Wednesday, March 16, 2011

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat


Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA...

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu Polikarbonat Diharam




Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.


Datuk Seri Liow Tiong Lai menunjukkan perbezaan di antara jenis botol susu
yang mempunyai Bisphenol A (BPA) (kiri) di Putrajaya, semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak....

Azam Mendidik Anak


Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.....

Galakkan Minat Anak-Anak Anda

SETIAP ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan. Tetapi semua ini tidak datang bergolek begitu sahaja melainkan usaha dan kegigihan mereka sendiri terhadap sesuatu bidang yang diceburi.

ANAK-ANAK patut digalakkan bukan hanya pada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan persaingan di luar memang hebat dan mencabar. Anak-anak perlu dipupuk dengan pelbagai minat dan ilmu demi membantu mereka menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mereka tempuhi.

Bagi saya penggalakkan untuk mempelajari pelbagai bidang kepada anak lelaki perlu diutamakan kerana mereka bakal menjadi ketua keluarga dan pemimpin apabila meningkat dewasa.
– Norhayati Satar, 51 tahun,Eksekutif

ANAK-ANAK perlu digalakkan dengan pelbagai bidang. Bukannya hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang tertentu sahaja.
Jika mereka diterapkan dan mempelajari pelbagai bidang, ilmu yang mereka perolehi boleh dimanfaatakan untuk diri mereka nanti.
Walau apapun bidang yang mereka ceburi, ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak memang berminat terhadap bidang tersebut.

– Rasidah Wahab, 57 tahun, Pesara

BAGI saya adalah lebih elok jika anak-anak tidak hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan dunia hari ini semakin mencabar mereka perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk mereka.....

Monday, March 14, 2011

Merangsang Perkembangan Si Kecil

Sahsiah Kanak-Kanak

Kategori Sahsiah Ciri-Ciri
Mudahsuai
  • Menerima perkara baru
  • Mencuba makanan baru
  • Senang tidur
  • Sentiasa gembira/ceria
Lambatsuai
  • Mengambil masa menyesuaikan diri
  • Mesra apabila mengenali
  • Berhati-hati
Susahsuai
  • Sentiasa menangis
  • Mudah meragam
  • Cerewet
  • Banyak kerenah

Sumber : Kursus Keibubapaan, LPPKN

Friday, March 11, 2011

Pesanan Ayah

Ada seorang ayah tua yang sakit, meninggalkan pesanan kepada 2 orang anaknya menjelang ajalnya tiba.
Pesanan Pertama : Jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada mu
Pesanan Kedua : Jika kamu pergi ke kedai berniaga, jangan sampai muka mu terkena sinar matahari.

Beberapa tahun kemudian selepas ayahnya meninggal dunia, kedua-dua adik beradik itu menjalani kehidupan mengikut pesanan ayahnya.
Anak Sulung telah berjaya dalam perniagaannya & menjadi kaya raya.
Anak Bongsu tidak berjaya dalam perniagaan & hidup tanpa kemewahan.

Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal kehidupan kedua-dua anaknya itu. Bagaimana pencapaian hidup mereka kedua?....

Thursday, March 10, 2011

Anak-Anak Belajar Dari Kehidupannya

Jika seorang anak hidup dengan BIDASAN, dia belajar untuk MENGUTUK,
Jika seorang anak hidup dengan PERMUSUHAN, dia belajar untuk BERGADUH,
Jika seorang anak hidup dengan CEMUHAN, dia belajar untuk RAGU-RAGU,
Jika seorang anak hidup dengan KEAIBAN, dia belajar untuk RASA BERSALAH,
Jika seorang anak hidup dengan TOLERASI, dia belajar untuk BERSABAR,
Jika seorang anak hidup dengan GALAKAN, dia belajar untuk YAKIN,
Jika seorang anak hidup dengan PUJIAN, dia belajar untuk MENGHARGAI,
Jika seorang anak hidup dengan KESAKSAMAAN, dia belajar untuk ADIL,
Jika seorang anak hidup dengan PENERIMAAN & PERSAHABATAN, dia belajar untuk MENEMUI KASIH SAYANG.

Sumber : Ceramah Ustaz Syed Nasrullah Syed Hamid