Saturday, January 4, 2014

Teka-Teki Lawak...release tension jap..

Apa kata rehat-rehatkan minda sekejap, kita tengok teka-teki lawak dulu...disamping itu juga boleh buat excercise muka, tak la tengang sgt muka tu....hehehe.


Soalan : Kenapa pokok kelapa di depan rumah harus ditebang?
Jawapan : Mestilah kena tebang, siapa nak pokok kelapa. Gila apa!

Soalan : Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapan : Kotak Penalti!

Soalan : Hitam & berpeluh itu apa?
Jawapan : Semut hitam tengah berjogging

Soalan : Apa dia pergi terbang balik berenang?
Jawapan : Pancing sebab bila kita campak joran, ia terbang tapi bila dah dapat ikan dia berenang.

Soalan :  3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya itu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam.

Soalan : Orang yang kena penyakit AIDS boleh tahan berapa hari?
Jawapan : 3 hari sebab
A : Ahad
I : Isnin
D : Dan
S : Selasa

Soalan : Kenapa pemandu teksi minta duit nanti. Kenapa dia tak minta duit dulu sebelum memulakan perjalanan?
Jawapan : Sebab kalau dia minta duit dulu nanti duit itu tak laku sebab itu duit lama.

Soalan : Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapan : Dua-dua kalau dah 'kringgg boleh diangkat.

Soalan : Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan?
Jawapan : Lilin masa sambut HAPPY BIRTHDAY.


sumber : Majalah Mastika

p/s : Itu dulu buat masa ni, kalau ada lagi teka-teki nanti marza share lagi...hehe

1 comment: