikut ni adalah langkah2 untuk dapatkan penyata gaji secara online bagi tujuan rujukan sahaja.

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara & di Perkhidmatan Atas Talian klik e-Penyata Gaji & Laporan >> Daftar Masuk.

Muka hadapan e-penyata gaji
 2. Paparan di atas akan keluar. Bagi pengguna yang pertama kali menggunakannya klik >>Pertama Kali Mendaftar. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan & klik ok.

Daftar pengguna baru
3. Setelah berjaya daftar, boleh la akses ke sistem e-penyata gaji untuk dapatkan >> penyata gaji bulanan dan tahunan. Tapi pengguna hanya boleh dapatkan penyata gaji mulai Jun 2010 sehingga yang terkini. Kalau pengguna pilih bulan yang sebelum Jun 2010 ia akan keluar tiada rekod ditemui.

Pilih bulan yang dikehendaki
4. Kemudian boleh la print penyata gaji tu, kalau nak jimat kertas tak yah print tp simpan softcopy jer & bila perlu baru print. Tp kalau saya, saya akan print setiap bulan & akan simpan di fail peribadi sendiri.
Paparan sbg contoh shj...

Sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Marza : Sila simpan kata laluan (password) ditempat yang selamat & jangan dedahkannya kpd orang lain bagi mengelakkan penyalahgunaan slip gaji anda..ingat tu...sekarang ni mcm2 boleh berlaku tau....

No comments:

Post a Comment