Pada 3 Feb. 2012 yg lepas, Mz ambil kesempatan pergi ke Expo Buku di PWTC untuk tengok apa yang ada di sana, sambil-sambil nak tambah koleksi buku...Expo tu bukan la macam pesta buku antarabangsa seperti yang setiap tahun di buat tu. Gerai yang jual buku kat situ tak banyak & gerainya hanya kat ruang legar di entrance pwtc tu je. Kalau tengok, pengunjung kat situ ramainya di kalangan pelajar2 IPTA yang nak tebus voucher RM200 tu je..Jadi kita yang tak de voucher ni, kena la guna cash. Kebanyakannya buku kat situ diskaun antara 10 - 20% je..
Nak tahu apa yang Mz dapat kat situ.. hehehehe... ini la dia 3 buah novel Bisik-bisik Gelora oleh Fauziah Ashari, Lorong Kematian oleh Geidurrahman Al-Mishry dan Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Mz : Selamat Membaca ..." Membaca Jambatan Ilmu"
Thursday, February 16, 2012
Friday, February 10, 2012
Chocolate Brownies
Resepi kedua hari ini.
Bahan-bahannya
120g coklat masakan
160g butter
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
2 sudu makan serbuk coklat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan walnut (potong kecil2 & bakar guna mikrowave)
Cara-cara membuatnya
1. Cairkan coklat & butter (guna mikrowave - 1 minit) / atas api pun boleh.
2. Pukul telur + gula + vanilla dalam bekas lain.
3. Masukkan adunan telur ke dlm mangkuk yang berisi coklat. Gaul rata.
4. Gaul tepung dan serbuk coklat & ayak sekali.
5. Masukkan tepung ke dalam adunan coklat di atas. Gaul rata.
6. Masukkan walnut & gaulkan rata.
7. Lapik dulang pembakar dgn kertas minyak.
8. Masukkan adunan & bakar 30 minit, suhu 180c
9. Bila dah masak, potong brownies & sedia untuk dinikmati.
Bahan-bahannya
120g coklat masakan
160g butter
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
2 sudu makan serbuk coklat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan walnut (potong kecil2 & bakar guna mikrowave)
Cara-cara membuatnya
1. Cairkan coklat & butter (guna mikrowave - 1 minit) / atas api pun boleh.
2. Pukul telur + gula + vanilla dalam bekas lain.
3. Masukkan adunan telur ke dlm mangkuk yang berisi coklat. Gaul rata.
4. Gaul tepung dan serbuk coklat & ayak sekali.
5. Masukkan tepung ke dalam adunan coklat di atas. Gaul rata.
6. Masukkan walnut & gaulkan rata.
7. Lapik dulang pembakar dgn kertas minyak.
8. Masukkan adunan & bakar 30 minit, suhu 180c
9. Bila dah masak, potong brownies & sedia untuk dinikmati.
Butter Rolls
Tengahari tadi, Mz pergi kelas masak roti & kek anjuran puspanita di ofis. Tenaga pengajar kelas tu adalah Pn. Talha, dari ofis sini jugak. Dia ajar macam mana nak buat Butter Rolls & Chocolate Brownies. Kat sini Mz share resepi nya. Untuk resepi Chocolate Brownies boleh klik di sini yer..
Bahan-bahan
1kg tepung roti (high protein)
3 biji telor gred A (pukul sedikit)
360 ml susu segar/kotak
10 sudu makan gula pasir halus
2 sudu kecil garam
180g butter
1.5 pkt ibu roti/ yis (mauripan)
2 sudu kecil baking powder
Cara-cara membuatnya
1. Cairkan butter (guna microwave atau atas dapur)
2. Dalam bekas yang lain, masukkan tepung, gula, baking powder, ibu roti, garam dan gaul
3. Masukkan butter, susu dan telur. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Uli kira-kira 5 - 10 minit
5. Tutup dgn kain basah & biarkan hingga doh naik 2x ganda (1 jam - 1.5 jam)
6. Keluarkan doh & tumbuk2 utk keluarkan angin.
7. Bahagikan doh 40 ketul
8. Bulat-bulatkan & letak dalam dulang pembakar.
9. Rehatkan 10 minit.
10. Bakar 10- 12 minit suhu 180 C
11. Sebaik diangkat keluar, sapukan butter di atas bun roti.
Dah sedia untuk dinikmati... yum-yum..
Tips : Kalau isi inti di tengah, kurangkan gula.
Sebelum bakar, doh tersebut di atasnya disapu campuran kuning telur dan susu sedikit.
Bahan-bahan
1kg tepung roti (high protein)
3 biji telor gred A (pukul sedikit)
360 ml susu segar/kotak
10 sudu makan gula pasir halus
2 sudu kecil garam
180g butter
1.5 pkt ibu roti/ yis (mauripan)
2 sudu kecil baking powder
Cara-cara membuatnya
1. Cairkan butter (guna microwave atau atas dapur)
2. Dalam bekas yang lain, masukkan tepung, gula, baking powder, ibu roti, garam dan gaul
3. Masukkan butter, susu dan telur. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Uli kira-kira 5 - 10 minit
5. Tutup dgn kain basah & biarkan hingga doh naik 2x ganda (1 jam - 1.5 jam)
6. Keluarkan doh & tumbuk2 utk keluarkan angin.
7. Bahagikan doh 40 ketul
8. Bulat-bulatkan & letak dalam dulang pembakar.
9. Rehatkan 10 minit.
10. Bakar 10- 12 minit suhu 180 C
11. Sebaik diangkat keluar, sapukan butter di atas bun roti.
Dah sedia untuk dinikmati... yum-yum..
Tips : Kalau isi inti di tengah, kurangkan gula.
Sebelum bakar, doh tersebut di atasnya disapu campuran kuning telur dan susu sedikit.
Thursday, February 9, 2012
Donut Sedap
Hujung minggu lepas Marza ringan-ringan kan tangan cuba try test buat donut. Dah lama cari resepi donut yang sedap.. ala-ala dunkin donut/ big apple gitu.. MinMin suka sangat makan donut. Pernah hari tu beli donut big apple 1 box (6 pcs). Dapat je kat yasmin, habis dia makan sorang, tak dapat ibu & ayahnye nak merasa, semua amin unyer katanya....Jadi Mz cuba la buatnya, resepinya Mz ikut Dari Dapur Azli Razali. Hasilnya .. MinMin kata : Sedap la ibu.. Ayahnya pulak kata : ok, sedap.. lembut jugak... Hari tu buat 1 adunan. Dapat lebih kurang 25 biji (campur2 saiz besar & kecil). Ingatkan nak simpan la sikit (buat frozen, esok2 boleh makan), tapi hubby kata tak yah simpan bagi kat jiran je. Ok la, bagi kat jiran. Esoknya jiran kata, sedap la awak punya donut semalam, pandai awak buat. Apa lagi tersenyum bangga la sekejap, sekali cuba dah jadi..hehehe.. siap bagi resepi lagi kat dia.. ok la, panjang lebar intro nya pulak. Jadi Mz share resepi tu kat sini.
Resepi Donut
Resepi Donut
Bahan-bahan
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega
2 biji telur
Cara-cara penyediaan
- Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.
- Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
- Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
- Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut.
- Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
- Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
- Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan.
Mz : Selamat mencuba....lepas ni nak try buat donut & letak krim/ kastad pelbagai color & perisa kat tgh/atas nyer.
Thursday, February 2, 2012
Buku : Setia Menanti
Novel "Setia Menanti " Hanya sonata rindu yang mampu merawat luka-luka semalam ini ditulis oleh Fauziah Ashari, diterbit oleh Alaf 21 cetakan 2004. Cerita nya best. Bila kita baca intro nya pun, membuatkan kita tak sabar-sabar kita nak tahu apa kesudahannya. Novel ni adalah novel ketiga bagi Fauziah Ashari selepas Pergilah Sepi dan Ombak Rindu.
Setelah Mz novel ni, baru la tahu mengapa kebanyakan karya beliau bestseller. Ini adalah kerana olahan & susunan cerita ni membuatkan kita seolah-olah kita berada di watak yang ditulis. Dengan adegan suspennya, romantisnya, kesedihannya dan kegeramannya, cukup... Walau ape pun tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat / menggoda hati ini untuk memiliki semua novel hasil karya beliau. Bisik-bisik gelora dah beli, tunggu book review lepas ni yer..
Sinopsis novel
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malagnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.
Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikai Fatihah yang tercela maruahnya.
Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi,antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu
Mz : Selepas ni nak cari novel Pergilah Sepi dan Ombak Rindu la... hehehee..
Subscribe to:
Posts (Atom)




