Thursday, December 1, 2011

Tutorial Blog | Open Link in New Window

Tutorial macam mana nak buat semua link di blog kita buka di paparan (window) baru. Mz dah apply kat blog ni. Sesiapa nak buat, boleh ikut step di bawah.

Caranya ialah-
1. Buka Blogger.com. & Login macam biasa. Kemudian klik pada DASHBOARD >> DESIGN >> kat tab EDIT HTML.
2. Tick pada Expand Widget Templates.
4. Kemudian cari code dibawah;

<head>

5. Kemudian tambah <base target='_blank' /> kat bwhnya jadi seperti ini

<head>
<base target='_blank' />


6. Kemudian save. Itu sahaja.

Bagi yang tak nak sesetengah URL tu open dalam new windows. Anda hanya perlu letakkan target="_self" pada penghujung HTML Code. Contohnya seperti dibawah;

<a href="http://kasihanakibu.blogspot.com">Blog Kasih Anak Ibu</a>

Lepas apply tutorial nie dekat HTML Templates, semua URL Link di blog anda akan secara automatik "open in new windows". Lepas ni tak perlu la pembaca blog kita  klik kanan lagi untuk open link di windows baru yer..

Tuesday, October 11, 2011

Fikir-fikirkan..2


"Apa yang mampu anda lihat dalam fikiran,
akan sanggup anda genggam ditangan"


~~~~~~~*****~~~~~~

Monday, October 10, 2011

Our Sail..


" We can't direct the wind
but ..we can adjust our sail "


~~~~~~~~***~~~~~~~~

Fikir-fikirkan..


"Nak ubah Dunia, kena ubah Manusia,
Nak ubah Manusia, kena ubah Hati
Nak ubah Hati, kena jaga Solat"

..............****.............

Trait Personaliti

Baru-baru ni saya hadiri Kursus Meningkatkan Kecemerlangan Diri. Berikut adalah siri personaliti kita & keterangan secara ringkasnya (trait personaliti yg tinggi) .

16 Siri Personaliti
  1. Agresif - pantas dlm buat sesuatu perkara
  2. Analitikal - sensitif kepada persekitaran, penyelidikan & analisis
  3. Autonomi - terlalu berani
  4. Bersandar - terlalu bergantung dengan orang lain
  5. Ekstrovert - individu suka dikelilingi oleh org lain, suka berinteraksi & bekerja dgn org ramai, bersosial & tak selesa bersendirian
  6. Introvert - suka elak situasi yg memaksa mereka berkomunikasi, disamping suka bersendirian selesaikan sesuatu tugas, susah utk elak benda yg tak elok kpd dia
  7. Intelektual - suka aktiviti yg beri cabaran & tak berulang-ulang
  8. Kepelbagaian - pergi ke mana je boleh masuk
  9. Ketahanan - cekal & bermotivasi utk habiskan/selesaikan tugas
  10. Kritik Diri - tak stabil dari segi emosi & psikologi, selalu salahkan diri sendiri walaupun bukan berkait dgn dia
  11. Mengawal - individu suka kawal org lain / lebih suka memimpin dpd dipimpin, queen control
  12. Menolong - kuat simpati, berkasih sayang
  13. Sokongan - individu perlukan perhatian, simpati & ingin dikasihi
  14. Struktur - suka kekemasan, kebersihan serta perkara berstruktur, berulang-ulang & terperinci
  15. Pencapaian - individu bermotivasi, mahu status tinggi & suka persaingan
  16. Jujur - dlm menjawab soalan (lebih 50% menunjukkan cenderung utk tdk jujur dlm memberikan jawapan & dgn itu profil yg diperolehi adalah tdk boleh dipercayai)

Mz : Anda dikategori mana? Personaliti boleh diubah ke arah yang lebih baik

Friday, October 7, 2011

ILMU


"ILMU yang disampaikan hanyalah bernilai 1 sen
Jika ilmu diamalkan, nilainya mungkin bernilai berbillion ringgit. 
Ilmu akan membentuk sifat yang cemerlang."

Friday, September 23, 2011

Resepi inti Oren (paste) untuk coklat

Bahan-bahan
40gm whipping cream/susu cair
1 sudu besar orange paste
1/2 sudu teh perasa oren / sunquick (pilihan)
100gm coklat putih
1 sudu kecil liquid glucose/madu
** kalau nak lebih perasa boleh letakkan 30gm Jem Oren

Cara Membuatnya:
1. Cairkan coklat putih.
2. Masukkan liquid glukose, oren paste & perasa oren & kacau hingga sebati
3. Masukkan whipping cream/susu dan kacau rata.
4. Masuk ke dalam peti sejuk.

** Boleh pelbagaikan inti mengikut citarasa anda seperti strawberry/blueberry/mocha dan lain-lain.

Resepi Coklat Bijan Hitam

Bahan-Bahannya:-
30g Bijan Hitam
200g Coklat Putih dicairkan

Cara Membuatnya:-
1. Goreng bijan hitam tanpa minyak sehingga wangi kira-kira 10 minit dengan api yang kecil
2. Biarkan ia sejuk seketika.
3. Cairkan coklat putih dan campurkan bijan hitam tadi de dalamnya.
4, Tuang coklat berbijan ke dalm acuan.
5. masuk ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati. :-)

Resepi Almond London

resepi dari kak roth...

Bahan-bahannnya:
250g Marjerin
3/4 cawan Gula Ising
1/2 cawan Tepung Jagung
3 sudu Serbuk Empleks
400g Tepung Gandum
Badam biji (untuk inti)
Badam cincang  (untuk hiasan)
Coklat masakan

Resepi Tat Nenas

nie resepi dari kak hab. kawan di ofis...

Bahan-bahannya:
1 biji butter
1 biji telur
3 cawan tepung gandum atau tepung naik sendiri (tak perlu baking powder)
1/3 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit garam (jika suka)
jem nenas (untuk inti) boleh dibeli di kedai bakery
1 biji kuning telur + sedikit pewarna kuning telur (sebagai glaze/pengilat)

Cara membuatnya:
1. Butter dibiar pada suhu bilik. Gaulkan butter , telur, gula & esen vanila.
2. Ayak tepung bersama baking powder & garam , kemudian masukkan tepung tadi ke dalam bancuhan butter.
3. Uli bahan-bahan tadi sebati & menjadi doh.
4. Pamkan adunan guna acuan tat gulung.
6. Kepalkan jem nenas sebesar sebiji kurma.
7. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.

8. Sapu kan galze diatasnya.
9. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
10. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


ni pula resepi dari kak roth.
2 buku butter
1 kg tepung gandum
1 cawan gula halus
3 biji kuning telur
esen vanila
- cara membuatnya gak sama seperti di atas.



~ Selamat Mencuba ~

Thursday, September 22, 2011

Pesan Imam Al-Ghazali

YANG DEKAT ITU MATI,
YANG JAUH ITU MASA,
YANG BESAR ITU NAFSU,
YANG BERAT ITU AMANAH,
YANG RINGAN ITU SOLAT,
YANG TAJAM ITU LIDAH


Renung-renungkan...

Wednesday, September 21, 2011

Coklat Wafer

Bahan-bahan
Yasmin nak interframe juga
50gram Coklat Dark Compaun
100gram Coklat Milk Compaun
2 gram perasa oren (jika suka)
1 paket wafer
50gram Coklat Putih (untuk hiasan)

Cara membuatnya
1. Cairkan coklat milk, dark & perasa oren diatas boiler.
2. Kacau hingga cair.
3. Sementara itu, potong wafer jadi bentuk kiub (kalau wafer yang panjang).
4. Salutkan (celup)wafer dengan coklat yg telah cair tadi.
5. Kemudian letak di atas kertas minyak atau diletak didalam papercup.
6. Dazzel / hiaskan dengan coklat putih (yang telah dicairkan)  ikut kreativiti sendiri & masuk dlm fridge 10 minit.
7. Sedia untuk dinikmati..

Monday, July 25, 2011

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Sophea Isabella

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

Saturday, July 23, 2011

e-Penyata Gaji & Laporan

Berikut ni adalah langkah2 untuk dapatkan penyata gaji secara online bagi tujuan rujukan sahaja.

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara & di Perkhidmatan Atas Talian klik e-Penyata Gaji & Laporan >> Daftar Masuk.

Muka hadapan e-penyata gaji
 2. Paparan di atas akan keluar. Bagi pengguna yang pertama kali menggunakannya klik >>Pertama Kali Mendaftar. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan & klik ok.

Tuesday, July 12, 2011

Coklat Splitter Truffle

Bahan-Bahan
200 gram buah2an kering campuran atau kranberi, nenas,mangga, kiwi, kulit limau dll
20gram coklat gelap, dicairkan
30 gram pralin (pes kacang hazel)
2 gram perisa oren
50 gram coklat putih utk hiasan

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan kering dan gaul rata.
2. Campurkan coklat, pes kacang, perisa oren dan gaul sebati
3. Tuangkan campuran coklat ke dalam campuran buah-buahn kering
4. Gaul rata sehingga membalut keseluruhan bahan-bahan tersebut
4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas dengan menggunakan sudu kecil
5. Masukkan ke dlm peti sejuk 5 - 8 minit.
sedia utk dimakan..

Sorry gambar tak de la, nanti bila mz ada buatnya lg, mz akan upload gambarnya..

Marza : Buah-buahan kering tu boleh ditukar dgn kekacang2

Resepi Homemade Coklat

Baru2 ni Mz ada la belajar buat coklat buatan sendiri (homemade coklat), pengajarnya Pn. Riana. Seronok gak buatnya, cuma bahan2nya la susah sikit nak dpt, kedai nya jauh skit la. Walau apa pun ni la hasil nya...
Kat bwh ni saya kongsikan resepinya...

Coklat Daun
Bahan-Bahan
100 gram Coklat Milk Kompaun
30 gram Coklat Dark Kompaun
Filing Orange/Strawberry/hazelnut paste
atau Buah-buhan kering/Raisin/pelbagai jenis kekacang

**Semua kekacang hendaklah dipanggang 10-15 minit dlm oven terlebih dahulu (rangup)

Cara Membuatnya:
1. Panaskan Coklat Milk & Coklat Dark di atas boiler
2. Kacau hingga cair
3. Masukkan dalam piping bag
4. Paipkan ke dalam acuan coklat
5. Campurkan inti (ikut kesukaan)

Marza : Raya tahun banyak coklat la hidang kat meja (itu pun kalau berkesempatan)...hehehe  :-)

Monday, July 11, 2011

Bagaimana nak Semak Ejen Hartanah yang Berdaftar?

mungkin satu hari nanti
aku akan miliki rumah seperti ini.
Baru-baru ni mz ada la survey beberapa rumah/aparment yang dijual. Rumah yg kos sederhana je (kalau banglo tu, skrg ni tak mampu lg den nak beli), mungkin lambat skit la...
Rumah2 tu mz tengok di mudah.com atau pun iproperty.com. dan kebanyakannya rumah yg dijual adalah melalui agent / negotiator. Ada orang kata kalau kita beli rumah melalui ejen ni mudah sikit sebab dia boleh uruskan semuanya (pinjaman/penilaian dll). Tapi ada juga yang kata harga rumah tu akan mahal sikit la sbb nak bayar komisyen kat ejen. Ejen yg berdaftar ni penting sebab kalau ada ape-ape hal contohnya penipuan pembelian, mudah sikit la pihak yg berwajib menguruskannya....

Thursday, July 7, 2011

Rahsia JUTAWAN Kini Terbongkar?

Cerita ni saya ambil dari komikniaga.com. Semoga jadi panduan & pengajaran kpd semua. Sharing is Caring.

Oleh : Nik Wafdi


Semalam aku jumpa seorang jutawan.” Malik bagitahu Iwan kawan rapatnya dengan penuh ‘excited’.
“Fuh! Best tu! Apa yang korang sembang?” Iwan bersinar biji mata. Jutawan!
“Macam-macam! Sampai ke pagi jugalah kitorang bersembang.” Malik sambung. Muka dia macam orang tak cukup tidur. “Wah! Cuba cerita apa yang korang sembangkan. Bukan senang nak dapat sembang dengan jutawan. Kau tanya dia tak rahsia macam mana dia jadi kaya?” Iwan tahu ini peluang keemasan. ......

Tuesday, July 5, 2011

Nota Da Vinci bernilai RM92.4 juta

Codex Leicester

Codex Leicester

Buku ini berkisar kepada kajian saintifik yang pernah dilakukan Leornado da Vinci. Walaupun beliau banyak menulis nota kajian dalam pelbagai buku namun buku ini paling berharga berdasarkan teori dan pemerhatian beliau mengenai astronomi, jenis batu, fosil dan kajian mengenai cahaya di cakerawala. Buku setebal 72 muka surat ini pernah dimiliki oleh Thomas Coke yang juga Earl of Leicester pertama pada 1717. Pengasas Microsoft, Bill Gates telah membeli buku ini pada 1994 pada harga AS$30.8 juta (RM92.4 juta) menjadikan ia buku paling mahal di dunia. Setiap tahun Bill Gates akan menayangkan buku ini di muzium yang berbeza untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat dan menilai buku ini.

Artikel penuh di Utusan Malaysia

Marza : Wow! mahal nyer nota Da Vinci ni kn... Memang tak termampu kita nak milikinya.. Ini terbuktinya ilmu Allah ni luas, banyak & mahal kn. Terpulang pada kita samada nak atau tak je kita mencarinya..mmm.

Thursday, April 21, 2011

Perkhidmatan Blogger akan Ditamatkan??


Betul ke perkhidmatan Blogger akan ditamatkan. Mcm tak percaya je :-( ... Bila baca kat Blogger Buz mcm dia kata perkhidmatan blogger yg akan ditamatkan kpd mana-mana akaun yg tidak aktif (tiada new post) sejak tahun 2007 je.

Tapi ada yang kata pengguna Blogger yang mendaftar dan menggunakan email selain Gmail (contoh: Yahoo atau Hotmail) untuk log in ke dalam blogger kemungkinan blog mereka akan ditamatkan juga.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga saya pindah la login permission ke gmail.
terima kaseh la kat anastasyea sbb bagi cara2 utk pindah ke gmail.

marza : baru seronok-seronok nak aktif blogging semula..:-)

Risiko penyakit lama tonton TV

Kajian menunjukkan kanak-kanak mudah terdedah sakit jantung, diabetes 

MELBOURNE: Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia


Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka.Ini meningkatkan peluang mereka untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan, semalam. ..

Tuesday, April 19, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Mari la kita ramai2 ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2011.

Tarikh : 22 April - 1 Mei 2011
Masa : 10.00 pg - 9.00 mlm
Tempat : PWTC


untuk maklumat lanjut klik di sini http://www.klibf.com.my

Sunday, April 17, 2011

Aksesori Tudung

Saya ada buat sendiri aksesori wanita contohnya brooch, hairclip, cekak/skaf, hairband dll.
Ada pelbagai color & design cantik & menarik..Handmade dari kain felt. Saiz & warna boleh diubah suai ikut kesukaan anda.Antaranya spt kat bawah. Pelbagai pilihan lagi ada di http://marzacreative.blogspot.com/

Harga (bagi design sedia ada):

Alligator clip - RM4.00
Brooch - RM4.00
Cekak/ Skaf - RM5.00
HairBand - RM5.00

Ada pelbagai warna, boleh dijadikan brooch, hairclip, hairband, skaf. Design Bunga A
Design Bunga B

Hairband

Ada Hairclip alligator, cekak/skaf

Contoh hair clip utk minmin
Pelbagai pilihan ada di http://marzacreative.blogspot.com/

Tuesday, April 12, 2011

Perbezaan Kicap Kipas Cap Udang tiruan dengan yang asli

Berikut adalah perbezaannya produk kicap kipascap udang tiruan dengan yang asli..


Perbezaan Produk Kicap Kipas Cap Udang Tiruan

gambar cover penutup botol, tarikh luput dan cetakkan label .. kelihatan blurr dan kurang jelas dari yang asli

Perbezaan Produk Kicap Kipas Cap Udang Tiruan

Kod bar yang asli dicetak melintang ..

Perbezaan Produk Kicap Kipas Cap Udang Tiruan

Ring cap original .. tiada lubang pada penutup da warna gelap

Sumber : anastasyea.com

Monday, April 11, 2011

Telur Ayam Tiruan

Kecok pulak pasal telur ayam tiruan ni. Tak sangka la telur pun boleh diciplak


Rupa telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan. Memang nampak berbeza.


Artikel ni saya copy dari anastasyea.com.

Rupa-rupanya .. pengeluaran telur ayan tiruan nie memang dah lama. Paling lama yang saya dapat kesan .. tahun 2008. Huh ! .. memang lama. Cuma sekarang nie je mula dikesan memasuki pasaran Malaysia.

Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.

Macam mana telur ayam tisuan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie....

Wednesday, March 16, 2011

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat


Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA...

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu Polikarbonat Diharam




Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.


Datuk Seri Liow Tiong Lai menunjukkan perbezaan di antara jenis botol susu
yang mempunyai Bisphenol A (BPA) (kiri) di Putrajaya, semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak....

Azam Mendidik Anak


Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.....

Galakkan Minat Anak-Anak Anda

SETIAP ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan. Tetapi semua ini tidak datang bergolek begitu sahaja melainkan usaha dan kegigihan mereka sendiri terhadap sesuatu bidang yang diceburi.

ANAK-ANAK patut digalakkan bukan hanya pada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan persaingan di luar memang hebat dan mencabar. Anak-anak perlu dipupuk dengan pelbagai minat dan ilmu demi membantu mereka menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mereka tempuhi.

Bagi saya penggalakkan untuk mempelajari pelbagai bidang kepada anak lelaki perlu diutamakan kerana mereka bakal menjadi ketua keluarga dan pemimpin apabila meningkat dewasa.
– Norhayati Satar, 51 tahun,Eksekutif

ANAK-ANAK perlu digalakkan dengan pelbagai bidang. Bukannya hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang tertentu sahaja.
Jika mereka diterapkan dan mempelajari pelbagai bidang, ilmu yang mereka perolehi boleh dimanfaatakan untuk diri mereka nanti.
Walau apapun bidang yang mereka ceburi, ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak memang berminat terhadap bidang tersebut.

– Rasidah Wahab, 57 tahun, Pesara

BAGI saya adalah lebih elok jika anak-anak tidak hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan dunia hari ini semakin mencabar mereka perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk mereka.....

Monday, March 14, 2011

Merangsang Perkembangan Si Kecil

Sahsiah Kanak-Kanak

Kategori Sahsiah Ciri-Ciri
Mudahsuai
  • Menerima perkara baru
  • Mencuba makanan baru
  • Senang tidur
  • Sentiasa gembira/ceria
Lambatsuai
  • Mengambil masa menyesuaikan diri
  • Mesra apabila mengenali
  • Berhati-hati
Susahsuai
  • Sentiasa menangis
  • Mudah meragam
  • Cerewet
  • Banyak kerenah

Sumber : Kursus Keibubapaan, LPPKN

Friday, March 11, 2011

Pesanan Ayah

Ada seorang ayah tua yang sakit, meninggalkan pesanan kepada 2 orang anaknya menjelang ajalnya tiba.
Pesanan Pertama : Jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada mu
Pesanan Kedua : Jika kamu pergi ke kedai berniaga, jangan sampai muka mu terkena sinar matahari.

Beberapa tahun kemudian selepas ayahnya meninggal dunia, kedua-dua adik beradik itu menjalani kehidupan mengikut pesanan ayahnya.
Anak Sulung telah berjaya dalam perniagaannya & menjadi kaya raya.
Anak Bongsu tidak berjaya dalam perniagaan & hidup tanpa kemewahan.

Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal kehidupan kedua-dua anaknya itu. Bagaimana pencapaian hidup mereka kedua?....

Thursday, March 10, 2011

Anak-Anak Belajar Dari Kehidupannya

Jika seorang anak hidup dengan BIDASAN, dia belajar untuk MENGUTUK,
Jika seorang anak hidup dengan PERMUSUHAN, dia belajar untuk BERGADUH,
Jika seorang anak hidup dengan CEMUHAN, dia belajar untuk RAGU-RAGU,
Jika seorang anak hidup dengan KEAIBAN, dia belajar untuk RASA BERSALAH,
Jika seorang anak hidup dengan TOLERASI, dia belajar untuk BERSABAR,
Jika seorang anak hidup dengan GALAKAN, dia belajar untuk YAKIN,
Jika seorang anak hidup dengan PUJIAN, dia belajar untuk MENGHARGAI,
Jika seorang anak hidup dengan KESAKSAMAAN, dia belajar untuk ADIL,
Jika seorang anak hidup dengan PENERIMAAN & PERSAHABATAN, dia belajar untuk MENEMUI KASIH SAYANG.

Sumber : Ceramah Ustaz Syed Nasrullah Syed Hamid

Monday, January 31, 2011

Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadat 70 tahun

Satu hari seorang sahabat Nabi SAW, Miqdad Ibnu Al-Aswad berjumpa dgn Abu Hurairah r.a, lalu beliau mengkhabarkan kepada Miqdad: "Aku mendengar Rasulullah memberitahu kepada ku, barang siapa yang berfikir satu saat maka itu lebih baik daripada beribadat setahun".

Miqdad berlalu & berjumpa pula dgn Ibnu Abbas, lalu dikhabarkan kpd Miqdad: "Aku mendengar bhw Rasulullah SAW memberitahu kpdku, barang siapa yg berfikir satu saat maka ia terlebih baik drpd beribadat 70 tahun".

Miqdad keliru dgn perkhabaran 2 sahabat tadi, kerana apa yg disampaikan oleh kedua-duanya berbeza. Lantas mengadukan hal ini kpd baginda Nabi SAW.

Baginda mengarahkan supaya memanggil Abu Hurairah & Ibnu Abbas berjumpa dgnnya, baginda bertanya kpd Abu Hurairah: "Bagaimana cara engkau berfikir?" Jawab Abu Hurairah: "Aku memikirkan tentang kejadian 7 petala langit & bumi (mendatangkan rasa agung kpd Allah dlm diri)".

Maka jawab baginda: "Benar, engkau mendapat berfikir sesaat lebih baik drpd beribadat setahun." Sabdanya lagi, "Telah turun al-Quran kepadaku, rugilah bagi mereka yg membaca al-Quran tapi tdk memikirnya".

Lalu baginda bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Aku memikirkan tentang kematian dan huru haranya saat itu". Lalu baginda menjawab: "Benar, berfikir begitu maka engkau dapat kelebihan sesaat berfikir maka terlebih baik drpd beribadat 70 tahun".

Sememangnya digalakkan kita berfikir tentang kejadian alam ini. Jika kita melihat ibadah para rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim a.s & pesuruh Allah yg lain, mereka juga beribadat dgn cara memikir bagaimana kejadian alam & betapa hebatnya penciptanya. Ini mendatangkan rasa keagungan & ketakjuban kepada Allah.

Selain itu, kita juga disuruh berfikir tentang kematian & huru hara yg berlaku menjelang saat mati & penghijrahan kita ke alam barzakh.

Ini akan membuatkn kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yg Allah kurniakan kpd kita, tdk timbul tamak, hasad dengki, khianat mengkhianati & terlalu mengejar kekayaan dunia hingga keluar daripada sempadan syariat.

Sumber : Utusan Malaysia 20 Jan. 2011

Sunday, January 30, 2011

Bantal Peluk??

Kenapa pulak la bantal ni tergayut di sini yer.. haa.. kalau nak tahu tengok gambar lagi satu di bawah..


Sebenarnya ini sarung plastik sampah... Saya jahit ia sama mcm sarung batal panjang.. Yang saya suka ttg sarung ni adalah hubby puji sarung ni sbb nya tak perlu la tunduk2 lagi kat laci bwh sbb nak cari & letak plastik sampah.. hehe..

Hand Towel Cute

Ini saya nama hand towel cute sebabnya saya buat sapu tangan tu tidak dijahit sekali ngan penyangkut dia. Saya cuma sangkut towel tu di penyangkut dia, kemudian pakaikan sarung kat bhgn atas dia (mcm tudung la).. Saya buat ia berasingan supaya tak perlu la kita nak jahit semua towel & bila towel tu dah kotor, kita cuma tukar towel tu shj.


Sangkut towel di penyangkutnya. Penyangkut ni saya guna penyangkut baju kanak-kanak.

Pakaikan sarung kepala dia & tarik talinya supaya tak mudah terlucut.. mudah kan..hehe..

Tuesday, January 4, 2011

My First Pouch Sling

Pouch Sling ni saya jahit bagi memudahkan saya membawa ikhlas berjalan2, terutamanya di tempat2 yg sempit. Idea nak jahit pouch sling ni saya jumpa masa jalan2 di internet. Rupa-rupanya sling ni ada mcm2 jenis, antaranya Pouch Sling, Ring Sling & Mei Tai. Kalau orang-orang dulu (zaman mak-mak kita) mereka telah amalkan guna sling ni menggunakan kain batik panjang. Tapi sekarang telah dimodenkan dengan penggunaan baby carrier.


kebiasaanya Ikhlas lena bila saya menggunakan sling ni sbbnya mungkin terasa sedap je kena peluk oleh ibunya.

Lain kali nak cuba buat Ring Sling pula, tapi tgh cari mana nak dptkan Ring nya tu yer.
Sesiapa yg nak jahit sendiri pouch sling ni boleh cuba di sini.