Friday, December 25, 2009

Senaman & Urutan Muka Bantu Awet Muda

----
Ramai di antara kita bimbang apabila melihat kedut mula kelihatan di muka terutama apabila melihat wajah di cermin. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedut yg menandakan usia kita semakin meningkat samada melalui pengambilan suplemen, vitamin, melakukan rawatan khusus di spa-spa serta tidak kurang juga yg menggunakan pendekatan mudah & cepat dgn suntikan antipenuaan seperti suntikan botoks.

Antara faktor2 yg boleh menyebabkan kedutan muka boleh berlaku dgn cepat adalah terdedah secara langsung & lama kpd cahaya matahari terutama dari 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya ultraungu matahari boleh menyebabkan kerosakan lapisan luar kulit muka & mengakibatkan kedutan, pecah, kasar & kering pd kulit muka.

Tabiat merokok juga boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien & beroksigen ke muka serta merosakkan fiber kolagen & elastin yg memberikan kekuatan pd kulit muka.

Di samping itu, bg memastikan kulit cantik, rawat atau jaga muka anda dgn lembut dgn mengurangkan masa mandi dengan air panas kerana ia boleh menghilangkan sifat berminyak pd kulit muka.

Juga elakkan menggunakan sabun yg menghakis & tidak sesuai pd muka, guna bahan pelincir muka semasa mencukur & elak mengesat muka dengan kuat selepas mandi kerana ia menghilangkan kelembapan kulit muka serta sentiasa mengamalkan penggunaan pelembap muka yg sesuai.

Stress turut menyebabkan kulit muka menjadi sensitif & penyebab kepada berlakunya jangkitan kulit muka atau jerawat.

Oleh itu, amalkan makanan seimbang & sihat dgn banyakkan minum air, buah-buahan, sayuran bijiran, protein ringjas di samping pengambilan diet mengandungi vitamin C serta mengurangkan pengambilan makanan berlemak & berkanji.

Selain itu juga, bg atasi kedutan & kecepatan proses penuaan berlaku antara cara yg boleh dilakukan ialah dengan kaedah fisioterapi iaitu senaman muka & urutan muka.

Senaman muka boleh diamalkan pada otot-otot utama di bahagian muka selama 5 - 10 minit setiap hari terutama selepas mandi atau semasa bersolek pada waktu pagi sebelum ke pejabat. Teknik-tekniknya adalah seperti berikut:-

Senaman Muka

  • Mulakan dgn senyuman manis di depan cermin
  • Kening ke atas dgn menunjukkan muka seperti terkejut & mengedutkan dahi
  • Rapatkan kening dgn menutup mata & menaikkan kedua-dua tepi hidung
  • Senyum sambil menunjukkan gigi anda
  • Lakukan 10-15 ulangan setiap senaman setiap hari tanpa jemu
  • Teknik urutan muka juga membantu mengekalkan perjalanan darah & mengekalkan otot di bahagian muka. Urutan boleh dilakukan sebelum atau selepas melakukan senaman muka selama 5 - 10 minit dgn cara berikut:-
Urutan Muka

  • Mulakan dgn meletakkan 2 @ 3 jari di atas kening & gerakkan dgn lembut ke arah sisi dahi.
  • Buka jari2 anda & letakkan di kawasan mata. Gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga.
  • Buka jari2 anda & letakkan di celah antara hidung & mulut. Gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga.
  • Teknik urutan boleh dilakukan dengan pergerakan terus (linear) atau usapan(circular) dgn kekerapan 10-15 kali pergerakan setiap bahagian atau 5-10 minit sesi urutan setiap hari.
Dengan mengamalkan teknik senaman & urutan muka ini, ia akan dpt meningkatkan perjalanan darah bernutrien & beroksigen ke bahagian muka anda di samping mengekalkan otot2 muka bg mengelakkan kejadian kedutan muka berlaku dgn cepat pd diri terutama di peringkat pertengahan umur anda.

Sumber : Utusan Malaysia 22 Dis. 2009
-----

2 comments:

  1. bagos buat bnde2 ni sume..nak maintain mude..at least x la nmpk tue sgt kn..huhu

    ReplyDelete
  2. betul tu.. satu lagi tipsnye senyum sokmo..

    ReplyDelete