Showing posts with label Tips Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Tips Kanak-Kanak. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Cara Atasi Anak Malas Belajar

Pasti anda inginkan anak anda berjaya, maka kami akan kongsikan cara atasi anak malas belajar. Teruskan membaca..

Sudah menjadi lumrah, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya. Anak terbentuk mengikut acuan kita, seperti kain putih kita ibubapa yang mewarnai kehidupan mereka. Jika kita tidak rajin mendidik mereka dari kecil dan menerapkan nilai-nilai murni kemungkinan mereka akan degil dan kurang bercakap dengan kita.

Ibu Bapa mana yang tidak sayang akan anak mereka sejak kecil sudah ditatang bagai minyak yang penuh.Tapi kita kena ingat, tidak kesemua kehendak anak-anak harus diturutkan. Kadang kala kita ibu bapa kena bertegas.

Antara Cara Atasi Anak Malas Belajar adalah :

1) Buat Kerja Sekolah Bersama-sama anak

Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di rumah.
Ini kerana, anak-anak mungkin berasa bosan atau mereka tidak memahami tentang pembelajaran.
Di sekolah, guru peneman mereka untuk menyelesaikan masalah.Apabila di rumah ibu adalah guru ke2 untuk mendidik si anak.

2) Berikan Ganjaran kepada anak

Wujudkan pertandingan ketika belajar. Contohnya: jika anak-anak boleh siapkan kerja sekolah pada waktu yang singkat mereka boleh pergi bermain dengan kawan-kawan.
Pujian adalah salah satu cara untuk memotivasikan si anak, berikan hadiah jika si anak mendapat markah yang baik.
Pujian itu juga adalah mata ganjaran dan doa buat si anak.Jadi pujilah jika mereka melakukan sesuatu yang membanggakan.Ingat!!Jangan lokek.
Si anak akan berasa lebih dihargai dan tanpa disuruh akan mengulanginya lagi untuk menggembirakan hati ibu bapa.

3) Menjadi Sahabat kepada Anak

Kenali masalah anak-anak dengan menjadi rakan mereka, ini lebih mudah untuk mereka berceritakan masalah yang dialami.
Memberi keyakinan yang tinggi agar mereka tidak takut untuk menghadapi sebarang kesukaran atau masalah di sekolah.
Selalulah memberi kata-kata semangat, dorongan dalam memotivasikan diri anak-anak anda.

4) Berdoa

Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur
Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
Memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t dan mengamalkan zikir.

Diharap perkongsian tips anak malas belajar di dalam pelajaran ini memberi seribu satu manfaat yang bermakna untuk para ibu bapa. Ibu bapa harus bijak berbicara dengan lembut terhadap si anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa buat mereka.


sumber : fb

Thursday, November 7, 2013

Tips untuk putus susu ibu

Memandangkan anak ku (Ikhlas ) yang kedua telah lebih 3 tahun, saya pun cari-cari info di google cara & tips nak putus menyusu. Antara cara dicadangkan:-

1. Letak kopi atau nescafe di puting.

2. Guna akar patawali. Caranya potong akar patawali and ambil getah dia & sapu kat puting. Ianya rasa sangat pahit. Getahnya tu tidak berbau & tidak mengotorkan baju dalam. Pokoknya jenis menjalar & menggerutu. Ianya juga banyak dikampung2. Akar pokok ini juga biasanya direbus & diminum oleh orang yang ada kecing manis (diabetis).

3. Guna Tunjuk Langit. Biasanya tunjuk langit dijual ini dijual biji kecil-kecil. Contoh gambar yang kecil dibawah. Caranya kupas bijinya itu & ambil isinya yang berwarna putih. Hancurkan isinya itu & sapu di puting. Buah ini juga rasanya sangat pahit. Ianya ada banyak khasiat terutamanya untuk orang yang ada diabetis. Sekarang ini juga buah ini telah dikomersilkan & dibuat kapsul.



Pada pendapat saya cara ke-2 & ke 3 tu, in sya Allah boleh berjaya. Memandangkan sebelum ini saya pernah rasa ke dua-duanya & rasanya amatlah teramat pahit sekali. Jadi sebelum kita bagi kpd anak kita nenen yg telah disapu tu, sediakan dulu susu botol.  Kalau tak nanti, anak kita akan berkerut2 kepahitan..hehe.. Hari tu dah beli buah tunjuk langit kat chow kit, sepeket kecil rm5. Tapi en. husband kata awal tahun depan la kita cuba, kesian kat dia.

Disamping itu juga boleh juga kita guna cara psikologi:-
  • Gunakan cara memujuk.
  • Kita gantikan secara beransur-ansur teknik penyusuan badan dengan cara lain untuk memupuk anak. Jika biasanya menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba cara lain untuk membuatkan dia tenteram sama ada dengan membaca buku bersama-sama, menyanyi ataupun bermain.

  • Lengahkan masa penyusuan.
  • Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.

  • Cari waktu yang sesuai untuk bercerai susu.
  • Peristiwa besar akan membuatkan proses bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit

     
    Selamat Mencuba...
     
    sumber : blogger

    Wednesday, November 6, 2013

    Tips Agar Anak Tidur Nyenyak

    Setelah seminggu lebih ni tidur anak ku agak meragam, aku pun cari  di google dan jumpa tips/ panduan ini dengan harapan agar selepas ni tidur anak ku lebih teratur. Jadi saya copy & share di sini buat panduan bersama.

     

    Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:

    1. Lakukan aktiviti pada siang hari.
    Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

    2. Pantau tidur siang anak anda.
    Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

    3. Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
    Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

    4. Tidurkan bayi ketika mengantuk.
    Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya.
    Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

    5. Beri masa untuk dia bertenang.
    Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan.
    Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur
    yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.