Friday, March 11, 2011

Pesanan Ayah

Ada seorang ayah tua yang sakit, meninggalkan pesanan kepada 2 orang anaknya menjelang ajalnya tiba.
Pesanan Pertama : Jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada mu
Pesanan Kedua : Jika kamu pergi ke kedai berniaga, jangan sampai muka mu terkena sinar matahari.

Beberapa tahun kemudian selepas ayahnya meninggal dunia, kedua-dua adik beradik itu menjalani kehidupan mengikut pesanan ayahnya.
Anak Sulung telah berjaya dalam perniagaannya & menjadi kaya raya.
Anak Bongsu tidak berjaya dalam perniagaan & hidup tanpa kemewahan.

Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal kehidupan kedua-dua anaknya itu. Bagaimana pencapaian hidup mereka kedua?....

Jawab anak yang bongsu “ Aku tidak berjaya dalam perniagaan & hidup tanpa kemewahan kerana saya mengikuti pesan ayah yang katanya saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yg berhutang kepada ku. Akibatnya modal ku semakin susut kerana orang yg berhutang tidak membayar hutang.” “Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi ke kedai atau sebaliknya, tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya terpaksa menggunakan teksi walaupun saya boleh berjalan kaki. Jadinya saya terpaksa menggunakan wang lebih banyak.”

Jawab anak yang sulung “ Aku telah berjaya dalam perniagaan & hidup serba kemewahan kerana saya mentaati pesan ayah yg katanya saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang. Maka modal perniagaan saya tidak pernah susut.” “Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi ke kedai atau sebaliknya, tidak boleh terkena sinar matahari. Maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit & pulang sesudah matahari terbenam. Oleh kerana kedai saya dibuka lebih awal & ditutup lebih lewat berbanding kedai-kedai lain, kedai saya menjadi laris kerana beroperasi lebih lama.”

Moral of the story :
  • Kisah ini menunjukkan bagaima sebuah pesanan difahami dengan persepsi (tanggapan) yang berbeza.
  • Jika difikir dengan fikiran yg positif maka segala kesulitan menjadi batu loncatan untuk berjaya.
  • Tetapi, jika kita berfikir dgn fikiran yg negatif (sempit) maka kesulitan itu menjadi halangan.
Sumber : Hj. Muhammad Saleh bin Montel (Kursus Pemikiran Kreatif)

No comments:

Post a Comment