Monday, February 20, 2012

Novel : Bisik-bisik Gelora

Novel "Bisik-Bisik Gelora " Cinta yang berbisik di hati kan kusulam menjadi bait-bait gelora beralun rindu ini ditulis oleh Fauziah Ashari terbitan grup buku karangkraf. Cetakan pertamanya adalah pada 2011. Novel yang Mz beli ni adalah cetakan yang ke 4 - 2012. Mz dapat habiskan baca novel ni lebih kurang dalam tempoh 2 minggu. Kebanyakan Mz bacanya dalam tren LRT samada pergi kerja atau balik kerja. Kalau masa kat rumah sibuk dengan melayan anak-anak la pulak, terpaksa la curi-curi masa untuk membaca. Sampai kadang-kadang cik abang menjeling, apa la isterinya kusyuk sangat buat... hehehehe

Kesimpulannya novel ni best. Nama-nama watak dalam novel ni unik, Banin Arumi, Jad Izzudin dan lain-lain.

Sinopsis novel:-

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal & lincah. Bapanya Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh dari kota. Di kampung Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa & disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

No comments:

Post a Comment