Tuesday, June 4, 2013

Kaedah Pengiraan Kos Poslaju (Kaedah Valuematriks)

Jika kotak anda yang hendak dihantar polaju melebihi 30cm dan berat agak ringan , kaedah valuematriks akan digunakan. Apabila kaedah ini digunakan kos penghantaran akan meningkat berbanding dengan kaedah timbangan berat. Mereka akan mengikut kaedah manakah yang tertinggi. Jika kaedah matriks lebih mahal, maka kaedah tersebut akan diambil kira. Jika kaedah timbangan berat lebih tinggi, maka pengiraan timbang berat akan diambil kira.

Dengan mengunakan kaedah ini, tinggi, panjang dan lebar kotak akan diukur.

Formula yang digunakan:
(Panjang x Lebar x Tinggi)/6000

Contoh pengiraan:
Panjang = 35cm
Lebar = 26cm
Tinggi = 20cm

(35 x 26 x 20)/6000 = 3.033

Jadi kiraan berat parcel ialah 3.033kg. Berat yang diperoleh ini akan dimasukkan dalam penggiraan berat di laman web pos Malaysia.