Thursday, January 5, 2012

1 Bulan 1 Buku "Travelog Cinta Abadi "

Tahun ni Maza target nak baca sekurang-kurangnya sebulan sebuah buku. Kemudian mz akan buat ulasan la sikit kat sini (mcm pro je nak ulas buku org lain..hehe..), tak la ini hanya pandangan dari kaca mata mz sahaja.

Buku yang mz baru habis baca adalah bertajuk " Travelog Cinta Abadi ~ masa yang berlalu ....." buku ni ditulis oleh Roza Roslan keluaran PTS Islamika 2010.

Travelog Cinta Abadi menceritakan tentang pengalaman & kisah lampau penulis semasa kecil hingga dewasa. Penceritaannya ringkas dan mudah difahami. Ia juga diselangi dengan doa-doa yang boleh kita amalkan bersama.

Bila membaca buku ni, aku terbayang & mengingatkan ku akan keadaan yang sama semasa kecil ku. Dulu keluargaku hidup dalam keadaan agak susah.  Aku pernah menolong kedua-dua orang tua ku menanam sayur, menoreh getah, memetik koko, berniaga di pasar malam dan lain-lain lagi. Aku juga sempat merasa bagaimana memasak menggunakan kayu api, guna pelita minyak tanah kemudian upgrade sikit ke gasolin, mandi di air perigi & sungai dan tengok tv hitam putih guna bateri kereta & generator.

Bila diingatkan balik, banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui. Setiap insan pasti ada pengalamannya yang tersendiri.

Petikan dari buku ini :
"Ya Allah, Indahnya kenangan itu. Mahu rasanya meminta jangan diputarkan bumi supaya masa lalu tidak berlalu. Rupa-rupanya keadaan sudah jauh berubah, namun kenangan itu masih segar seperti dahulu.

"Wahai Tuhan, kampung halamanku mulai kusam dipandang mata. Namun, jejak semalam masih lagi dapat kukesani. Ia berbekas di hati."

Kesimpulannya: Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

2 comments:

  1. mcm menarik je buku ni..boleh cr jgk sebuah..

    ReplyDelete
  2. mmg agak menarik buku ni.... ia mengimbau masa kita kecik2 dulu..

    ReplyDelete