Wednesday, November 6, 2013

Tips Agar Anak Tidur Nyenyak

Setelah seminggu lebih ni tidur anak ku agak meragam, aku pun cari  di google dan jumpa tips/ panduan ini dengan harapan agar selepas ni tidur anak ku lebih teratur. Jadi saya copy & share di sini buat panduan bersama.

 

Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:

1. Lakukan aktiviti pada siang hari.
Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

2. Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

3. Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

4. Tidurkan bayi ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya.
Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

5. Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan.
Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur
yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.



Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.

6. Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya.
Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

7. Elakkan menonton televisyen
Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.

Berikut adalah tidur yang cukup mengikut usia :-
- Kanak-kanak berusia 2 tahun perlu mendapat tidur yang cukup selama 13 jam.
- Kanak-kanak berusia 3 tahun perlu mendapat tidur yang cukup selama 12-13 jam.
- Kanak-kanak berusia 4 tahun perlu mendapat tidur yang cukup selama 11-12 jam.
- Kanak-kanak berusia 5-8 tahun perlu mendapat tidur yang cukup selama 10-11 jam.


Tentu kebanyakan ibu bapa biasa dengan situasi anak kecil berusia dua hingga empat tahun sukar tidur malam. Biasanya mereka sukar mematuhi arahan untuk tidur sehingga kadang kala terpaksa berlaku ‘perang tidur’.
Dia begitu asyik bermain atau menonton televisyen sehingga akan mengamuk jika disuruh berhenti melakukan aktiviti tersebut. Sebenarnya dia tidak mahu meninggalkan aktiviti tersebut sebelum tidur.
Sebagai ibu bapa anda perlu bijak memainkan peranan. Tidak boleh terlalu keras dan tidak boleh juga terlalu menurut kehendak anak. Anak-anak usia tersebut biasanya mengalami kekeliruan setiap kali tiba waktu tidur.
Dengan menetapkan peraturan dan rutin sebelum tidur sejak usia bayi lagi, anda telah mengajar mereka tabiat tidur yang baik dan sudah tentu memudahkan mereka tidur awal. Apa yang boleh anda lakukan ialah mewujudkan kebiasaan atau rutin setiap kali tiba waktu tidur. Secara tidak langsung, ia menggalakkan tabiat tidur yang baik kepadanya.
Antara petunjuk bahawa sudah tiba masa tidur adalah membacakannya koleksi buku cerita sebelum tidur, membacakannya doa tidur dan zikir, mengajaknya menggosok gigi apabila tiba waktu tidur.
Dengan yang demikian, dia akan faham bahawa waktu tidur sudah tiba. Jadi, dia perlu menyiapkan dirinya untuk tidur. Jika rutin ini sudah diajar sejak kecil, percayalah, anak anda akan mudah tidur.
Setiap kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang berbeza. Namun, secara umumnya, anak berusia dua tahun memerlukan 13 jam waktu tidur dalam sehari. Biasanya mereka akan tidur antara 11 hingga 12 jam di waktu malam dan tidur petang sekali selama satu atau dua jam sehari.
sumber : hmetro & pama

No comments:

Post a Comment