Wednesday, January 11, 2012

Tips untuk Melembutkan Daging

Baru-baru ni Mz ada tengok citer kat astro ttg bagaimana nak melembutkan daging yang dimasak. Tapi rancangan tu  bukan rancangan masak-memasak tau tapi kat rancangan Clever edisi Malaysia.

Saintis Rafidah tu telah memerapkan daging secara berasingan, menggunakan mangga, betik dan anggur. Beliau kemudiannya menyuruh tiga orang pembantu memasakkan daging-daging tersebut. Daging yang diperap dengan buah apakah yang paling lembut setelah dimasak?

Jawapannya : Buah Betik !!!
 
Keterangan
Pada kulit hijau betik ini terdapat enzim ‘papain’. Papain ialah enzim protein yang proteolitik, yang bermakna menghadam protein. Selain digunakan untuk melembutkan daging untuk masakan, ia juga dimasukkan dalam gabungan preskripsi enzim pencernaan untuk menggantikan apa yang tidak boleh dihasilkan individu dengan masalah ‘cystic fibrosis’, suatu kondisi di mana pankreas tidak boleh menghasilkan enzim semula jadi yang cukup untuk menghadamkan makanan dengan betul.
.......

Sebelum ni pernah la dengar kata org tua-tua dulu bila rebus daging letak daun betik la, buah betik muda la, daun nangka la, letak sudu besi pun ada untuk lembutkan daging... ada jugak dengar letak panadol utk lembutkan daging..Macam-macam..

Sekarang dengan sains telah terbukti bahawa buah betik boleh melembutkan daging.

Mz : Lepas ni kalau kita nak masak daging panggang ke, stew ke elok la diperap dengan betik dulu.. supaya tak la tercabut gigi palsu org yang memakannya nanti..:-)

No comments:

Post a Comment