Tuesday, March 15, 2011

Galakkan Minat Anak-Anak Anda

SETIAP ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan. Tetapi semua ini tidak datang bergolek begitu sahaja melainkan usaha dan kegigihan mereka sendiri terhadap sesuatu bidang yang diceburi.

ANAK-ANAK patut digalakkan bukan hanya pada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan persaingan di luar memang hebat dan mencabar. Anak-anak perlu dipupuk dengan pelbagai minat dan ilmu demi membantu mereka menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mereka tempuhi.

Bagi saya penggalakkan untuk mempelajari pelbagai bidang kepada anak lelaki perlu diutamakan kerana mereka bakal menjadi ketua keluarga dan pemimpin apabila meningkat dewasa.
– Norhayati Satar, 51 tahun,Eksekutif

ANAK-ANAK perlu digalakkan dengan pelbagai bidang. Bukannya hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang tertentu sahaja.
Jika mereka diterapkan dan mempelajari pelbagai bidang, ilmu yang mereka perolehi boleh dimanfaatakan untuk diri mereka nanti.
Walau apapun bidang yang mereka ceburi, ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak memang berminat terhadap bidang tersebut.

– Rasidah Wahab, 57 tahun, Pesara

BAGI saya adalah lebih elok jika anak-anak tidak hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan dunia hari ini semakin mencabar mereka perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk mereka.....

Walaubagaimanapun saya akan menyokong jika anak-anak saya ingin mempelajari dan menceburi bidang yang mereka minati selagi apa yang mereka lakukan tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan.
– Jameah Mohd. Adam, 52 tahun, Pembantu Am Pejabat

SAYA memang menggalakkan sepenuhnya kepada remaja-remaja agar mereka mempelajari dan menceburi pelbagai bidang, sebaliknya bukan hanya tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja.
Seseorang remaja itu akan dipandang tinggi dan hebat apabila mereka mampu mempelajari pelbagai bidang dan mahir pula dengan bidang yang mereka ceburi.
– Munir Ghazali, 62 tahun Ketua Penerangan

Artikel penuh di Utusan Malaysia Online - Keluarga

No comments:

Post a Comment