Wednesday, December 30, 2009

Menetapkan Bajet

Apa itu Bajet?
Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda. Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yg dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara utk mengimbangi duit yg anda miliki dgn duit yg anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dgn membuat pilihan. Anda putuskakn pd apa yg akan anda belanjakan, berapa banyak yg akan dibelanjakan & berapa banyak yg anda akan simpan.

Pelan anda berdasarkan pd pendapatan & perbelanjaan. pendapatan ialah duit yg masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yg mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dgn situasi anda (atau poket anda). Bajet anda diasaskan kpd Matlamat, Keperluan dan kehendak.

Mari kita lihat beberapa contoh. :-

MATLAMAT

- Memiliki sebuah Kereta
- Memiliki sebuah Rumah
- Berkahwin
- Perniagaan Sendiri
- Memberikan perndidikan yg baik untuk anak
- Pencen dgn selesa
- Bersedekah

KEPERLUAN
- Makan Minum
- Tempat Tinggal
- Pakaian
- Masa berkualiti dg keluarga
- Kereta/Motosikal
- Telefon mudah alih
- Komputer

KEHENDAK
- Makan malam yg mewah
- Banglo seperti rumah peranginan
- Pakaian mahal berjenama
- Percutian mahal
- Kereta mewah
- Telefon canggih yg terkini
- Komputer yg tercanggih
dan lain-lain lagi....

Seperti yg anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar utk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih drpd makan & minum, tempat tinggal & pakaian. Seorang jurujual mungkin akan melakukan kerjanya dgn lebih efektif dgn sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal & penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu), begitu juga dgn komputer. Namun, terdapat kereta yg berharga RM30,000++, sementara ada juga yg RM300,000++, telefon mudah alih yg berharga RM100+ dan yg lain berharga RM1,000++ dan komputer yg berharga RM1,000++, sementara yg lain sehingga RM10,000++.

Kita cuma perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah utk membezakannya sekarang??

Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?

Sesiapa yg ada pendapatan & perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit utk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari & melatih kemahiran yg diperlukan utk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dpt mengelak drpd masalah kewangan & capai matlamat anda dgn lebih mudah.

Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?

Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan & Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yg tidak berubah dari bulan ke bulan seperti sewa rumah, ansuran rumah & kereta atau premium insurans. Perbelanjaan yg lain adalah Pemboleh ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air & elektrik, pakaian atau hiburan.

bersambung.........

Sumber : Utusan Malaysia 28 Dis. 2009 / AKPK
--------------

No comments:

Post a Comment