Monday, May 18, 2015

Tips bagi Batuk & Selesema

Jika semalam, marza share kan cara/tips untuk mengurangkan batuk berkahak dengan menggunakan bawang putih, kali ni marza share kan tips tambahan untuk mengurangkan batuk selesama dan berkahak.
 
Caranya :
1. Mengurangkan atau kalau boleh elakkan makanan yang manis-manis contohnya seperti di gambar (sebelah kiri) dan Banyakkan makan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran (contoh yang disebelah kanan). Banyakkan makan protein (bahagian dada ayam paling kaya dengan protein). Contohnya buatkan sup kaki ayam dan sup tulang ayam yang direnihkan selama 18 jam.
 
 
 
2) Buat minyak bawang putih
Cara sama yang macam sebelum ini, bakar bawang putih dengan kulit.  Kemudian lenyekkan bawang tadi di dalam bekas dengan minyak zaitun. Sapukan minyak ini di dada ataupun di kaki anak ketika batuk dan selsema.
 
3)Petua Garlic socks
Bagi bayi- pakaikan bayi dengan stokin yang jenis berlubang-lubang .Kemudian pakai lagi sehelai stokin dengan memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Bawang putih tu ambil separuh saja pun ok..buat test dulu takut bayi tak tahan panas. Jika bayi tak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih.
 
Bagi anak yang sedikit dewasa boleh pakai sehelai sahaja stokin ataupun lekatkan saja bawang putih menggunakan handsaplast. 

Biasanya nafas mereka akan berbau sedikit bawang putuh tersebut.Tujuan bawang putih ini dibuat begini adalah untuk serapan ke dalm tubuh badan yang bertindak sbg antivirus.
 

4) Petua bawang merah
Potongkan bawang merah kepada 2 bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insyaallah bawang ini akan menyerapkan semua virus di udara. Jangan gunakan bawang yang telah dipotong yer.

 


No comments:

Post a Comment