Thursday, October 30, 2014

Cara Basuh Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat


Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. 

Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. 

Caranya mudah saja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuanya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.

sumber : fb 

Wednesday, October 29, 2014

Cara untuk mengelakkan Demam Kuning/ Juandis pada Bayi

Alhamdulilah sebulan yang lalu Marza baru melahirkan seorang putri iaitu cahaya mata yang ke-3, Yang paling best kelahiran yang ni ialah putri ku ini boleh dikatakan bebas demam kuning. Nurse yang datang check-up kat rumah kata hanya ada sedikit je demam kuning. Dia sarankan cuma kerapkan bagi susu badan, disamping tu juga letak bayi di tepi tingkap bagi dpt silau cahaya matahari. Putri ku ini juga tak perlu pergi ke hospital untuk diambil darah.

Jika anak-anakku sebelum ini, kedua-dua kena demam kuning yang agak tinggi. Anak yang kedua kena tahan di dalam wad 3 hari & diletak di bawah lampu cahaya biru (fototerapi). Anak yang sulung tidak masuk ke dalam wad, tetapi kena berulang alik ke hospital setiap hari untuk diambil darah. Kaki mereka habis la lebam-lebam sebab kesan kena cucuk jarum untuk ambil darah. Kesian tengok nya.

Dalam blog  KAI sebelum ini ada juga post mengenai Demam Kuning/ Juandis.

Semasa mengandung kali ini, memandangkan anak-anak saya sebelum ini ada demam kuning, jadi saya cuba cari kaedah bagi mengelakkankan bayi ini kena demam kuning sama. Jadi sewaktu 7 bulan ++  saya amalkan minum susu kambing NUTRI GOAT MIRACLE 8 sekali sehari.
Alhamdulillah hasilnya putri ku ini hanya ada sedikit juandis atau boleh dikatakan bebas juandis.

Jadi kepada ibu-ibu yang mengandung di luar sana ingin mencuba susu kambing NUTRI GOAT MIRACLE 8 ini boleh hubungi Marza AGENT NUTRI GOAT MIRACLE 8 ,

Whatsapp/ pm :014 - 2682155
email: max_min9@yahoo.com

Boleh hantar menggunakan Pos Laju/ Kurier 
Boleh juga COD, area PANDAN INDAH, AMPANG dan kawasan sekitarnya.
(atau pick-up point Tesco Ampang)

...........♥♥♥............

Monday, October 27, 2014

Susu Kambing Nutri Goat Miracle 8

~ KEKAL AKTIF ~

Dengan NUTRI GOAT MIRACLE 8

Susu NUTRI GOAT MIRACLE 8 dari susu kambing asli dari New Zealand. 
Ia diinovasikan dengan 8 makanan Sunnah Nabi kita seperti 
- Habbatussauda, 
- Kurma
- Delima 
- Buah Zaiton
- Buah Tin
- Saffron
- Madu 
- Kismis.


Kebaikan Susu Nutri Goat Miracle 8 memang menakjubkan!

Antara khasiatnya :-

Sunday, January 5, 2014

Musim demam denggi

Sekarang ni banyak betul yang kena demam denggi. Rakan sekerja/ ahli keluarga rakan sekerja di ofis pun dah 4 orang yang kena demam denggi. Hingga kan Mat Yo (footballer) pun baru-baru ni kena sama.

Sebelum ini, marza ada share pokok untuk halau nyamuk. Itu mungkin salah satu cara untuk mencegahnya.



Tapi kalau dah dijangkiti apa yang nak dibuat. Ada yang bagi petua kalau kena demam denggi, kena banyak Minum AIR 100 PLUS dan Makan SUP KETAM. Kalau dimasukkan di dalam wad, dia akan dimasukkan air dan doc akan suruh kita minum banyak air/ jus buah-buahan (contoh jus tembikai ke). Ini akan menyebabkan kita kerap kencing dan kumannya akan keluar. 


KasihAnakIbu: Kebersihan itu penting. Sama-samalah kita menjaga kebersihan persekitaran rumah kita.

Saturday, January 4, 2014

Teka-Teki Lawak...release tension jap..

Apa kata rehat-rehatkan minda sekejap, kita tengok teka-teki lawak dulu...disamping itu juga boleh buat excercise muka, tak la tengang sgt muka tu....hehehe.


Soalan : Kenapa pokok kelapa di depan rumah harus ditebang?
Jawapan : Mestilah kena tebang, siapa nak pokok kelapa. Gila apa!

Soalan : Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapan : Kotak Penalti!

Soalan : Hitam & berpeluh itu apa?
Jawapan : Semut hitam tengah berjogging

Soalan : Apa dia pergi terbang balik berenang?
Jawapan : Pancing sebab bila kita campak joran, ia terbang tapi bila dah dapat ikan dia berenang.

Soalan :  3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya itu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam.

Soalan : Orang yang kena penyakit AIDS boleh tahan berapa hari?
Jawapan : 3 hari sebab
A : Ahad
I : Isnin
D : Dan
S : Selasa

Soalan : Kenapa pemandu teksi minta duit nanti. Kenapa dia tak minta duit dulu sebelum memulakan perjalanan?
Jawapan : Sebab kalau dia minta duit dulu nanti duit itu tak laku sebab itu duit lama.

Soalan : Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapan : Dua-dua kalau dah 'kringgg boleh diangkat.

Soalan : Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan?
Jawapan : Lilin masa sambut HAPPY BIRTHDAY.


sumber : Majalah Mastika

p/s : Itu dulu buat masa ni, kalau ada lagi teka-teki nanti marza share lagi...hehe