Sunday, May 17, 2015

Tips bagi Mengurangkan Batuk Berkahak

Baru-baru ini, marza kena batuk. Mahu dekat dua minggu juga la kenanya. Yang tak bestnya pagi-pagi la tak sedap tekaknya tu. Hari tu ada gak cuba strepsils, tapi tak kurang juga. Pas tu cuba la cari-cari kat internet, tips2 untuk mengurangkan batuk ni. Terjumpa di blog hairul.com, dia menggunakan bawang putih.

Jadi petang tu balik je dari kerja, terus je cari bawang putih dan buat macam yang bagi tu.
Caranya ialah ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Cucuk dengan garfu dan bakar di atas api lebih kurang dalam 2 minit. Kemudian kupas kulit dan basuh sedikit dan dah boleh makan bawang putih tersebut.

Masa mula-mula nak makan tu, cuak gak apa rasanya makan bawang putih bakar sebiji-sebiji. Bila dah masuk mulut tu, rasanya ok gak. Rasanya kurang sedikit je sedapnya  dari rasa kacang.. hehhe..
Hari tu buat bakar 2 ulas, untuk sekali makan. Bila pagi esoknya, Alhamdulillah rasanya tekak ni dah rasa kurang sedikit batuk dan kahaknya.

Rupanya bawang putih ni banyak khasiatnya. Iaitu Antibodi semulajadi paling yang bagus dan Antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini ialah ia membantu mencegah kerosakan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Jadi ia akan membantu mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.

Cuma yang tak best (sedikit je la) makan bawang putih ni, mulut kita mungkin akan sedikit berbau dan kita akan kerap mengeluarkan angin (terk*ntut)....hehehe

Selamat Mencuba..

................~~~~~.............

No comments:

Post a Comment